Menu sandwic rata-rata menggemarinya. Inti di dalam roti terpulang kepada cita rasa masing-masing. Sandwich ni kalau nak ringkas boleh saja makan untuk makan malam mahupun sarapan.
Chicken mayo sandwich Bahan inti: Roti Halia Bawang besar Serbuk lada Timun -potong dadu Tomato-potong dadu Cili padi-potong halus 5 sudu makan mayonis Perahan lemon I sudu kecil gula Sedikit garam 1 ketul dada ayam
Cara membuat: 1.Rebus dada ayam bersama halia dan bawang besar.Letak sedikit garam.Bila dah masak,carik-carikkan isi dan potong bagi nampak halus sikit. 2.Masuk serbuk lada 3.Letakkan timun dan tomato. 4.Letakkan cili padi kalau nak sikit pedas 5.Letakkan sedikit garam dan mayonis.
Ads
6.Perah sedikit lemon dan gula 7.Gaul rata semua bahan tadi hingga sebati. 8.Ambil roti, letak inti atas roti. Buang bahagian tepi roti, kemudian potong tengah. 9.Balut dengan plastik wrap. Siap. Kredit: Iedaa Jahaya
Sukar nak memikir menu kegemaran anak-anak? Buat menu sup pasti anak-anak menyukainya. Cuba buat Chicken balls homemade ikut resipi Faizol Fawzy . Boleh buat meal prep atau bekal anak ke sekolah. Selain itu letak dalam miso sup pun sedap. Selamat mencuba.
CHICKEN BALLS
Bahan-bahan:
500gm dada ayam
1 biji telur
½ batang lobak merah sagat
2 biji bawang merah kecil
2-3 ulas bawang putih
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam/perasa – ikut rasa
Cara membuat:
1.Blend semua dalam mesin chopper sampai lumat.
2.Panaskan air mendidih.
3.Bulatkan dan rebus.Bila timbul bebola tersebut tu kira masaklah.
‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis. Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.- Hasnita Shaari
CARA MEMASAK:
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua
5 tangkai cili kering | dikisar
1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya
5 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
4 tangkai cili kering | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam
1 biji bawang besar | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
3 tangkai cili kering | dikisar halus
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit
50gm ikan bilis
30gm cili padi hijau | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1cm belacan | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...