Petang-petang macam ni, memang sedap kalau dapat makan kuih muih manis. Bagi anda yang gemar makan kuih muih asli tradisional, boleh cuba buat Bengkang TumisUtara hasil perkongsian saudara Are Peace. Nampak sedap dan cara nak masaknya pun mudah sahaja. Tak guna banyak bahan. Jom cuba. Pasti kena dengan selera.
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan A dan kisar hingga sebati. (guna blender je) 2. Masukkan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang merah hingga harum dan kekuningan.(jangan sampai hangit. Agak-agak layu je sebab nanti bila bakar, bawang akan hangit.
Ads
3. Tuang bawang tumis ke dalam loyang dan seterusnya tuang adunan yang dikisar tadi. Bawang tumis tadi akan naik ke permukaan bengkang.
4. Seterusnya bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Guna api atas dan bawah.
Sedapnya Spiral Mantao ni. Cantik rupanya. Teksturnya pun gebu sangat sesuai dinikmati bersama keluarga. Makan pagi, minum petang atau makan malam. Semuanya sesuai. Jika nak dijadikan kudapan waktu senggang, memang terbaik. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan yis, gula dan minyak dalam air suam. 2. Bila yis sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung. Uli sampai licin dan adunan tidak melekat di tangan. (empunya resipi buat dua adunan. Satu adunan putih & satu adunan perisa strawberi)
3. Tutup doh dan biar sejam. Bila doh sudah naik dua kali ganda, boleh canai, lapiskan doh pink dan putih kemudian bentukkan spiral macam dalam gambar.
4. Potong doh mengikut saiz yang digemari.
5. Sediakan air kukusan. Kukus dalam 5-8 minit dengan api sederhana. 6. Angkat dan Mantao Spiral sedia untuk dinikmati.
Sedapnya PotatoSmiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti. 3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat. 5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Sate celup atau juga dikenali sebagai Lok-Lok adalah street food yang terkenal di kalangan masyarakat cina. Namun kini semua orang tidak kira bangsa mula meminati hidangan ini. Biasanya ia dijual di tepi-tepi jalan dan terdiri dari aneka makanan laut, daging, kepingan kek ikan, bebola dan juga juga sayur-sayuran. Sempena cuti hujung minggu, anda bolehlah hasilkan untuk keluarga. Pasti seronok. Jom Lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SATE CELUP @ LOK-LOK
BAHAN CELUP:
4 keping kek ikan | dihiris memanjang
Kangkung secukupnya
Tomato ceri
Bebola daging
Aneka bebola ikan
Isi ketam
BAHAN SOS HITAM:
11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
1 ruas kelingking belacan bakar
1 sudu teh petis @ otak udang
1 keping gula melaka kelantan @ nise
2 sudu besar minyak bijan (untuk bau harum dan kilatkan kuah)
1 sudu teh cuka makan
Kicap pekat untuk warna hitam
Tepung jagung untuk memekatkan
Garam & gula secukup rasa
BAHAN SOS MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng garing dengan sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos hitam, kisar cili kering bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tiada biji cili.
Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.Masak hingga pekat.
Akhir sekali imbangkan perasa garam dan gula. Biar ada rasa masin, manis dan juga pedas.
Untuk sos merah pula, kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Celur bahan celup di dalam air panas, toskan dan nikmati bersama sos hitam dan merah.
Info chef: Supaya kuah tahan lama, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Ia tahan lebih kurang seminggu.
Nak bawa keluarga makan dekat luar? Boleh juga cuba Lok-Lok dekat sini:
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!