Kuih Abok-Abok adalah antara kuih tradisionalyang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zurida Hassan ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
RESIPI KUIH ABOK-ABOK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan sagu – rendam dengan pewarna hijau atau air kisaran daun pandan selama 15 minit
1 cawan kelapa parut
Gula melaka secukupnya – racik halus
Daun piang secukupnya – potong kecil dan layurkan
Sedikit gula dan garam
Ads
CARA MEMASAK: 1. Ambil sagu dan toskan airnya. Kemudian gaulkan bersama kelapa parut, sedikit gula dan garam. Ratakan.
2. Ambil daun pisang dan gulung menjadi kon.
3. Sudukan sedikit sagu.
4. Kemudian masukkan gula melaka secukupnya.
5. Masukkan lagi sagu.
6. Lipat bungkusan daun pisang dengan kemas dan pinkan dengan lidi. Lakukan hingga habis.
Ads
7. Kukus kuih selama 20 minit atau hingga sagu masak.
Resipi Pisang Goreng sedap? Memang best lebih-lebih lagi jika tepung salutannya tu rangup, bersalutr elok pada pisang dan tidak serap minyak. Memang enak dimakan. Bila sesekali nak masak Pisang Goreng homemade, memang banyak yang dikongsi di laman-laman sosial. Nah…Kali ini RASA kongsikan kembali resipi tepung pisang goreng yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh. Menurut beliau resipi ini adalah yang digunakan oleh abangnya yang sudah 15 tahun meniaga pisang goreng. Wow… Bolehlah cuba ya. Sukatannya adalah saiz untuk niaga, tetapi bolehlah kurangkan jumlahnya mengikut jumlah yang anda perlukan. Selamat mencuba!
Asam Pedas merupakan antara menu kegemaran ramai. Selalunya kita makan Asam Pedas Ikan kan? Kali ini, jom kita cuba buat Asam Pedas Ayam pula. Jarang orang masak Asam Pedas Ayam ni tapi bagi orang Johor, ini menu biasa je. Nak tahu resipi penuh? Jom kita lihat resipi perkongsian Amoy Sally ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci kunyit hidup | dikisar
1 inci halia | dikisar
Lada hitam | dikisar
Cili kisar | ikut tahap kepedasan masing-masing
2 batang serai | diketuk
Daun kesum | lagi banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Air asam jawa
Minyak masak | kena guna minyak yang banyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul-betul masak dan garing.
3. Bila cili dah garing, boleh masukkan ayam atau ikan. Bila ayam dah agak kecut, baru masukkan air hingga paras ayam.
4. Kemudian, boleh masukkan perasa dan masukkan daun kesum, daun limau, bendi dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
6. Siap dan sedia dihidangkan.
INFO:
Air boleh ditambah mengikut banyak mana yang anda suka
Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
Bahan-bahan
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
Bahan kisar
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...