
Siapa di sini suka makan kuih tradisional, pasti suka dengan kuih bom bijan inti kelapa.
Walaupun ada kala bahan-bahannya tak banyak, tapi kena ada teknik membuatnya supaya kuih menjadi dengan cantik dan sedap.
Nak buat kuih tradisional memang memerlukan kesabaran, tapi dengan perkongsian resipi dan langkah demi langkah daripada Shidah Asmuni, mudah saja untuk membuatnya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut – beli online di sini
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
1 biji ubi kentang | rebus hingga empuk & dilenyek – beli online di sini
½ cawan air (campur 2 sudu air sebab tadi tak cukup)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (optional kalau nak letak atau tak, terpulang pada citarasa sendiri)
Bijan
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Campur semua bahan dan gaul hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
2. Bentukkan bulat kemudian tekan tengah untuk bubuh inti (inti kelapa tu bulatkan siap-siap). Senang nanti dah bubuh inti, tutup semula bulatkan kembali.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Buat hingga doh habis. Basahkan tangan dan ambil bebola tadi ratakan dengan tangan kita yang basah tadi hingga kena semua permukaan.
4. Lalu gaulkan dengan bijan hingga tutup semua bebola tadi dengan bijan. Bila dah habis dan siap semuanya, simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.
5. Goreng dengan menggunakan api yang sederhana hingga masak kekuningan.
CARA BUAT INTI:
1 biji kelapa parut muda (sesuai buat inti)
½ inci gula melaka (sebab gula yang saya beli tu 3 inci, jadi bahagi 2) – beli online di sini
*Nak letak semua pun okay tapi tak perlu letak gula perang dah
½ cawan air
3 sudu gula perang (nak manis lagi tambah) – beli online di sini
Sedikit garam
1 sudu tepung gandum
3 helai daun pandan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA BUAT:
1. Didihkan air, kemudian masukkan gula melaka dan biar larut.
2. Bila dah larut, campur gula perang dan daun pandan. Apabila dah mendidih dan agak pekat, masukkan kelapa parut tadi. Gaulkan.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan garam. Kacaulah hingga kering dan masak.
Kredit resipi: Shidah Asmuni
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lebih Jimat Buat Sendiri Rojak Ayam Terengganu, Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Gerenti Sedap 5 Star. Cepat Dimasak Hanya Guna Ketuhar Je

Bila tiba bulan puasa, bermulalah persiapan menyambut Hari Raya. Masa ni lah kaum ibu sibuk buat juadah berbuka, kuih muih raya dan juga kek. Maklumlah, raya kan setahun sekali je. Tapi percayalah, memang penat! Tapi ada satu gajet ni boleh mudahkan kerja-kerja memasak anda.
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian di pagi Syawal.
6 SEBAB KETUHAR NI BEST!
- SAIZ BESAR
Bersaiz 38L membolehkan anda memasak masak biskut dan kek dengan banyak dalam satu-satu masa tanpa perlu ulang masak beberapa kali. Kalau buat pizza atau kek saiz 10 inci memang muat tau!
- KAWALAN MASA YANG PANJANG
Dilengkapi dengan kawalan masa sehingga 120 minit. Wow! Bolehlah masak bermacam-macam sajian tanpa perlu datang jenguk ketuhar untuk tambah masa memasak.
- SISTEM KAWALAN SUHU PELBAGAI GUNA
Yang ni memang best. Ketuhar ni dilengkapi dengan sistem kawalan suhu antara 70˚C – 230˚C sekaligus membolehkan anda melakukan proses penapaian doh roti, buat buah kering, kek dan biskut serta memanggang hanya dengan satu ketuhar.
- TOMBOL API ATAS BAWAH BOLEH LARAS
Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK didatangkan dengan ciri-ciri terbaik seperti sistem pemanasan double M boleh laras. Ia sekaligus membolehkan anda mengawal suhu ketuhar atas dan bawah dengan lebih mudah agar sesuai dengan masakan anda.
- KIPAS BERKUASA TINGGI
Ketuhar ini juga dilengkapi dengan kipas berkuasa tinggi yang berfungsi mengawal suhu ketuhar yang mana ia akan menjadikan makanan dapat masak dengan sekata.
- GRILL BERPUTAR 360 DARJAH
Panggangan berputar 360 darjah mampu menghasilkan ayam panggang yang lembut didalam dan garing diluar tanpa perlu membalikkan secara manual. Memang mudah!
Memang best kan ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK ni? Jadi jom cuba resipi-resipi di bawah ni. Pasti anda kagum dengan hasil dan rasanya.
MANGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 2 ½ cawan tepung naik sendiri
- 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
- 1/2 cawan gula perang
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
- 100gm krim keju
- 1/2 cawan gula ising
- Sedikit esen mangga
- Puri mangga secukupnya
- Mangga segar untuk hiasan
- Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
- Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 190˚C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
- Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
- Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
- Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut
NUTTELA OAT MEAL
BAHAN-BAHAN:
- 141gm mentega | cairkan
- 130gm gula perang
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan rolled oats
- ¾ sudu teh serbuk penaik
- 1/8 sudu teh garam
- 150gm nutella
- 75gm semi sweet chocolate chip
- Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
- Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
- Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
- Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
- Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 180˚C.
- Biarkan sejuk, barulah dipotong.
AYAM PANGGANG ROSEMARY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200˚C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- 5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.
6 Variasi Pasta Lazat Yang Pasti Tambat Selera Sekeluarga

