Acar rampai ini selalunya dihidang waktu kenduri tapi sekarang jarang sangat jumpa, kalau ada buat pun cuma acar mentah.
Acar rampai ini memang ngam sangat dengan nasi minyak. Kalau teringin apa kata buat sendiri, nak tunggu makan kenduri tak tahulah bila jumpa. Cara membuatnya dikongsi oleh Abg Apitte.
Cara buat acar rampai yang sedap dan rangup
Ads
Terlebih dulu sediakan bahan acar rampai iaitu;
5 biji timun muda – potong memanjang, bahagian tengah dia xpayah ambik
2 biji lobak merah – potong memanjang
2. Rendam timun dan lobar yang dihiris dengan 2 sudu kapur makan selama 30-40 minit sebelum masak. Ini cara untuk acar rangup. Kemudian bilas dan tos.
3. Seterusnya cara membuat sambal acar. Panaskan 1 cawan minyak masak, kemudian masukan 15 biji bawang putih (kalau besar potong 2) 10 biji bawang ros. Tumis sekejap.
4. Kemudian masukan 2 biji bawang besar kisar, 3 inci halia kisar dan 2-3 sudu cili kisar, 3 sudu biji sawi tumis sampai wangi.
5. Kemudian masukkan 2 sudu makan serbuk kari daging, 2 sudu makan serbuk kari ikan, sesudu serbuk kunyit. Masukan air dan tumis sampai pecah minyak.
6. Kemudian masukkan cuka makan anggaran 4-5 sudu makan, sedikit sos tiram dan sos cili. Masukkan gula dan perasa (acar ini kena manis2 masam). Masak sambal sampai agak pekat dan tutup api.
Ads
7. Bila dah suam baru masukkan sayur tadi, boleh tambah setengah genggam bijan sangai ataupun kacang goreng tumbuk. Gaul rata.
8. Boleh hidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriyani bersama ayam masak merah atau ayam kurma.
Nangka muda biasanya kita buat gulai lemak, kari dan kerabu, rupanya kita juga boleh mengolahnya menjadi hidangan rendang.
Bagi yang suka kelainan, boleh cuba resipi rendang nangka muda yang dikongsi oleh Hanieliza Kamarudin.
Cara buat rendang nangka muda
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (dihiris)
7 helai daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Apa yang boleh dihasilkan ialah dengan membuat Serbuk Kunyit secara homemade. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.
CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
CARA MEMBUAT:
1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah.
2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.
3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.
4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.
5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.
Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua 100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 biji jus lemon Gula secukup rasa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan 3 biji bawang kecil 1 ulas bawang putih 30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu) 10 biji cili padi 1 biji jus limau nipis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil 5 ulas bawang merah ½ biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 15 biji cili kering | rebus & dikisar 200 gm petai | dibuang kulit & belah 1 asam keping Gula secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil 2 sudu makan belacan bakar 150gm bawang kecil Garam secukupnya 2 sudu teh sos ikan 2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya 3 biji limau kasturi | perah jusnya 2 batang serai | dihiris halus 1 sudu makan serbuk kunyit 4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah 2 biji cili padi 1.5 sm belacan 2 biji bawang kecil/dihiris nipis Gula secukupnya Garam secukupnya ½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya. 10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana 1 mangkuk kecil terung pipit 5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar 5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat 2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air 1 biji bawang besar | dihiris nipis Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: