Halia memang terkenal sebagai bahan super untuk buang angin dalam badan. Tapi kalau makan halia segar terus, kadang rasa ‘letar’ yang agak kuat buat ramai kurang suka. Jadi, bagaimana nak nikmati khasiat halia dengan rasa yang lebih sedap dan mudah? Jawapannya, serunding halia!
Serunding halia gabungan halia rangup, ikan bilis dan sedikit bawang putih ni bukan saja enak, malah boleh tahan lama dalam bekas kedap udara. Sekali makan, confirm tak sedar habis sebalang! Senang sangat buatnya, tak perlu skill tinggi pun.
Jom ikuti resipi viral dari Nor Haidah Md Said yang sentiasa jadi kegemaran ramai ni.
SERUNDING HALIA
Bahan-bahan Mudah
Halia (tumbuk halus atau sagat)
Sedikit bawang putih (tumbuk atau hiris halus)
Ikan bilis (dibelah dan dibersihkan)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Tip hebat: Untuk rasa serunding lebih mantap, tambah sikit bawang goreng bila dah siap.
CARA MEMASAK:
Perah halia yang telah ditumbuk untuk keluarkan airnya. Ambil hampas halia sahaja.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar. Goreng hampas halia tadi sampai garing dan rangup. Toskan minyak.
3. Guna minyak yang sama, goreng ikan bilis pula sampai garing. Toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau ikut tekstur yang anda suka.
Ads
5. Gaulkan garam dan serbuk perasa dalam halia goreng tadi.
6. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk, kacau hingga rata.
7. Simpan serunding halia dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
Kenapa Anda Patut Buat Serunding Halia Ini?
Mudah & cepat – Bahan senang didapati dan cara buatnya tak renyah.
Sedap & rangup – Rasa halia yang ‘letar’ bertukar jadi menu yang sangat digemari.
Khasiat halia terbukti – Membantu buang angin dalam badan secara semula jadi.
Sesuai untuk semua – Terutama yang tak tahan makan halia segar.
Sesuai jadi stok raya dan hadiah homemade!
Jom Buat Serunding Halia Sekarang!
Kalau anda nak rasa keunikan serunding halia ni, jangan tunggu lama! Sediakan bahan-bahan, ikuti cara mudah di atas dan hasilkan sendiri serunding halia premium buatan tangan. Pasti puas hati!
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Sayuran hijau hijau bayam brazil menjadi popular sejak tahun lalu lagi. Tumbuhan yang berasal dari Brazil ini boleh dimakan mentah dijadikan salad dan dimasak tumis, daunnya tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit rangup.
Sayuran ini dipercayai bersifat anti kanser dan ia mempunyai banyak khasiat kesihatan dan kecantikan pada tubuh. Di Brazil ia dimakan mentah dengan tomato, cuka atau bawang putih.
Bayam brazil juga sedap dimasukkan dalam masakan, dan rangup dibuat kudapan. Jom semak resipi perkongsian dari Roslinda Rosli ini yang memetik sayur ini di depan rumahnya sahaja. Kudapan bayam goreng bertepung ni memang sungguh sedap.
KEREPEK BAYAM BRAZIL
BAHAN-BAHAN :
5 sudu tepung bestari original
1 sudu tepung bestari pedas
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu rempah kari
Gaul sebati bahan di atas
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih daun bayam(ambil daun sahaja). 2. Taburkan campuran tepung di atas tadi sehingga sekata. 3. Goreng dalam minyak panas
TIP EMPUNYA RESIPI : *Empunya resipi tak letak garam sebab tepung dah cukup masin *Tak gunakan telur sebab kalau pakai telur kerepek berminyak sangat dan kerangupan tak kekal lama. *Gandakan bahan campuran tepung jika nak buat banyak
Kredit: roslinda rosli
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH, JOM LAYARI DI SINI,BANYAK PILIHAN MENANTI ANDA.
Siapa suka makan gulai pasti akan mengakui kari daging utara yang paling sedap. Pengaruh India di negeri-negeri sebelah utara membuatkan mereka banyak menggabungkan rempah dalam masakan. Sebab itulah rasa kari di sana lebih kuat dan paling bagus, ia tahan lama.
Jadi hari ni, admin nak kongsikan resipi kari daging ala mamak. Memandangkan bahan-bahannya agak banyak dan nak buat tu sedikit renyah, admin sarankan anda cuba resipi ini pada hari minggu (jika anda agak sibuk pada hari-hari biasa).
KARI DAGING MAMAK STYLE
BAHAN A:
10 ulas bawang putih
3sm halia (dikisar)
BAHAN B:
1 labu bawang besar | dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
BAHAN C:
2 biji tomato
2 batang serai | diketuk
BAHAN D:
8 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
*Semua bahan ini dibancuh dengan sedikit air dan dijadikan pes.
BAHAN E:
Sedikit serbuk lada sulah, lada hitam, serbuk ketumbar, jintan manis serta garam dan gula secukup rasa.
Lain-lain:
3 biji kentang | dipotong lapan
3/4 cawan santan atau susu cair
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan A sehingga naik bau dan masukkan bahan B dan C. Tumis lagi sehingga daun kering garing.
Masukkan daging dan kentang. Gunakan api perlahan.
Masukkan sedikit air dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga terbit aroma kari.
Tambahkan lagi air mengikut cita rasa anda dan masukkan bahan D dan bahan E. Masak sehingga rempah sebati.
Apabila semua bahan sudah masak, bolehlah diperasakan dan masukkan susu cair (atau santan).
Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda tiga resipi yang paling sedap dan terbaik yang boleh dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus, sup ataugoreng. Semuanya dijamin menjilat jari! Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.
2. SIAKAP KUKUS LIMAU NIPIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | cincang halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
15 biji cili padi hijau | cincang halus
2 biji limau nipis | perah
2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
3. SUP IKAN SIAKAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam)
1 inci halia – dihiris
1 keping asam gelugur
1 sudu makan thai fish oil
1 sudu teh perencah sup
1 batang serai – ketuk
Garam & perisa lain ikut suka
BAHAN TUMBUK LUMAT:
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah (sederhana)
1 inci halia
1/2 sudu teh biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
Sedikit lengkuas (taknak guna pun tak apa)
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 kuntum bunga lawang
BAHAN HIASAN:
Tomato – belah 4
Sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang & bawang goreng.
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak,masukkan rempah penumis.
Masukkan bahan tumbuk & serai yang diketuk. Goreng hingga naik bau.
Tambahkan air (agak-agak sesuai dengan ikan) danmasukkan sedikit perencah sup,asam keping, garam, perasa lain, thai fish oil, hirisan halia dan hirisan bawang holland. Biar mendidih lama sedikit dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
Masukkan bendi sekali dengan ikan siakap.Tomatopula dimasukkan akhir sekali dan biarkan masak di antara 3-4 minit sahaja.Tidak perlu masak lama kerana isi ikan akan hancur.
Padamkan api dan taburkan daun bawang,daun sup & bawang goreng. Jika suka rasa sup yang masam, masukkan perahan jus limau. Sedia untuk dinikmati.
Nak rasa macam makan kat gerai Melayu? Cuba resipi Sup Kosong Ala Gerai yang simple tapi padu ni! Kuahnya wangi, berperisa dan sesuai untuk semua, siap dalam 20 minit je.