Petang begini,mulut terasa inginkan kudapan atau pemanis mulut. Kalau dihidangkan bubur memanglah sedap digabungkan dengan teh panas. Jom kita buat bubur yang satu ni, bubur kacang merah resipi Azian Hasan. Mungkin kita jarang makan bubur kacang merah. Selalunya kita makan bubur kacang hijau kan. Bubur kacang merah yang Kak Yan buat ini ialah salah satu manisan untuk makanan masyarakat Cina. Manisan ini tidak menggunakan santan.Resipi ini menggunakan biji kacang merah. Kalau nak guna kacang merah tin, hanya tambahkan air, gula, daun pandan, sedikit bancuhan tepung beras dan hirisan limau kering.
Bahan-bahan: 300 gram kacang merah(direndam selama satu jam) 6 cawan air 180 gram gula 2 helai daun pandan 3 keping kulit limau kering 2 sudu makan tepung beras dicampurkan dengan empat sudu makan air.
Cara memasak: 1.Basuh kacang merah dan rebus bersama air sehingga ia lembut. 2.Masukkan gula, daun pandan dan kulit limau kering. Masak sehingga mendidih. 3.Masukkan tepung beras. Kacau sehingga kuahnya pekat. Kredit: #azianhasan
Bentuk dan warna makanan adalah tarikan utama seseorang itu untuk menjamahnya, bila mata tergoda, selera melonjak untuk menjamahnya. Apa lagi anak-anak mesti suka punya, Mak-mak boleh cuba buat, boleh buat bekal anak ke sekolah. Selain sedap Loli Pop ini juga berkhasiat dan sangat mudah disediakan.
LOLI POP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 sudu makan mayones
Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Pecah telur dalam mangkuk dan campurkana mayones. Kacau rata.
asukkan parutan lobak merah dan daun bawang.
Tambahkan garam dan kacau lagi.
Panaskan kuali non stick, kemudian dadarkan telur hingga masak.
Keluarkan telur dadar tadi dan gulungkannya.Hiris lebih kurang 1 cm, kemudian cucukkan 3 hirisan telur pada lidi pencucuk satey seperti bentuk loli pop.
Berikan kelianan pada donut anda dengan pemegang istimewa seakan memegang peha ayam.
DONUT PAHA AYAM
BAHAN A:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan gula
6gm yis
( Biarkan selama 1 jam sampai yis mengembang)
BAHAN B:
500gm tepung gandum
2 biji kuning telur
30gm margerin
30gm shortening
5gm ovalette
1 biji ubi kentang kecil | rebus & lecek
1/2 sudu teh garam
BAHAN C ( KRIM):
250gm shortening
50gm margerin
1 sudu makan gula
Sedikit garam
( satukan semua bahan dan pukul)
Coklat rice secukupnya
CARA MEMASAK:
Campur bahan A bersama tepung. Uli seketika.
Kemudian masukkan ubi kentang, marjerin, shortening dan ovalette. Uli lagi.
Masukkan kuning telur serta garam. Uli hingga sebati dan sempurna. Biarkan doh naik 2 kali ganda dalam 1 jam.
Bahagiakan doh kepada 10-14 bahagian dan bulatkan. Cucuk doh pada lidi dan bentukkan menjadi seakan bentuk paha ayam. Tabur tepung supaya doh tidak melekat.
Biarkan donut selama 30 minit sebelum digoreng menggunakan api perlahan sehingga masak.
Sejukkan donut dan sapukan krim serta coklat rice dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Puding sejuk berlemak dengan rasa cendol, perrgghhh siapa tak suka. Usah dipelawa, pasti cepan licin dimakan. Sukatan gula tu tak payah manis sangat, kurangkan aje gulanya,ya.
Terima kasih Yatiememories dan UDA atas sumbangan resipi ni
PUDING LEMAK CENDOL
.
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir | boleh dikurangkan sedikit
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol | ditapis
CARA MEMASAKNYA:
1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dgn api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dlm acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
.
PUDING LEMAK CENDOL
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...