Roti Boy memang sedap kan? Roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum, dalamnya berintikan mentega bergula menjadikan ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Namun ada kala bila teringin nak makan atau merasa, kedainya pula jauh atau sukar nak dapat. Nah…Menerusi perkongsian saudari As Danishbeliau kongsikan resipi Roti Boy homemade yang beliau pelajari dari channel Youtube Buat Orang Lapo. Nampak mudah & sedap. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN KRIM KOPI: 80gm mentega (salted/bergaram) – beli online disini 60gm gula ising – beli online disini 1 biji telur 80gm tepung naik sendiri blue key (ayak) – beli online disini 1 sudu makan bancuhan air kopi ( 1 sudu makan serbuk kopi bancuh dengan sedikit air – pandai-pandai agak la ya) – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1.Sapukan mentega pada sekeping / satu bahagian roti, kemudian taburkan gula kastor di atasnya. Kepitkan dengan sekeping lagi roti dan potong bentuk segi tiga. Ketepikan. 2. Untuk krim, campurkan mentega dan gula ising. Kacau sebati. 3. Masukkan telur. Kacau rata. 4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak. 5. Masukkan bancuhan air kopi dan adun lagi hingga sebati. 6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang pembakar.
7. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
8. Roti Boy homemade sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: As Danish (dicuba dari resipi Buat Orang Lapo (You Tube)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buntu memikirkan resipi lauk paukyang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipilauk pauk kampung sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengaharikeluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
500ml santan pekat
250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu
150gm daun kaduk
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
2cm halia
16 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minhyak dalam periuk, 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. 4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 5. Selepas dua minit masukkan siput sedut. 6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. 5. Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau lagi seketika dan tutup api.
Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
7. PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
8. BENDI BERLADA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
10 biji kacang bendi|dihiris nipis
1 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang putih|ditumbuk halus
3 ulas bawang merah|tumbuk halus
50gm udang kering|ditumbuk halus
3cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
10ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis lagi sehingga cili masak.
Masukkan kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.
Tumis seminit atau sehingga bendi menjadi lembut sedikit.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
9. KACANG PANJANG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang |dipotong pendek
30gm cili kisar
30gm udang geragau |ditumbuk halus
5gm belacan
5 ulas bawang putih |ditumbuk halus
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga cili masak.
Masukkan kacang panjang dan tumis beberapa minit.
Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
10. KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong saiz sederhana | potong dan bersihkan
1 biji tomato | hiris nipis
2 batang kacang panjang | potong pendek
1 biji cili merah | cincang dadu
5 biji cili padi | hiris nipis
1 biji bawang besar | cincang dadu
1 helai daun limau purut | hiris halus
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) | hiris halus
1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
Selalunya bahagian dada ayam memang kurang ‘laku’ kalau dimasak menjadi lauk. Yang selalu cepat jadi pilihan adalah bahagian tight, kepak dan paha.
Jadi, apa kata kita buat popcorn ayam. Lihatlah, mesti sekejap saja habis semangkuk.
POPCORN AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)
1 sudu besar garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Serbuk kunyit
1 biji telur ayam (dipukul hingga kembang)
2 sudu besar tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk roti
CARA MEMBUAT
1. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam, lada sulah, lada hitam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
3. Masukkan telur ayam dan 2 sudu besar tepung jagung. Gaul dan kemudian perap selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sementara itu, masukkan lagi 2 sudu besar tepung jagung, baking powder dan serbuk roti dalam bekas ayam yang sudah diperap tadi. Gaul seketika.
6. Masukkan dalam minyak panas.
7. Angkat ayam selepas kekuningan. Rehatkan ayam selama 5 minit.
8. Goreng sekali lagi ayam itu supaya menjadi lebih rangup.
9. Angkat dah toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
Dulu-dulu sebut je Lepas Liat, di kalangan orang utara menang popular. Sejenis lepat yang dibuat dari tepung pulut santan dan berintikan kelapa. Rasa liat dan kenyal adunan tepung pulut dengan santan, gula merah menjadikannya ia lemak manis. Ditambah dengan inti kelapa, memang lengkap rasa sedapnya. Membuatnya pun tak susah, resipi sudah disediakan, anda boleh cuba.
LEPAT LIAT UTARA BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung pulut 1/2 cawan santan 1cawan gula merah | masak, tapis dan sejukkan 3 sudu makan gula putih 1 sudu kecil garam 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) yang digaul dengan sedikit garam halus Daun pisang secukupnya | dilayur dan lap bersih
CARA MEMASAK:
Masukkan santan, garam, gula ke dalam bekas berisi tepung pulut. Gaul sebati.
Kemudian tambahkan ke dalamnya air gula merah, kacau supaya tidak berketul.
Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak masak, kemudian letakkan dua sudu makan adunan tepung pulut. Ratakan.
Sapu minyak pada jari dan tekan adunan.
Letakkan inti kelapa di tengah adunan dan balut kemas macam buat lepat biasa.
Setelah siap susun dalam pengukus secara bersilang, dan lakukan hingga habis.
Kukus dalam pengkukus yang sedia dipanaskan selama 45 minit.
Setelah masak, sejukkan sebelum sedia dihidangkan.