Ads

Daging Asam Kunyit Paling Padu, Resipi Lauk Kampung Simple Yang Buat Bertambah Nasi

Kalau sebut lauk kampung, memang susah nak tolak menu yang ada gabungan rasa pedas, masam dan berempah. Salah satu menu yang sentiasa buat ramai teringat lauk air tangan mak di kampung ialah Daging Asam Kunyit. Walaupun nampak ringkas, sebenarnya hidangan ini cukup istimewa kerana menggunakan bahan-bahan mudah tetapi menghasilkan rasa yang sangat membuka selera.

Menu ini juga sesuai dimakan bila anda sudah jemu dengan masakan bersantan atau bergoreng. Rasa masam daripada air asam jawa, aroma wangi bunga kantan dan kepedasan cili padi memang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi jika dimakan bersama nasi panas.

Daging Asam Kunyit Paling Padu, Resipi Lauk Kampung Simple Yang Buat Bertambah Nasi

Menariknya, lauk ini tidak menggunakan terlalu banyak rempah. Sebab itu rasa asli daging masih terasa dan kuahnya pula lebih ringan tetapi tetap padu.

Rahsia Daging Asam Kunyit Jadi Lagi Sedap

Salah satu rahsia utama untuk menjadikan menu ini lebih sedap ialah menggunakan air rebusan daging. Ramai yang terus membuang air rebusan selepas daging empuk, padahal air itulah yang mengandungi rasa manis semula jadi daripada daging.

Selain itu, penggunaan serai dan bunga kantan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan aroma masakan. Bila serai ditumis sehingga sedikit keperangan, baunya akan jadi lebih harum dan membuatkan lauk lebih menyelerakan.

Daging Asam Kunyit Paling Padu, Resipi Lauk Kampung Simple Yang Buat Bertambah Nasi

Kalau anda suka lauk yang lebih pedas, boleh tambah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini. Lagi pedas, lagi sedap dimakan dengan nasi panas.

Ads

Daging Perlu Direbus Hingga Empuk

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pastikan daging direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Anda boleh gunakan daging batang pinang atau mana-mana bahagian yang sesuai untuk masakan tumis.

Rebus daging bersama sedikit garam dan halia supaya bau hanyir hilang dan isi daging jadi lebih lembut. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam kuah nanti.

Bila daging sudah empuk, barulah proses memasak jadi lebih cepat dan kuah juga lebih mudah menyerap ke dalam isi daging.

Resipi Daging Asam Kunyit

Daging Asam Kunyit Paling Padu, Resipi Lauk Kampung Simple Yang Buat Bertambah Nasi

Bahan-bahan

  • ½ kg daging | rebus hingga empuk
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 5 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | dihiris
  • 10 biji cili padi | dihiris dan potong tengah jangan putus
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 2 batang serai | diketuk
  • ½ cawan air asam jawa | sederhana cair
  • ¼ sudu makan garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 ½ senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi untuk hiasan

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.
  2. Bila serai sudah sedikit keperangan, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis lagi hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan daging yang telah direbus empuk tadi. Gaul rata supaya kuah menyerap pada daging.
  5. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit serbuk perasa.
  6. Masak sehingga kuah agak kering dan bersalut pada daging.
  7. Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.

BACA JUGA: RESIPI DAGING BERLADO ALA KEDAI NASI PADANG

Ads

Memang Ngam Dengan Nasi Panas

Daging Asam Kunyit ini memang paling sedap dimakan ketika masih panas. Aroma bunga kantan dan serai yang harum memang buat rasa lapar terus datang. Bila kuahnya mula kering dan bersalut pada daging, memang susah nak berhenti makan.

Kalau mahu lebih lengkap, boleh hidangkan bersama ulam-ulaman dan telur dadar. Simple sahaja, tetapi cukup untuk buat satu hidangan kampung yang menyelerakan.

Daging Asam Kunyit Paling Padu, Resipi Lauk Kampung Simple Yang Buat Bertambah Nasi

Selain dimakan waktu tengah hari, lauk ini juga sesuai dijadikan menu makan malam kerana rasanya tidak terlalu berat. Malah, ada yang suka panaskan semula keesokan hari sebab rasa kuahnya jadi lebih sebati dan sedap.

Jadi, kalau anda sedang mencari idea lauk mudah tetapi padu rasanya, bolehlah cuba resipi ini bersama keluarga di rumah. Sekali cuba, memang confirm akan ulang masak lagi.

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

Tonton video penuh di sini:

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Daging Goreng Butter Bawang Putih Paling Padu & Beraroma. Resipi Mudah Confirm Bertambah!

Daging Goreng Ketumbar Cili Padi, Resipi Pedas Paling Padu & Menggiurkan

Gulai Daging Tulang Dengan Nangka Muda, Lauk Orang Lama Sekali Rasa Teringat-Ingat

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Teh Tarik Malaysia: Kisah Nostalgia & Simbol Perpaduan Yang Masih Digemari

Teh tarik Malaysia bukan sekadar minuman popular, tetapi simbol budaya, perpaduan dan nostalgia rakyat Malaysia yang kekal relevan hingga hari ini.