Jom buat piza homemade yang sedap ni. Jika resipi lain perlu uli tepung dan renyah cara pembuatannya tapi resipi ini hanya guna roti sandwic je tapi best. Sajian piza memang jadi kegemaran anak-anak. Lebih-lebih lagi jika dimakan panas, memang enak. Ringkas, mudah disedikan dan inti boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Nak letak isi ayam, daging, udang, sosej, semua boleh. Keju banyak? BOleh… Letak sahaja mengikut selera anda. Janji puas makan. Suami dan anak-anak pasti puji ni. Percayalah. Terasa nak buat? Saudari Khairun Nisakada kongsikan resipinya. Jom cuba. Tentu puas hati dengan menikmati menu mudah ini. Senang sangat!
CARA MEMBUAT PIZA HOMEMADE SEDAP & MUDAH GUNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN: Roti putih @ roti wholemeal Sos traditional pasta – boleh juga guna sour cream – beli online disini Capsicum – jika suka Aneka inti untuk topping – boleh guna apa sahaja seperti udang,ayam, daging, sosej & sayur Keju Mozarella block / keju mozzarella belum parut – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1. Alas loyang menggunakan baking paper. Susun kepingan roti sandwich memenuhi tray. 2. Sapu setiap kepingan roti dengan sos pasta dengan secukupnya. Sos pasta ini sudah mempunyai rasa masam, manis dan haruman parsli. 3. Letak parutan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping pilihan anda. 4. Tutup inti dengan menambah parutan keju mozarella.
5. Bakar piza anda pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 15 minit.
6. Bila keju mozzarella sudah agak keperangan, boleh keluarkan piza.
Sesekali ubah selera memang best. Bagi anda yang tak lalu nak makan nasi, apa kata cuba masak BihunSup Chinese Style perkongsian saudari Cik Puan Julieta yang sangat mudah ni. Bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja. Malah nampak sangat sedap. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
Bihun – celur
15 ekor udang sederhana besar
Bebola ikan / fishball secukupnya
1 kiub pati ayam
1 labu bawang putih – tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
BAHAN SAMBAL KICAP:
Cili padi merah / hijau secukupnya
Cuka secukup rasa
Kicap cair secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sawi jepun celur
Brokoli celur
Kek ikan / fishcake goreng – hiris nipis
Bawang putih goreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak anggaran ½ cawan. Kemudian tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga perang. 2. Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi ke dalam mangkuk. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk. 3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi bawang putih tadi. Jumlahnya terpulang pada banyak mana yang anda kehendaki. 4. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Reneh selama beberapa minit. 5. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kicap cair, cuka dan hirisan cili padi merah dan hijau. Gaul rata dan sesuaikan rasanya dengan selera masing-masing. 6. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama sup bawang putih. Tambahkan juga bahan-bahan hiasan dengan secukupnya. 7. Nikmati segera.
Kuih tradisional peria ni memang sedap dikunyah, lembut tapi liut sikit sebab ada tepung pulut. Kuih muih Melayu memang tak lekang penggunaan tepung pulut dan santan ni.. Intinya boleh menggunakan kacang merah, kacang hijau atau kelapa.
Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni.
KUIH PERIA ALA MAMA SOFEA
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar
sedikit garam
air secukupnya
pewarna pilihan
inti pilihan ( inti kacang merah / kacang hijau / kelapa ) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan tepung di dalam mangkuk, kacau rata. 2. Masukkan santan yang dicampur sedikit garam . 3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan . 5. Ambil sedikit doh dan masukkan inti ( farisha guna inti kacang merah ) 6. Untuk membuat corak , boleh menggunakan lidi / pisau plastik / pembalut buah . 7. Farisha gunakan menggunakan pembalut buah . 8. Letakkan kuih di tengah pembalut dan balut , tekan sedikit di kedua dua bahagian hujung kuih agar kuih terbentuk bujur . 9. Kemudian letakkan di atas baking paper,ulang sehingga habis . 10. Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit . siap
Bila makan di restoren perasan tak telur dadar yang dibuat gebu dan tebal. Tapi bila kita msak di rumah jadi leper saja.
Untuk pengetahuan untuk buat telur dadar yang tebal ini ada bahan lain yang perlu diisi barulah menjadi. Tukang masak De Havoc berkongsi resipi dan tip untuk hasilkan telur dadar gebu, makan sepotong pun dah kenyang.
Cara buat telur dadar gebu dan tebal
Bahan-bahan:
7 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
Kicap sotong
Bawang dihiris dadu
Cili – dihiris
Cara membuat:
Campur semua bahan, pukul biasa saja tak perlu bersungguh sambil kacip gigi.
Tuang minyak dalam kuali biar betul betul panas barulah masuk bancuhan telur.
Kalau nak bersarang, masak dengan minyak yang banyak, jika untuk jualan minyaknya biasa saja.