Siapa yang selalu buat vadai tapi susah nak bentuk boleh guna cara ni. Rangup di luar dan lembut di dalam. Ikut ni gerenti menjadi. Bolehlah cuba buat anda yang craving vadai.
Vadai
Bahan-bahan:
1 cawan urad dhal (rendam minimum 2 jam, semalaman lagi bagus)tapis dan blend. Kalau boleh jangan letak air masa blend
2 bawang merah- cincang halus 1 cili hijau- potong halus, buang biji Daun kari -gunting halus Garam secukupnya
Cara membuat:
Ads
1.Masukkan semua bahan.
2.Gaul sebati
3.Bentukkan bulat.
Ads
4.Kalau tak dapat bentuk, letak batter kat belakang senduk.
5.Buat lubang.
6.Celup dalam minyak panas.
Ads
7.Goreng sampai warna kuning keemasan. Guna api sederhana semasa menggoreng.
Sedapnya Apom Lenggang ni. Ia merupakan makanan tradisional orang-orang dulu. Resipi dan cara memasaknya pun sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang. Nak jadikan sebagai bekalanak untuk ke sekolah pun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cheamah Hashim ni. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Siapa suka kuih lapis? Kuih lapis ni kuih tradisi yang wajib semua orang rasa. Jika dulu hanya bentuk biasa yang kita tengok ialah segi empat, namun kini muncul pula bentuk bunga Sakura.
Menerusi perkongsian daripada Nawar Azhar ini, dia menggunakan acuan khas berbentuk bunga Sakura yang dibeli secara online.
1.Mula-mula, panaskan dahulu kukusan. 2. Kemudian, satukan semua bahan di dalam satu bekas. Kacau rata dan pastikan tiada tepung yang berketul. 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian iaitu 1 bahagian warna asal (putih) dan 1 bahagian lagi warna pink.
6. Buat langkah yang sama sampai adunan habis. Untuk lapisan akhir, kukus selama 10 minit.
7. Biarkan kuih lapis sejuk dahulu, baru dikeluarkan dari acuan.
*Untuk lapisan pertama, sebaiknya guna 3/4 sudu makan adunan, lapisan seterusnya guna 1 sudu makan supaya nampak corak bunga di tengah-tengah. *Macam mana nak bentukkan bunga di tengah, ambil sesudu adunan tuang dalam acuan. Kukus 3 minit. Bila lapisan bawah dah keras, tuang sesudu lagi adunan, kukus dan buat langkah yang sama sampai adunan habis.
Kalau anda penggemar lempeng, wajib cuba resipi lempeng lembut gebu ini! Lempeng ni sedap dihidang bersama sambal tumis telur.
Tak susah pun nak buat lempeng ni. Resipi yang dikongsi Suzana Othman, yang meniaga lempeng memang menjadi lembut dan gebu. Siap boleh tahan lembut sampai ke esok pagi tau.
1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam pengisar. Kisar hingga telur kembang. 2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, kisar hingga tepung sebati. 3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1 jam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
6. Tuang adunan ikut saiz pan. Tak perlu lenggang pan ye.
7. Tunggu sehingga lempeng timbul buih-buih halus, kemudian baru balikkan. 8. Bila dah masak, angkat dan letak dalam pinggan. Teruskan proses masak lempeng hingga habis adunan. 9. Cara memasak ada di dalam video DI SINI.