Butter Chickenatau Ayam Mentega sememangnya jadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Rasanya yang lemak masin, memang enak dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Bagi anda yang anak-anak kurang gemar makan isi ayam, boleh cuba masak begini. Pasti licin. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmadni. Mudah dan pastinya digemari ramai.
CARA MASAK BUTTER CHICKEN YUMMY. JOM CUBA!
BAHAN-BAHAN: 14-16 ketul ayam yang sudah di potong kecil 1 cawan susu segar 7 sudu makan mentega 20 helai daun kari 4 biji bawang merah – cincang halus 6 ulas bawang putih – cincang halus 6 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh garam 3/4 sudu besar gula 1 biji telur 1 sudu teh tepung jagung (untuk kuah)
CARA MEMASAK:
1.Satukan ayam bersama telur dan serbuk lada putih. Kacau @ gaul sebati dengan ayam.
2. Perap ayam selama 10 -15 minit.
3. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Kemudian masukkan garam dan kacau sebati.
5. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan gaul dengan tepung. Pastikan semua bersalut rata.
6. Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas.
7. Bila ayam sudah nampak kekuningan @ masak, bolehlah diangkat.
8. Pastikan ayam ditos minyaknya terlebih dahulu. Aya mini sangat rangup teksturnya. Ketepikan.
Ads
9. Dalam kuali berlainan, panaskan mentega dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
10. Masukkan pula daun kari dan cili api. Kacau sehingga sebati.
11. Bila sudah semerbak bau daun kari, masukkan pula susu segar.
12. Masukkan pula tepung jagung. Fungsinya supaya kuah jadi pekat.
13. Seterusnya masukkan gula. Garam tidak perlu letak kerana mentega sudah bergaram dan ayam juga sudah mempunyai rasa masin. Namun jika kurang rasa, tambah ikut selera.
14. Bila kuah mendidih dan pekat sedikit, terus masukkan ayam yang telah goreng tadi.
15. Kacau sehingga sebati dan pekat. Kalau nak berkuah, jangan masak lama sangat.
Ads
16. Butter Chicken siap dimasak dan enak dinikmati bersama nasi.
Anda suka makan sayur jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, sayur dibeli di pasar. Kini, anda boleh hasilkan sayur jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Pasti sedap.
SAYUR JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 besen sayur Kai Choy
2 sudu makan gula merah
1 genggam nasi sejuk
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.
2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.
3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.
4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.
5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.
Hari ini ada tetamu ingin datang bertamu atau anda mengundang rakan-rakan atau sanak saudara untuk makan tengahari atau malam, tapi masih tidak tahu nak mak masak menu apa. Ini RASA kongsikan empat menu yang mudah boleh anda masak dan sajikan.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
1 cawan kicap pekat manis
1 sudu makan kerisik
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
3 batang serai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2.5 halia
Bahan Sangai dan Kisar:
2 Ssudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
Sedia dihidangkan.
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
500ml santan pekat
5 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan udang kering | kisar
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2.5cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
Pajeri sedia dihidangkan.
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
500ml santan
4 sudu makan rempah kari daging
2 biji kentang | belah empat
2 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2.5cm inci halia |kisar
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kari daging sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 cawan santan pekat
2 sudu makan pes cili kering
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Keluarkan ayam dan ketepikan.
Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
Tutup api dan ketepikan.
Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!