
Tekak terasa nak makan bubur. Bukan kerana tak sedap badan tapi teringin. Jomlah buat bubur yang boleh buka selera.Tak perlu cari bubur Mcd, terus masak sendiri saja.Sangat sesuai untuk anak-anak yang menggemari bubur dan juga para vegan. Antara menu diet yang sedap dan sihat, boleh feeling breakfast di Korea juga.
Bubur Nasi Cendawan Shitake
(5 orang makan)
Bahan-bahan:
1 pot beras
Cendawan shitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (Optional)
2 sudu besar minyak masak/zaiton
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Cara memasak:
1. Rendam beras.
2. Dadukan/cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak,boleh terus masukkan bahan-bahan. Gaulkannya, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.
4. Dah siap, boleh hidang dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
Kredit: Shaa Zainol
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Lengkap Nasi Ayam Hainan Special Bersama Lauk Sampingan

Jika sebut nasi ayam, pasti biasa nampak warna nasi yang kuning dan ayam yang digoreng garing rangup.
Namun berbeza dengan nasi ayam Hainan, tekstur ayam lembut saja dan supnya jernih sedap.
Resipi nasi ayam Hainan yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, sangat senang disediakan.
Resipi ini lengkap bersama lauk sampingan; tauhu telur masak sos thai, tauge hijau masak sos tiram dan ulam salad.
NASI AYAM HAINAN SPECIAL
BAHAN UNTUK SUP AYAM HAINAN:
1 ekor ayam
2 biji bawang merah sederhana besar – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Seikat/sesimpul daun bawang | cuci bersih, potong akar
Dua hirisan halia | potong tebal
1 ketul kiub pati ayam
Sedikit kicap cair (Light Soy Sauce)
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan 2 biji bawang merah sederhana besar bersama 2 ulas bawang putih. Kisar halus ya.
2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk besar.
3. Tumiskan pes bawang kisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Nak senang, beli set terus macam ni. Campak aje dalam tu. Bunjut simpan tepi dulu, saya masukkan kemudian.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan air banyak untuk muat seekor ayam.
6. Sesudah isi air, masukkan seekor ayam ke dalam periuk. Langsung letak bunjut rempah sup tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Masukkan juga seikat/sesimpul daun bawang (cuci bersih, potong akar), dua hirisan halia (potong tebal) dan seketul kiub pati ayam.
8. Tutup periuk, renehkan sup ayam ni selama 1 jam/ api sederhana.
9. Ini rupa sup ayam yang telah reneh, dah pun diperasakan dengan garam secukupnya. Dah guna kiub ayam, jangan memandai pula tambah ajinamoto atau secukup rasa, nanti sup rasa payau.
10. Saya dah potong ayam sebelah, sebelah tinggal dalam periuk, sebelah lagi saya guna untuk salut kicap cair dan kukus.
11. Sebelah ayam bersedia untuk dipotong.
12. Susun ayam yang telah dipotong ke atas pinggan dan tuang sedikit kicap cair (Light Soy Sauce). Bukan kicap masin ya.
13. Kukus untuk rasa kicap cair tu sebati dengan ayam. Kukus ni pun fungsi dia untuk melembapkan ayam setelah keluar daripada sup.
BAHAN UNTUK NASI AYAM:
2 sudu besar mentega/planta – beli online di sini
Sedikit garam
Sesimpul daun pandan
Hirisan halia
Sedikit lemak ayam potong sebelum ini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu besar mentega/planta.
2. Basuhkan beras 3 kali dan buang air.
3. Masukkan sup ayam ke dalam beras (pandai-pandai sukat macam biasa masak nasi), masukkan mentega cair, sedikit garam, sesimpul daun pandan, hirisan halia dan sedikit lemak ayam potong tadi.
4. Siap! Nasi ayam hainan dia tak warna kuning sangat macam nasi ayam orang Melayu. Dia light-light je.
BAHAN HIDANGAN SAMPINGAN:
Tauhu telur
Telur | dikacau-kacau
Sos Thai
Daun bawang | dihiris halus
Tauge hijau
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil sos tiram
Garlic oil
2 biji cili merah besar
4 biji lada merah kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
Sedikit sup ayam
CARA MEMASAK HIDANGAN SAMPINGAN:
1. Yang ini tauhu telur, potong kemudian celup-celup je dalam telur kocak. Kemudian goreng.
2. Dah siap goreng, letak tepi. Panaskan kuali, masukkan sedikit sup ayam dan tuang sos thai. Bila sos dah pekat dan sebati, tuang di atas tauhu telur. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. Siap.
3. Ini tauge hijau. Simple je cara masak, panaskan sesudu besar minyak masak, langsung campakkan tauge ni, goreng dalam seminit macam tu. Masukkan sesudu kecil sos tiram, kacau sebati. Siap.
4. Jangan lupa untuk beraroma, taburkan garlic oil.
5. Untuk sos cili hainan pula, kisarkan dua cili merah besar, empat lada merah kecil, dua ulas bawang putih, sesudu besar cuka makan, dan dua sudu besar sos cili. Sedikit sup ayam. Kisarkan sehingga lumat.
6. Kicap pula. Tumbuk lumat dua ulas bawang putih bersama satu hirisan halia. Masukkan kicap cair dan sedikit sup ayam. Siap.
Kredit resipi: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Memasak Mudah Dengan Pes Nasi Ayam Homemade

Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan dua sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan satu sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat dua inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Untuk 20 Orang Makan. Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi

Teringin nak makan lauk kenduri tak semestinya tunggu majlis kenduri baru ada peluang nak merasainya. Umpamanya Nasi Hujan Panas, gulai kurma daging, dalca dan sebagainya. Kalau ada majlis keraian bolehlah cuba skill dengan memasak Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Dikongsi resipi enak yang pasti semua orang menyukainya.
NASI TOMATO
Untuk 20 orang makan
Nasi Tomato
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit
9 cawan air
1 cawan susu cair – BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang merah besar saiz sederhana dicincang -BELI ONLINE DI SINI
6 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia dititik
4 sudu besar sos tomato – BELI ONLINE DI SINI
1/2 tin tomato puri
1 kiub ayam
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang serai dititik
4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga
Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis
Daun pandan/ ketumbar
Kismis
Garam dan gula
Cara masak nasi
1.Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukkan sos tomato, tomato puri, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu.
2.Bila semua dah sebati bolehla masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit.
3.Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar.
4.Bila periuk nasi dah keep warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit atau berkerak di bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru lah buka tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @chopstik untuk elakkan nasi patah.
Ayam Masak Merah
1 1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar (dikisar)
7 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili – BELI ONLINE DI SINI
Sos tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bawang besar untuk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1.Gorengkan ayam.
2.Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia kisar sampai naik bau.
3.Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
4.Masukkan ayam dan kacau lebih kurang 10 minit. Biar ayam tu mesra.
5.Akhir sekali taburkan bawang dan tomato. Siap untuk dihidang.
*Saya tak letak susu dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resipi mak mentua kami.Kalau nak buat sikit, kecilkan portion.
Kredit: Latipah Karim
Ada yang nak membeli peralatan rumah? Boleh beli secara online DI SINI.
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.
Set Nasi Udang Kunyit Dengan Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.
https://www.rasa.my/nasi-beriani-kambing-homemade-istimewa-buat-sekeluarga-nikmati/