Nak belajar buat kulit karipap? Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!
CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak + 2 sudu makan planta (dipanaskan)
2 sudu makan air kapur
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan gula
350ml air sejuk (letak seketul ais)
Sedikit daun sup cincang (optional)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.
2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.
3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Seterusnya masukkan air dan uli.
5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.
Sedapnya Kuih Vadai @ Kuih Wade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malekni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja. Sesuai sangat cuba buat untuk minum petang. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KUIH VADAI / KUIH WADE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan kacang dal – rendam 4 jam – beli online disini 1 biji bawang besar – potong dadu kecil – beli online disini 5 tangkai cili kering – mayang halus – beli online disini 2 tangkai daun kari – mayang halus 2 biji cili api – hiris nipis 1 sudu besar jintan manis – tumbuk sedikit – beli online disini Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kacang dal ke dalam bekas bersesuaian.
2. Kemudian cucikan sedikit dan toskan.
3. Rendam Kacang Dhal tadi dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam.
4. Bila sudah direndam 4 jam, Kacang Dhal akan mengembang sedikit. Toskan airnya.
5. Ambil pengisar kering dan kisar kacang tadi. Tidak mengapa jika ada kacang yang tidak lumat. Makan Wade memang ada yang lumat dan ada yang tak.Kacang dal yang tidak lumat tu bila goreng garing memang sedap.
6. Kemudian satukan kesemua bahan- bahan selebihnya tadi dan gaul mesra.
7. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang siap digaul. Kelihatan seakan nak buat cucur. Bila sudah sebati begini, bolehlah bentukkan adunan.
8. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang sudah siap dibentuk. Masukkan ke dalam peti sejuk minimum 30 minit. Jika buat banyak, boleh disejukbekukan (frozen).
9. Untuk memasak, panaskan minyak dengan banyak. Ini kerana Kuih Wade/ Kuih Vadai perlu digoreng secara deep fry.
10. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih satu persatu. Jarakkan.
11. Balikkan kuih dan angkat bila sudah kelihatan keperangan.
12. Kuih Wade/ Kuih Vadai siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama kopi.
1. Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih. 2. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan. 3. Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
4. Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak. 5. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali. 6. Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas. 7. Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis. 8. Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya. Sedia dihidangkan bersama roti jala.
LEMPENG TELANG BERINTI
BAHAN LEMPENG:
20 kuntum bunga telang 1 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 biji putih telur Secubit garam
2 keping dada ayam | cincang dadu & rebus empuk 2 biji ubi kentang | potong dadu kecil & rebus empuk – beli online di sini 1 labu bawang besar | cincang dadu – beli online di sini 2 sudu makan rempah kari daging – beli online di sini 4 ulas bawang merah | kisar- beli online di sini 3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini 1 tangkai daun kari Garam & gula secukup rasa 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bunga telang bersama 1 cawan air di dalam periuk. 2. Didihkan hingga mengeluarkan warna biru yang menarik. 3. Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan. Satukan semua bahan dan kacau rata. 4. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Tapis bancuhan lempeng.
5. Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan (satu bahagian sahaja). 6. Ulangi proses hingga semua bahan habis. Ketepikan. 7. Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. 8. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daun kari. 9. Tambah sedikit air lalu tumis rempah hingga masak. Masukkan ubi kentang dan ayam rebus. 10. Masak hingga semua bahan masak sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa. 11. Ambil sekeping lempeng, sendukkan inti dan gulung rapi. Potong mengikut cita rasa.
KASWI TELANG
BAHAN-BAHAN:
5 cawan air rebusan bunga telang | 40 bunga telang & rebus dengan air 1 cawan gula pasir 2 cawan tepung gandum ½ cawan tepung ubi – beli online di sini 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air Kelapa parut | putihnya sahaja + secubit garam halus
1. Di dalam mangkuk besar, satukan gula, tepung gandum, tepung ubi, kapur makan dan air rebusan bunga telang. 2. Kacau sebati dan tapis. 3. Sediakan loyang atau acuan kuih pilihan yang telah disapu sedikit minyak lalu tuang bancuhan tadi ke dalamnya. 4. Kukus selama 25 minit atau hingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut di atasnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...