Terasa nak makan kari ikan tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.

 

RESIPI KARI IKAN SARDIN PALING SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
  • 1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
  • Bendi secukupnya
  • Tomato secukupnya
  • 2 senduk minyak untuk menumis

BAHAN TUMIS:

  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris nipis
  • 1 sudu teh halba campur – boleh abaikan

BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):

  • 2 paket kecil rempah kari
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 1 ½ keping asam gelugur
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • Sedikit perasa
  • 1 ½ cawan air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.

2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.

3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.

4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.

5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.

6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.

7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal