Bagi penggemar minuman Nescafe, pastikan anda mencuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Beliau berkongsi cara-cara membuat bancuhan minumanNescafe yang sedap tanpa menggunakan serbuk minuman pra-campuran. Memang kaw. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BANCUH NESCAFE PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 sudu teh nescafe (jangan penuh menggunung)
2-4 sudu teh susu cair
1.5 – 2 sudu teh susu pekat manis
Air panas mendidih secukupnya
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis ke dalam cawan. Kacau rata.
2. Warna bila dicampur dan dikacau. Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Kacau sebati
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.
Sedapnya Air Tembikai Lemon Laici ni. Letak dalam balang begini, ditambah pula dengan ais, membuatkan rasa tak sabar untuk menikmatinya. Tatkala cuaca panas, dapat pula minuman sejuk begini, memang terasa nikmatnya. Segelas pun tak cukup. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, saudara Ben Safwan ada kongsikan bahan-bahan serta cara pembuatannya. Mudah sahaja tapi rasa dia memang padu teruk. Sedap sangat-sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Hanya guna 3 bahan je.
1. Kupas kulit tembikai, masukkan isinya ke dalam pengisar. 2. Letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut. 3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais dengan secukupnya. 4. Air Tembikai sedap dan sejuk ini siap untuk dihidangkan.
NOTA: Tak gunakan gula sebab dah cukup manis dari campuran air-air ni semua.
Selamat Hari Kopi Seduna kepada semua Coffee Lovers
Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.
Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yang tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yang lain.
Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yang ingin dibeli dan sesuai dengan citarasa anda.
1. ARABIKA
Foto : teavillage.com
Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dari Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.
Foto : dankoff.com.my
Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yang lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal daripada robusta. Arabika adalah kopi yang paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik daripada pengkaji kopi.
2.ROBUSTA
Foto : ecplaza.net
Kopi robusta dapat tumbuh di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk penanaman kopi arabika namun lokasi yang paling baik adalah pada ketinggian tanah 400-800 meter dari aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.
Hampir sama rupa dengan kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yang lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dengan gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik untuk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.
3. LIBERIKA
Foto :misteransel.com
Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yang berasal dari Afrika, tepatnya dari Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dapat tumbuh hingga 9 meter tingginya
Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , banyak negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.
Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus daripada kopi liberika ke dalam sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.
4. KOPI LUWAK
Foto :bali-divine-island.blogspot.com
Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dari biji kopi arabika atau robusta yang dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.
Musang ini akan menelan buah kopi yang sudah berwarna merah lalu memprosesnya dengan enzim yang berada di dalam perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dari buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.
Foto : grubstreet.com
Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yang sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yang tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Boleh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yang berpengaruh pada ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yang paling mahal di dunia.
5. EXCELSA
Foto :amazon.com
Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dari pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan rasa buah-buahan tapi dengan rasa kopi hitam.
Rasanya memang unik dan rasa yang amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dalam campuran jenis kopi lain. Jadi mana satu yang lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yang ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dengan jenis kopi yang lain pula.
Khasiat teh hijau untuk kesihatan memang sudah lama diketahui. Salah satu yang paling disukai ialah kerana teh ini membantu menurunkan berat badan dan berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol.
Disebabkan khasiat ini ramai yang meminumnya setiap hari tapi persoalannya adakah kita mengambilnya pada waktu yang betul. Ini kerana pengambilan teh hijau pada masa yang tepat sangat membantu dalam penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat langsing tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Elak minum kalau perut kosong
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Tapi cara uni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Guna uncang sekali saja
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.