‘Tumis darat’ ialah cara masakan ramuannya di tumis dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bahan lain seperti sayur-sayuran dan bahan-bahan lain direbus dahulu dengan santan tanpa ditumis. Cara ‘tumis darat’ ini hanya dibuat kepada masakan sayur yang menggunakan santan dan rempah-rempah.
Gulai kari tumis darat. Arwah Opah yang ajar. Teknik memasaknya lebih mudah berbanding kari biasa yang bumbunya ditumis dahulu. Jika guna ikan kering lagilah sedap. Ayam dan daging saja yang tak berapa kena dengan gulai cara begini.- Hasnita Shaari
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
1) Di dalam belanga gabungkan serbuk kari, santan, ikan, sayuran kegemaran dan asam keping. Tanak atas api sederhana.
2) Sementara itu tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga agak garing. Api jangan kuat sangat ya.
Ads
3) Apabila gulai sudah menggelegak, tuang tumisan bawang dan minyak yang masih panas itu semuanya ke dalam gulai kari. Tutup api. Perasakan garam.
Siap.
Kongsi resipi: Hasnita Shaari
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus dulu sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ni.
5. Saya tambah lagi ¾ sudu besar rempah ayam madu cikgu afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian. 7. Ayam siap direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.
8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.
10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.
BAHAN BUAT KUAH SIRA AYAM:
Kuah lebihan rebusan ayam 1 sudu besar rempah ayam madu cikgu afy 1 senduk kecil minyak goreng ayam ½ sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk. 2. Kacau rata seketika dalam api perlahan. 3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balikkan bagi sebati dan siap.
4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam madu bakar, letak pelapik macam saya tu atas api gas (tengok gambar). Susun ayam. Buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama. Siap!
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Fuchuk goreng berinti atau Fried Fuchuk Roll ni memang penuh khasiat. Inti yang sama ni boleh aje jadi inti popia sebenarnya.
Tapi inti sedap campuran ayam dan ikan cincang makin berganda sedapnya bila digulung atau dilipat dalam tauhu kering atau perut tauhu ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Ria Razali ni.
FU CHUK GORENG BERINTI
BAHAN-BAHAN :
Pelekat : 2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)
CARA MEMASAK : 1. Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung, sos,minyak bijan dan garam. Gaul hingga sebati. 2. Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1sm bahagian tepi untuk mengulung. 3. Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan. Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.
4. Buat hingga habis. Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit. 5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. 6. Hidang bersama sos cili.
Kredit : Ria Razali FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.