Siapa je yang tak suka aiskrim kan? Lagi-lagi kanak-kanak yang memang suka aiskrim mewah ala magnum ni.
Kalau nak beli hari-hari, boleh tahan juga harganya. Sebenarnya, mudah je nak buat aiskrim mewah homemade ala magnum ni. Boleh ikut resipi dan langkah yang dikongsi Riena Eris ni.
AISKRIM MEWAH HOMEMADE ALA MAGNUM
BAHAN-BAHAN:
½ kotak dairy whipping cream Susu pekat manis (ikut suka nak guna banyak mana, kalau tak nak manis, boleh kurangkan) – beli online di sini Coklat masakan (panaskan secara double boiler) Almond nibs (sangai atau bakar) Acuan silicon aiskrim (boleh beli di shopee)
1. Mula-mula, tuangkan susu pekat. Kalau nak manis boleh letak lebih. Tiada sukatan tertentu sebab bergantung kepada tahap kemanisan yang diinginkan.
2. Tuangkan separuh kotak dairy milk whipping cream. Kalau nak habiskan satu kotak pun boleh. Rasa dia lemak-lemak tapi tawar. Kalau nak pakai non dairy whipping cream tapi bezalah sikit rasanya.
3. Kacau-kacau adunan tadi sehingga sebati. Rasakan sama ada dah manis ke belum. Boleh kacau guna sudu je, tak perlu guna mixer sebab tekstur whipping cream ni memang ringan dan gebu bila dah jadi aiskrim.
4. Adunan tadi terus tuang ke dalam acuan silikon aiskrim. Pastikan tinggal ruang sikit sebab nanti bila beku, dia mengembang sedikit. Pastikan dah letak batang aiskrim ye.
5. Bila dah siap, letak penutupnya dan terus masuk peti ais dan biarkan beku semalaman. Atau boleh bekukan lebih kurang 8 hingga 10 jam, supaya nanti senang nak coating coklat. 6. Coklat masakan tadi kite double boiler kan, tapi saya beli yang dah siap, senang terus celup je. Saya beli berryls gourmet dark coklat. Kalau nak pakai milk coklat pun bagus sebab dia nipis berbanding dark choc lebih tebal. Terpulang selera masing-masing.
7. Lepas dah beku, keluarkan dari acuan. Senang sangat nak kuarkan pakai acuan silicone ni. 8. Terus celupkan aiskrim ke dalam coklat yang sudah dicairkan tadi. Kemudian, bila angkat cepat-cepat taburkan badam nibs yang sudah disangai kerana coklat ni cepat beku.
9. Bila dah tabur badam, kemudian masukkan aiskrim dalam peti sejuk lebih kurang 15-30 minit bagi coklat betul-betul beku. Untuk 1 kotak dairy whipping cream tu, boleh dapat dalam 20 batang aiskrim.
Ads
*tapi kalau nak lagi jimat, campurkan dengan susu uht sekotak besar lagi banyak dapat memang berbaloi. *kalau nak cantik lagi boleh je sprinkle dengan fancy choc rice, drizzle dengan white chocolate, terpulang ikut kreativiti masing-masing.
Kek Buah Kukus memang enak namun tidak ramai yang sanggup nak buat kerana menyangka kek ini susah untuk dibuat serta waktu memasaknya yang lama. Nak buat kek ni tak susah pun. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Syara Fina ni.
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
320gm gula pasir
60ml air panas
500gm buah campur kering (mix fruits)
3 biji telur gred A
350gm tepung gandum
*1 sudu kecil cream of tartar
*2 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
*1 sudu kecil esen vanila
*1 sudu kecil sunquick
CARA MEMASAK:
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.
2. Kemudian masukkan buah campur. Kacau sebati dan sampai buah campur meletup kecil, biarkan mendidih.
4. Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah campur tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
6. Alas loyang 7×7 dengan kertas baking. Sapukan mentega di sekeliling loyang dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.
7. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.
8. Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist. Potong kek bila betul-betul sejuk.
Info: Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya. Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Jika simpan dalam suhu bilik, kek ini mampu bertahan selama 2 minggu. Untuk menikmatinya, keluarkan seketika kek buah dari peti sejuk kemudian potong macam biasa. Kek kekal moist dan sedap!
Sesiapa yang suka masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, haa anda mesti cuba resepi ni! Sesuai juga untuk dijamu semasa open house, potluck, dan sebagainya.
Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.
Resepi ‘Mango Float Dessert’
Bahan-Bahan
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
200 gm cream cheese
1/2 paket biskut cream cracker
4 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian
Aluminium foil
Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
Cara Penyediaan
1. Putar / Blender
Putar whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tak ada mixer, boleh juga guna blender. Tunggu hingga kembang dan sebati.
2. Sediakan Loyang
Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Nak gunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.
3. Rendam Biskut
Rendam biskut dalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
4. Lapiskan Dengan Cream Cheese
Masukkan adunancream cheesedan ratakan.
5. Aturkan Hirisan Mangga
Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 3-5 hingga habis.
6. Topping
Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan di atas bahan tadi.
Beginilah hasilnya.
7. Sejukkan
Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 3 jam, dan selepas itu mango float bolehlah dihidangkan.
Inilah rupanya selepas dikeluarkan dari peti ais dan dipotong-potong. Terliur kan?
Info:Mango float ini mudah cair ya, macam ais krim. Jadi, tak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Masa nak makan baru keluarkan dan hidang.
Pankek Korea mudah dan sedap. Bagi peminat masakan Korea, tentu terasa nak cuba makanan ini kan? Pankek Korea atau hatteok ini mudah dimasak tapi sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Angah Izan ini ye. Tak perlu ke restoran Korea. Boleh buat sendiri di rumah. Lagi jimat.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!