Gemar masakan barat terutama pasta tapi bosan asyik masak menu biasa. Ubah selera dengan pelbagai resipi pasta yang membuat anda berselera.
Ni min kongsikan menu pasta pelbagai variasi linguine, penne, ravioli, totelinni dan pelbagai pilihan bentuk dan rupa pasta lain. Barulah nampak lain sikit stail hidangannya.
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/
Memang Mantap Rasa Spageti Olio Grilled Chicken Sampai Boleh Berebut Makan
http://www.rasa.my/hanya-guna-10-bahan-untuk-dapat-carbonara-super-creamy/
Biskut Raya Tinggal Seredak Aje, Jom Tambah Dengan 3 Jenis Biskut Kopi

Raya masih ada dua minggu lebih lagi. Stok biskut pulak tinggal seredak aje. Bukan ada orang lain makan pun, anak beranak kita juga, dek sebab ‘berkurung’ kerana PKPB.
Usah risau biskut menggunakan ramuan kopi dan juga kopi memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Lebih enak bila digabung kedua kopi dan coklat, menjadi perasa mocha.Namun tetap sedap jika dibuat dengan salah satu ramuan ini.
Jom semak biskut kopi dari Norliyana Harun dari Dinda Delights pasti menceriakan bila dijadikan kudapan musim raya.
.
1.MOCHA ALMOND BUTTER COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
- 125gm mentega
- 45gm gula aising
- 140gm tepung gandum
- 1/4 sud teh serbuk penaik
- 5-10 titisan mocha compound
- Badam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Campurkan mentega dan gula aising dan pukul sebati.
2. Masukkan mocha compound.
3. Masukkan tepung dan adun sebati.
4. Masukkan doh didalam piping bag picit adunan mengikut bentuk yang dikehendaki. Letakkan sebiji almond diatasnya.
5. Panaskan ketuhar dan bakar selama 25 minit pada suhu 160 darjah Celcius
Saiz hidangan : 3-4 orang,anggaran 30 keping
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rasanya yang ranggup dan rapuh bila dimakan
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Mocha compund boleh digantikan dengan perisa mocha. Lebihkan titisan mngikut citarasa.
2. COFFEE NUT FINGER
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 100gm mentega
- 1/2 sudu makan shortening
- 50gm gula kastor
- 1/2 sudu teh esen kopi
- 1 biji kuning telur
Bahan B :
- 110gm tepung gandum
- 25gm nestum
- 1 sudu teh nutella
- 35gm tepung ubi
- 20gm serbuk badam
Bahan hiasan:
- Coklat gelap
- Badam (nibs) (dipanggang terlebih dahulu)
CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega, shortening dan gula kastor. Pukul sebati bahan tersebut dengan menggunakan kelajuan paling rendah.
2. Setelah sebati masukkan telur dan esen coffee.
3. Masukkan semua bahan B dan dengan menggunakan tangan gaul sebati hingga membentuk doh.
4. Canaikan doh tersebut dan terap mengikut bentuk yang disukai.
5. Bakar selama 20-25minit pada suhu 160 darjah Celcius.
6. Cairkan coklat gelap, biskut yang telah sejuk dicelupkan ke dalam coklat tersebut dan terus digaulkan dengan badam nibs.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Badam bercoklat Nutella dengan campuran bijirin yang enak
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Coklat gelap dicairkan menggunakan kaedah double-boil.
3.ESPRESSO CHOC CHIP COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 100gm mentega
- 1/2tbsp shortening
- 50gm gula kastor
- 1/2 sudu teh esen kopi
- 1 biji kuning telur
Bahan B :
- 110gm tepung gandum
- 25gm nestum
- 1 sudu nutella
- 35gm tepung ubi
- 20gm serbuk badam
Bahan hiasan:
- Coklat gelap
- Badam nibs (dipanggang terlebih dahulu)
CARA MEMASAK :
1. Satukan mentega, shortening dan gula kastor. Pukul sebati bahan tersebut dengan menggunakan kelajuan paling rendah. 2. 2. Setelah sebati masukkan telur dan esen kopi.
3. Masukkan semua bahan B dan dengan menggunakan tangan gaul sebati hingga membentuk doh.
4. Canaikan doh tersebut dan terap mengikut bentuk yang disukai.
5. Bakar selama 20-25minit pada suhu 160 darjah Celcius.
6. Cairkan coklat gelap, biskut yang telah sejuk dicelupkan kedalam coklat tersebut dan terus digaulkan dengan badam nibs.
Saiz hidangan : 7-10,anggaran 80 keping
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Badam bercoklat Nutella dengan campuran bijirin yang enak
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Lebih rangup bila badam dipanggang dulu.
RESIPI BISKUT KOPI : NORLIYANA HARUN, IG/FB : Dinda Delights
FOTO : NORLIYANA HARUN, Dinda Delights
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :