Anak-anak memang suka makan Nugget Ayam. Kalau beli, kadang kala kandungan garam serta lemaknya buat kita ragu-ragu. Jadi, puan-puan boleh cuba buat sendiri. Rupanya mudah sangat nak buat Nugget Ayam homemade ni. Rasanya sangat sedap dan ‘moist’. Malah boleh tambah aneka sayur supaya jadi lebih sihat. Bahan-bahan yang diperlukan dalam resipi perkongsian saudari Wan Murni ni pun ringkas dan tak mahal. Memang berbaloi cuba.

 

RESIPI NUGGET AYAM HOMEMADE

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam secukupnya
  • 1 batang lobak merah
  • 2 biji ubi kentang beli online disini
  • 1 biji telur (jika blender tidak bergerak, tambah sebiji lagi)
  • Daun sup secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu beli online disini

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

BAHAN SALUTAN:

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

CARA MEMASAK:

1.Satukan isi ayam, lobak merah, ubi kentang, telur, garam secukup rasa dan daun sup. Kisar. Jika blender susah nak mengisar, tambah sebiji telur lagi. Kisar halus.

2. Setelah siap dikisar, tambahkan tepung ubi kayu. Sebatikan.

3. Tuang adunan nugget ayam ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

IKLAN

4. Kukus selama 25 minit sehingga masak.

5. Bila siap dikukus, sejukkan dan barulah dipotong mengikut saiz yang disukai.

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

6. Pecahkan telur dan celup kepingan nugget ayam.

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata. Lakukan hingga habis.

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

8. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga garing keperangan.

9. Angkat dan hidangkan bersama mayones dan sos kegemaran.

IKLAN

 

Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat Buat Sendiri Nugget Ayam Homemade. Mudah, Jimat & Lebih Sihat

Kredit resipi & foto: Wan Murni

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

IKLAN

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI