Menu Kari Terung Ikan Masin Kurau ini sememangnya enak dan sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Hanya satu lauk ini sahaja sudah boleh membuat makan nasi bertambah-tambah. Mudah sahaja bahkan satu lauk ini sahaja sudah cukup kerana lengkap dengan sayuran. Nak cuba? Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK KARI TERUNG IKAN MASIN KURAU
BAHAN-BAHAN: 9 biji terung bulat – dibelah 7 keping ikan masin kurau – beli online disini 4 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini 2 cawan perahan santan 1 cawan air masak 2 tangkai daun kari Bawang merah – dihiris 3 ulas bawang putih – diketuk Serai – diketuk 1 helai daun pandan – disimpul 2 cm halia Serbuk perasa – jika perlu Garam secukupnya Gula – jika mahu Minyak masak untuk menumis
Ads
NOTA: Rempah kari perlu dibancuh dengan air. Jadikan sebagai pes
CARA MEMASAK 1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan. 3. Masukkan pes rempah kari dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak (pastikan masak guna api perlahan) supaya rempahnya betul-betul masak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan santan dan juga serbuk perasa, garam dan juga gula mengikut cita rasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.
6. Angkat dan Kari Terung Ikan Masin Kurau siap untuk dihidang.
Aidiladha bakal muncul tak lama lagi. Walau dengan segala SOP yang ada, pasti kita akan mula menerima sumbangan daging daripada orang ramai yang menjalankan ibadat korban tahun ini. Kali ini RASA berikan resipi kari daging yang dimasak ala India.
Kari daging ala India ni bezanya dengan kari masyarakat Melayu adalah tiada penggunaan santan. Rasanya sedap dan berempah. Memang sedap untuk dimakan dengan nasi panas ataupun dicecah dengan roti.
KARI DAGING ALA INDIA
BAHAN-BAHAN
1 kg daging lembu
2 peket kecil rempah kari daging
3 sudu besar kerisik
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih | dimayang
5 ulas bawang merah | dimayang
2 cm halia | dimayang
2 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
4 cawan air
3 biji kentang | belah 4
CARA MEMBUAT
1. Basuh daging. Toskan. Gaul daging dengan rempah kari daging dan kerisik. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. Selepas bahan tumis agak kering, masukkan daging.
4. Masukkan 1 cawan air. Biarkan daging masak dan pecah minyak.
5. Masukkan lagi air. Masukkan kentang.
6. Biarkan kentang empuk. Masukkan cili besar yang dipotong-potong jika suka.
7. Matikan api. Sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Jom kita variasikan menu dengan menggunakan terung..Macam-macam boleh dimasak dan bila dapat hidangan-hidangan ni rasa macam tak perlu lauk lain dah..Nak ratah macam tu je pun sedap!
4 biji terung saiz sedang (potong serong, rendam, cuci & tos )
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Segengam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
Garam, serbuk perasa & sikit gula
Sikit serbuk kunyit
Minyak
CARA MEMASAK:
Terung digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak agak byk. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat dan ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dalam pinggan berasingan.
Kurangkan minyak dalam kuali tadi untuk menumis. Tumis bahan-bahan mayang hingga bawang layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa dan sikit gula. Masukkan 2, 3 sudu air jika sambal terlalu kering. Kacau hingga sebati.
Masukkan terung dan gaul sebati. Akhir sekali taburkan ikan bilis dan gaul lagi. Hidang panas-panas semasa ikan bilis masih rangup. (Jika belum mahu makan, masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan. Hanya masukkan ikan bilis & gaul. Tidak perlu dipasangkan api dapur)
Aiskrim Asam Boi adalah antara perisa aiskrim Malaysia yang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa masin, sedikit masam dan manis memberikan rasa yang menyegarkan. Jika cuaca panas, memang laris aiskrim ni. Bagi anda yang suka makan Aiskrim Asam Boi, saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipi dan juga petua untuk menghasilkan aiskrim Asam Boi yang lebih sedap dan berais halus. Ha…Nak tahu? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA BUAT AISKRIM ASAM BOI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya) – beli onlineDISINI 2 liter air 2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter) – beli online DISINI 3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion – beli online DISINI 24-30 biji asam boi – beli online DISINI 4-5 biji limau kasturi – beli online DISINI Sedikit garam – beli online DISINI Plastik aiskrim secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...