Resipi popia karbonara ini penuh rasa lemak berkrim. Tentu ramai menyukainya, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Nak membuatnya pun taklah susah sangat. Selain itu boleh makan sepuasnya kalau buat sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dapur Shai Anne ini ye.
Resipi Popia Karbonara
Bahan Untuk Inti:
Isi ayam (dipotong kecil. Atau boleh juga guna burger ayam)
Panaskan minyak dan mentega. Kenapa letak minyak sikit sebab takut mentega hangus. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga terbit bau wangi.
Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
Kemudian letak tepung dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah). Setelah itu masukkan susu. Tambah air dalam setengah cawan.
Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran yang dah dipotong halus. Masak sekejap. Kemudian masukkan lasa hitam dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ads
Sebelum tutup api, masukkan sosej. Tujuan dimasukkan lambar supaya ia tak hancur bila masak terlalu lama.
Untuk membuat popia, ambil sehelai kulit popia. Bubuh sedikit inti di bahagian tengahnya dan baliut macam biasa.
Panaskan minyak dan goreng popia. Api jangan terlalu kecil kerana kalau goreng terlalu lama isinya akan keluar dan bocor. Minyak pun akan kotor.
Bila dah bertukar jadi kekuningan, angkat dan toskan. Siap!
Popia Vietnam @ Vietnamese Spring Roll ni memang sedap. Intinya terdiri dari isi udang, sayur-sayuran serta herba segar yang digulung dengan ‘rice paper’ dan dinikmati bersama sos. Memang layan! Teringin nak rasa? Resipi perkongsian saudari Noor Liyana di bawah ini pastinya boleh anda cuba. Sangat mengenyangkan. Sesuai juga untuk anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
CARA BUAT VIETNAMESE SPRING ROLL / POPIA VIETNAM
BAHAN UNTUK POPIA: Lobak merah – hiris halus Timun – hiris halus Daun salad Daun ketumbar – hiris Daun kucai – jika ada Suhun – celur sekejap & tos – beli online disini Isi udang rebus Isi ketam@ filamen crab – dicelur & dibelah dua – beli online disini Vietnam rice paper / kulit popia vietnam – beli online disini
BAHAN SOS: Sos pencicah thai – beli online disini Daun ketumbar – dicincang Cili padi – dicincang Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Untuk sos, satukan semua bahan yang dicincang bersama sos pencicah Thai. Sebatikan dan ketepikan seketika.
2. Sediakan 1 pinggan air. Ambil sekeping kulit popia Vietnam dan celup dalam air. 3. Letak kulit popia di atas pinggan, susun lobak merah, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, suhun, isi udang dan filamen ketam dengan secukupnya. Gulung kemas.
4. Lakukan proses yang sama hingga bahan habis. 5. Nikmati Vietnamese Spring Roll bersama sos.
Sedapnya Pizza Roti Sandwic resipi perkongsian saudari Wan Hidayu ni. Hanya guna roti dan beberapa bahan-bahan mudah yang lain sahaja. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan untuk anak-anak. Boleh dijadikan menu bekal ke sekolah, sajian sarapan, minum petang, makan malam atau bila-bila masa yang sesuai. Sangat mengenyangkan dan digemari ramai. Jom cuba! Anak anda juga pasti sukakannya.
Cucuq kentang atau nama omputihnya Potato Fritters ni memang sedap dikunyah dan mengenyangkan. Jom ikut resipi mudah ni daripada perkongsian Noraida Durani ni.
POTATO FRITTERS
Bahan-Bahan:-
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Perasa (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mengoreng)
CARA MEMASAK :
1. Satukan kentang yg telah di sagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto… gaul sebati
2. Panaskan minyak masak….sudukan dan goreng agak-agak leper….balik-balik kan… tunggu sampai masak… angkat…. siap!!
3. Sedap dimakan bersama sos
Kredit : Noraida Durani
FB : Resepi Tutorial Terbaek