Cara buat kuih putu, selama ini kita selalu beli di pasar malam kan! Rupanya kalau nak buat sendiri mudah saja. Guna acuan kuih lompang pun boleh.
Yang menarik, kuih ini tak perlu uli atau adun lama cuma perlu ramas tepung dan kukus. Bau harum tepung beras kukus dengan manisan cair di tengahnya memang membangkitkan nostalgia kuih tradisional zaman dulu.
Cara Buat Kuih Putu
Bahan-bahan
2 dua cawan tepung beras (cap 3 gajah)
10 sudu air
Gula melaka /manisan yang dihancurkan
Kelapa parut
Acuan lompang
Cara Penyediaan
1. Satukan tepung dan air, jadikan seperti serbuk.
Ads
2. Tapis adunan tepung tadi untuk jadi lebih halus.
3. Masukkan tepung yang sudah siap ditapis dalam acuan. Letak sedikit dulu kemudian masukkan manisan.
4. Seterusnya masukkan tepung lagi sampai penuh acuan.
Ads
5. Panaskan air dalam periuk pengukus, kemudian masukkan kuih putu dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 minit.
6. Pastikan penutup periuk pengukus dibalut bagi mengelakkan wap air jatuh pada adunan.
Ads
7. Selepas masak, hidangkan dengan kelapa parut. Kuih putu ini sedap dimakan panas-panas ketika manisannya cair.
Lepat jagung ini sesuai dimakan untuk minum petang atau sarapan. Rasanya yang lemak manis membuatkan ramai yang menyukainya.
Namun ada yang beranggapan susah nak membuatnya. Sebab itu lebih suka beli. Tapi zaman sekarang, bukan mudah nak dapat. Jadi, kalau teringin, baik buat sendiri. Tak susah pun sebenarnya.
Ikuti perkongsian resepi daripada puan Rohaiza Abd Manan. Gerenti sedap!
Satukan kesemua bahan dalam satu bekas. Kacau sebati,
Masak adunan itu dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya tidak hangit.
Sediakan kulit jagung dan bersedia untuk membungkus lepat.
Sudukan sedikit adunan anggaran dalam 1 sudu besar, bungkus dengan daun jagung. Bungkus kemas. Setelah itu, masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.
Cara buat cempedak goreng rangup tapi tak berminyak, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Ahmad Shukri Amiruddin. Resipi ini katanya turun temurun dari keluarga malah menjadi jualannya di gerai yang terletak di Setia Alam Selangor.
Setiap kali musim cempedak tiba, resipi inilah yang akan digunakan untuk menggoreng cempedak yang menjadi kegemaran pelanggannya.
Menariknya, resepi ini tidak menggunakan soda bikarbonat, sebaliknya hanya mempraktikkan petua orang kampung untuk memastikan cempedak goreng kekal rangup, tak menyerap minyak dan berkerak cantik di luar.
Paling utama campuran tepung kena tepat, teknik menggoreng kena betul selain pemilihan buah yang sesuai.
1 biji cempedak (sebaiknya jenis Cempedak Madu)
1 peket tepung beras
3 sudu besar marjerin atau minyak masak
2 sudu makan air kapur makan
1 sudu kecil kunyit
2 cawan air suam
Garam secukup rasa
1. Satukan semua bahan (kecuali cempedak) dan bancuh hingga menjadi adunan yang agak pekat. Jangan cair.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Celup cempedak dalam bancuhan tepung hanya ketika hendak digoreng. Jangan rendam awal!
4. Goreng hingga keemasan dan garing di luar. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
Menu makan malam ni min kongsi cara nak buat Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah makan malam, sangat mudah menyediakan dan sedap rasa. Menurut Puan Hidayah, zaman dulu dulu, zaman maknya, murtabak crackers ni diguna sebagai hantaran. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
MURTABAK CREAM CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula- saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
800gm daging kisar ramli (2 bungkus)
2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris halus
Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar, saya guna jenama good day
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi dialaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
3 biji bawang putih
1 inci halia 1 biji bawang besar 1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mahu pedas, budak budak yang nak makan) 3 sudu makan rempah kari daging
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara menyusun biskut
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan menyucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masaklah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan pada dawai redai. Keluarkan dari loyang biarkan sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Tip 1. Tunggu sejuk baru diterbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak. 3. Tumis guna butter sikit,campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.