Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi pengawet berbahaya dan ada sayurbagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussofni. Memang terbaik!
RESIPI SOSEJ HOMEMADE SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 4 ketul dada ayam 1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka) 3 batang daun sup 1 ulas bawang besar – dihiris nipis – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini Sedikit garam 1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam) – beli online disini Sebiji telur 3 sudu tepung jagung – beli online disini 1/2 sudu teh daun oregano – beli online disini Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sampai lumat.
2. Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk mudah dipaipkan dalam plastik.
Ads
3. Kaub balikkan adunan supaya sebati.
4. Masukkan bahan kisar ke dalam plastik atau piping bag. Masukkan separuh sahaja jangan penuh takut nanti akan terkeluar ikut belakang.
5. Gunting bahagian hujung plastik.
6. Picitkan ke dalam plastik aiskerim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskerim itu telah dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
7. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim dengan kemas.
8. Jika tidak suka guna plastik, boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
9. Caranya mudah sahaja. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun pisang atau aluminium foil.
10. Adunan yang telah siap dibungkus.
11. Masukkan gulungan sosej ke dalam pengukus dan kukus dalam15-20 minit.
12. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan sosej.
13. Buka pembalut sosej.
14. Panaskan minyak dan bolehlah digoreng.
Ads
15. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga dipanggang atau bakar dalam ketuhar.
16. Sosej yang telah siap digoreng.Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Adus sedapnya dapat makan pemanis mulut yang satu ni. Mudah saja membuatnya. Kalau membelinya tidak mungkin sesedap yang dibuat sendiri kerana pengurangan air gulanya. Maka kurang rasa. Terasa nikmat bila dimakan sejuk, paduan santan pekat dan gula melaka sungguh menggugat iman.Boleh buat sendiri ikut resipi ini. Moga korang berpuas hati.
SAGU SANTAN GULA MELAKA
Bahan-Bahan:
Bahan untuk sagu:
1 1/2 cawan sagu
air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu besar tepung beras- BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
1 ketul besar gula melaka
3 sudu besar gula merah serbuk Thai -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Cara memasak:
1.Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
2.Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
3.Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
4.Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
5.Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara buat kuah santan:
1.Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
2.Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara buat sirap gula melaka:
1.Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
2.Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
3.Tapis dan sejukkan.
Tip:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.
Kredit Resipi – Che Nom (resepi)
Kredit Gambar – HasnieZa Nor
Sup tulang berempah yang diolah sendiri rempah memanglah enak dinikmati.Bila cukup ramuan rempah bila menghirupnya puas hati rasanya. Sangat sesuai untuk rewang bersama keluarga.Jangan lupa cuba.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN UNTUK REBUS:
2 kg tulang | cuci bersih dan toskan
2 inci halia | titik
4 ulas bawang putih | titik
1 paket sup tulang
Air secukupnya
BAHAN UNTUK REMPAH:
5 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 paket sup tulang
1 paket perencah sup
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
Minyak secukupnya untuk kisar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
Ais tambahan secukupnya.
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
6 biji cili padi
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, halia dan bawang putih dan sup tulang bunjut). Rebus sehingga empuk.
Nak mudah gunalah pressure cooker.
2. Sementara tunggu tulang empuk , boleh buat bahan untuk rempah. Kisar bawang merah, halia, bawang putih
dan juga sup tulang rempah.Rempah dalam bunjut kisarkan sekali.
3. Masukkan perencah sup, serbuk ketumbar dan lada hitam.Kisar dengan minyak.
4. Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak dan ketepikan.
5. Buka periuk rebusan dan masukkan rempah yang telah kita tumis tadi.Kacau sekejap.Reneh seketika
7. Masukkan garam ikut cita rasa.
8. Masukkan lada sulah.Tambahkan air jika suka.
9. Masukkan bawang Holland, tomato , cili padi hijau dan merah, kacau rata.
10. Tabur daun ketumbar jika suka sebelum dihidangkan.