Nasi Ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes Nasi Ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
Ads
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Ads
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Nasi lemak, antara menu yang sudah menjadi kegemaran semua orang untuk sarapan atau juga makan malam.
Namun tak semua pandai memasak nasi lemak yang sedap dan tahan lama. Rupanya ada cara tertentu dalam membuat nasi lemak yang sedap dan tahan lama seperti yang dikongsi Emy’s Bootiqs ini.
1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih – beli online di sini 3 biji bawang kecil – beli online di sini Secubit udang kering – beli online di sini (kisar semua bahan di atas) Cili kering /cili giling segera (saya guna jenama puteri) – beli online di sini Daun pandan untuk bau wangi (masukkan je masa tengah tumis sambal) Gula melaka | hiris – beli online di sini Asam keping/air asam jawa
1. Untuk nasi: basuh beras sebersihnya. Kemudian, masukkan santan, halba dan bawang besar. Letakkan juga daun pandan yang disimpul. Masak seperti biasa.
2. Untuk sambal: Tumiskan bahan kisar sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak dengan menggunakan api kecil. 3. Masukkan air asam atau 1 asam keping dan garam secubit, gula melaka dan boleh tambah air sikit sampai berkilat. Kacau-kacau sehingga semuanya sebati.
*Beras basmathi cuci dan rendam dengan air garam 30 minit (kalau nak guna beras biasa pun same je sukatan air + santan) *Rasa sambal ni pedas-pedas manis. Saya kalau beli nasi lemak mesti rasa sambalnya dulu. Kadang-kadang ada sambalnya tak masak.
Mencari tempat makan menarik sambil menikmati permandangan bangunan pencakar langit popular di ibu kota? Tamu Hotel & Suites adalah pilihan tepat buat kamu, keluarga atau rakan-rakan menikmati hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.
Tamu Hotel & Suites yang terletak di tengah-tengah kawasan Kampung Baru, antara hotel yang menjadi bualan dan pilihan ramai pengunjung dari Malaysia dan luar negara. Ia juga antara lokasi penginapan bertaraf empat bintang yang terletak di Jalan Abdullah mercu tanda Zikay Group.
Tamu Hotel & Suites menawarkan 276 bilik dan suites dengan pemandangan yang menarik dari pelbagai sudut, di samping wifi percuma sepanjang menginap disana. Selain pilihan bilik yang menarik, tetamu boleh memilih empat tempat makan yang berbeza bergantung pada keselesaan. Lepak santai di Lounge Serambi, inginkan suasana tradisional kasual makan di Tamu Junction Place, jika sukakan tempat terbuka boleh ke Suasana @27 sambil makan di Poolside Terrace dan jika kamu inginkan pengalaman dan suasana romantis Tamu Sky Lounge di aras 40 adalah pilihan yang tepat!
Setiap hidangan di Tamu Hotel & Suites disediakan dengan berhati-hati. Kami mulakan dengan memilih ramuan terbaik dari pasar tempatan. Pasukan kami terdiri dari Chef pakar yang meletakkan perhatian penuh pada setiap hidangan bagi memastikan penyajian yang lazat untuk diingati.- Tamu Hotel & Suites
Hidangan Nasi Dulang Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur
Selain daripada menghidangkan makanan berasaskan “buffet” dan makanan barat, “Hidangan Nasi Dulang” yang berkonsepkan makanan Timur Tengah adalah juadah istimewa yang perlu dicuba dan nikmati hanya di Tamu Sky Lounge di aras 40.
Sajian Nasi Dulang antara hidangan bersaiz besar yang boleh dinikmati dari enam hingga ke 10 orang, mempunyai set makan yang lengkap seperti lamb leg, udang, telur beriani, ayam goreng 69, daging masak hitam, desert, sup, salad dan paling penting nasi yang disediakan menggunakan bahan rempah istimewa yang diolah sendiri oleh Chef Fadly.
Menikmati hidangan yang lazat sambil bergambar, berlatar belakangkan pemandangan cantik bangunan pencakar langit seperti KLCC, Menara KL, Menara Exchange 106 menjadikan hidangan ini berharga RM1600 set dan ianya sangat berbaloi. Rasai sendiri pengalaman menginap dan makan ‘Nasi Dulang’ di Tamu Hotel & Suites di Kuala Lumpur, semestinya buat kamu tak terkata!
Kenapa perlu bazirkan duit hingga beratus ringgit makan Nasi Arab di restoran atau oder online kalau anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan cara paling simple dan sedap ikut selera anda sekeluarga. Bukankah cara ini lebih jimat sesuai dengan musim pendemik civid di mana kita semua tak perlu keluar rumah tanpa ada keperluan. Untuk resipi mudah itu, ini dikongsikan resipinya, mungkin anda boleh cuba hari ini atau esok.
NASI ARAB BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras Basmathi | rendam dengan sedikit garam
2 paha ayam atas & bawah | rebus dengan rempah sup bunjut & simpan 3 cawan air rebusan BAHAN PERAPAN AYAM:
1 biji bawang besar | kisar
3ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil yogurt
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu | jika tiada guna gula melaka atau putih BAHAN MASAK NASI:
1/2 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1/2 bawang mesar | hiris
1 biji tomato | potong dadu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji cili hijau
2 sudu makan mentega/ marjerin untuk menumis
1 sudu makan minyak masak
1 genggam daun ketumbar | cincang kasar
1 kiub pati ayam
Sedikit pewarna kuning/oren
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan ayam, rebus ayam dengan sup bunjut separuh masak. Simpan air rebusan dalam 3 cawan. Ketepikan.
Cucuk-cucuk ayam dengan garpu kemudian gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 30 minit.
Selepas diperap boleh digoreng atau dibakar hingga masak. Jika bakar gunakan suhu 200C menggunakan api atas bawah lebih kurang 30 minit.
Seterusnya cara sediakan nasi: Toskan beras yang direndam dan ketepikan.
Panaskan kuali, masukkan mentega/marjerin dan minyak. Tumis rempah penumis.
Setelah wangi masukkan hirisan bawang, kacau seketika masukkan pula bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan tomato dikuti serbuk lada hitam, ketumbar dan jintan manis dan putih. Gaul rata dan tambah sedikit air jika terlalu kering.
Selepas 3-5 minit, masukkan cili hijau serta air rebusan ayam 2 1/2 cawan.
Masukkan beras dalam periuk nasi dan tuangkan air tumisan tadi ke dalamnya, gaul rata, masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. Tabur daun ketumbar, tutup periuk dan masak macam biasa.
Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning/oren dalam nasi, tutup semula periuk, bila nak makan baru gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan. Elak nasi dari patah-patah.
Nasi sedia dihidangkan bersama ayam yang dipanggang atau goreng tadi. Untuk hidangkan lengkap tambahkan salad dan sambal cilinya sekali.
INFO: SUKATAN AIR UNTUK MASAK BERAS BASMATHI: 1 cawan beras = 1 dan 1/4 atau 1/2 cawan. Jangan lebih. Tak kisahlah air itu dicampur santan atau susu cair. Dalam resipi ini digunakan air rebusan ayam sahaja.
SAMBAL CILI: 3 biji cili merah + 5 biji cili padi+1 biji tomato +1 sudu makan jus lemon + edikit daun ketumbar + sedikit garam dan gula.Campurkan semua bahan ini dalam pengisar dan kisar, kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
UNTUK SALAD: 1/2 batang timun dipotong dadu + 2 biji tomato + beberapa helai daun salad (sebarang salad) hiris kasar + sedikit daun ketumbar cincang halus + 2-3 sudu makan yougrt/ moyones + 1 sudu makan jus lemon + sedikit garam halus dan guna. Campur semua bahan ini dalam mangkuk dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...