Kalau buntu nak cicah roti dengan apa, bolehlah cuba resipi Shakshuka ini. Menu ini dikatakan hidangan tradisi daripada Afrika Selatan-Tunisia. Namun ia popular di kalangan penduduk di Timur Tengah.
Malah terdapat pelbagai variasi resipi yang boleh dijumpai di Palestin, Mesir dan pelbagai tempat lain.
Jom kita cuba resipi yang dibuat oleh Kasih Kasmila ini.
SHAKSHUKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
5 biji bawang putih | diracik atau ditumbuk – beli online di sini 4-6 biji tomato | dipotong bulat Bawang besar | dipotong dadu – beli online di sini Daging hancur 1 sudu kecil serbuk rempah ketumbar 1 sudu kecil jintan manis – beli online di sini 4 sudu besar puri tomato (boleh abaikan jika tidak suka) Garam ½ sudu kecil gula Tomato ceri | dibelah dua Capsicum merah | dipotong bulat – jadikan 4 bulatan 4 biji telur Daun sup Chili flakes Lada hitam – beli online di sini Rempah herba campuran (Italian mixes herbs)
CARA-CARA:
1.Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan tomato. Kacau rata. Angkat dan kisarkan. Ketepikan. 2. Kemudian, menggunakan pan atau kuali baru, tumiskan bawang besar hingga naik bau. 3. Masukkan daging hancur, serbuk rempah ketumbar, jintan manis dan bahan kisar tadi. Kacau rata. Biarkan ia mereneh selama 3 minit.
4. Kemudian, masukkan puri tomato, garam dan gula secukup rasa. Ikut rasa masing-masing untuk seimbangkan rasa tomato yang banyak tu. 5. Masukkan pula tomato ceri, capsicum merah. Pastikan pada masa ini, guna api perlahan saja. 6. Pecahkan telur dalam bulatan capsicum. Ikutlah 4 biji telur, 4 bulatan Capsicum. Kalau telur putih terkeluar sikit tak apa.
7. Biarkan ia mereneh (boleh tutup kejap pan guna penutup kaca). Tunggu telur masak (kalau saya, suka telur nampak separa masak). 8. Tabur daun sup, chili flakes, lada hitam dan talian mixes herbs. Rasa sajian ni, kita boleh ubah nak pedas atau tak dengan tambah chili flakes, lada hitam. 9. Dah siap. Boleh saji dengan roti bakar, prata, capati atau roti arab pun boleh.
Sedapnya Asam Tempoyak Ikan Patin yang dihidangkan oleh Datin Sukma, sampai hirup kuah. Cukup asam garam dan pedasnya. Memang boleh buat sesiapa yang menikmatinya ketagih. Tambah menarik personaliti bertubuh kecil molek ini tak kedekut kongsi tip macam masak tempoyak ikan patin.
“Saya belajar masak Asam Tempoyak Patin dengan mak mentua. Dia memang pakar masak tempoyak dan pernah buka restoran di Temerloh. Dia juga ajar macam mana nak hilangkan hanyir ikan patin ni. Selain cuci dengan air asam limau atau tepung, ada satu benang halus dalam isi ikan patin yang mesti dibuang kerana benang halus itulah yang menyebabkan ia ikan itu hanyir. Perkara ini ramai orang tak tau, Alhamdulillah dengan tunjuk ajar mak mentua, bolehlah saya masak Asam Tempoyak Patin,” ujar Datin Sukma turut memberitahu bahawa ikan patin juga enak dimasak dengan menu asam pedas.
Kalau korang nak tau, Datin Sukma bukan hanya hidangkan kami dengan Ikan Patin Masak Tempoyak, tetapi juga Rendang Daging Berempah Pahang kesukaan suaminya dan sambal sotong. Memang terbaik rasanya. Terima kasih Datin Sukma kerana sudi menerima kunjungan RASA.
Korang yang nak cuba tiga menu Datin Sukma, berikut resipinya, atau boleh dapatkan Majalah RASA terbaru di pasaran sekarang.
IKAN PATIN ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | lebih kurang 500-600gm
Garam dan gula secukup rasa
3-4 tangkai daun kesum
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
2 sudu makan tempoyak
10 biji cili padi
2 biji cili merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Ikan patin di potong tiga atau empat bahagian.
Cuci dengan tepung kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama dengan bahan kisar.
Kacau rata, kemudian renehkan atas api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan ikan dan daun kesum.
Biarkan terus mereneh dan ikan masak baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
RENDANG DAGING BEREMPAH PAHANG:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
700ml santan
4 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kicap pekat
3cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
3 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis bersama daun kari dan serai titik, kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau rata hingga wangi, baru masukkan pes cili kering.
Setelah pencah minyak masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kemudian masukkan daging, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata dan biarkan ia mereneh.
Renehkan atas api sederhana, sekali sekala kacau.
Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak dan daging empuk.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz besar | buang kulit ari dan cuci bersih
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan terus tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan sotong, kacau rata hingga sotong kecut.
Seterusnya perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata dan apabila air sotong kering, tutup api.
Ni snek paling sekejap buatnya. Rangup dan manis dengan badam, kuaci dan bijan bersama tepung florenta memang laris kalau buat jualan ni. Kraap…krupp mengunyahnya.
Badam dan kuaci dibakar dulu. Kemudian dah sejuk baru gaul dengan tepung florenta. Kalau takde tepung ni tak sempurna bepang badam ni.
Tepung florenta ni harganya mahal sikit sebab itu lah dijual dalam gram. 500gm kat hampirr RM19 harganya. Tepung atau serbuk ni lah yang melekatkan hirisan badam, kuaci dan bijan tu.
Jom cuba resipi yang dikongsikan di laman FB : Masa apa ye ?. Tapi ingat masa buat ni jangan leka sebab ia cepat masak.Ok ni resepinya:
CRUNCHY CARAMEL ALMOND
BAHAN-BAHAN :
500gm serbuk @ tepung florenta
500gm hirisan badam
200gm kuaci hijau (biji labu)
100gm kuaci putih ( biji bunga matahari)
20gm bijan putih
20gm bijan hitam
*Gunakan kertas cup cake yang licin dalamnya, size L (ada lapisan plastic biasanya bercorak polka dot. Boleh guna 60 keping.Senang nanti boleh isi banyak-banyak dulu.
CARA MEMASAK :
Bakar hirisan badam dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.
Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dalam dulang dalam 5minit.
Bijan hitam dan putih pun saya bakar 3 minit bagi wangi.
Sejukkan semua betul-betul dan campur semua dalam satu bekas bersama serbuk florenta.
Foto : Bila dapur busu berasap
5. Gaul sehingga sama rata.
6. Sudukan guna sudu besar ke dalam kertas cup cake ratakan. Tak nipis dan tak terlalu tebal
7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, jadi bakar yangg pertama tu rajin-rajin tengok, bila dah kekuningan keluarkan dari oven.
8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Kertas cup cake boleh guna semula untuk round seterusnya.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
10. Selesai semua boleh simpan dan guna semula kertas cup cake tu..
Walaupun rasanya mungkin pahit tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Selain dimakan begitu sahaja, petai juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang enak. RASA kongsikan enam variasi resipi menarik berasaskan petai yang boleh anda cuba.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.