
Rindu nak makan roti macam dekat kafe mahal tu, jom kita tiru caranya dengan resipi yang dikongsi oleh Chef Ritz. Resipi ni mudah, tak perlu nak renyah-renyah kata orang utara.
Roti jenis ni dah jadi satu trend. Kebanyakan kafe hipster gemar gunakan roti ni untuk dijadikan sandwic. Boleh juga dicicah dengan mushroom soup atau pun rendang daging. Memang terbaik.
BAHAN-BAHAN
250g tepung T65. (brand Farine De Mon Pere)
25g tepung wholemeal
25g tepung Rye
8g garam
3g yis kering-BELI ONLINE DI SINI
220g air suam
10g madu-BELI ONLINE DI SINI
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga doh terbentuk (doh masih lembik masa ni)
- Tutup bekas dengan plastik atau kain dan simpan di dalam peti sejuk.
3.Setiap 30 minit, lakukan ‘stretch n fold’. (saya buat sebanyak dua kali)
4Bentukkan doh (saya buat bentuk oval) dan pindahkan ke dalam basket
5.Rehatkan doh (final fermentation) lebih kurang 4 jam
6.Scoring doh dan pindahkan ke dalam bekas (saya gunakan pyrex) yang sudah dipanaskan terlebih dahulu di dalam oven, 230 darjah selsius.
7.Bakar dalam oven selama 20 minit (dengan penutup) dan lagi 20 minit tanpa penutup) pada suhu 230 darjah selsius
8.Selepas bakar pindahkan ke atas jaring.
OK… kalau makan saja macam tak best pulak kan? Chef Ritz bagi idea. Letak cheddar cheese, salad, tuna spread, dan susun telur rebus atas roti. Pipekan sedikit lite mayo dan taburkan sikit lada hitam untuk perasa.
Selamat mencuba.
Kredit: ritzthebaker.com
Memang Sedap. Resipi Popia Lapis Rangup Best Untuk Minum Petang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Resipi Menu Luar Biasa Berasaskan Kentang

Isi Kandungan
Toggle
Kentang selalu jadi bahan sampingan dalam sup atau kari. Apa kata kita jadikan kentang sebagai bahan utama dalam masakan. RASA berikan resipi berasaskan kentang untuk anda cuba. Pasti tak menyesal.
KENTANG LECEK DENGAN DAGING KETAM
Bahan-bahan potato filling
100 gram mentega
30 gram bawang putih (dicencang)
150 gram krim masakan
200 gram serbuk kentang
50 gram bawang besar (dicencang)
5 gram serbuk lada putih
18 gram serbuk pati ayam
150 gram air panas
Cara membuat potato filling:
1) Panaskan mentega dan tumis bawang putih. Masukkan krim masakan dan biarkan mendidih.
2) Perlahan-lahan masukkan serbuk kentang dan gaul sebati.
3) Matikan api dan masukkan bawang besar ke dalam adunan. Masukkan lada putih, pati ayam dan air. Gaul sebati.
4) Panaskan api dengan sedikit minyak dan masak adunan sehingga kekuningan.
5) Hidangkan dengan sos cili.
Bahan-bahan pes isi ketam
300 gram pes ikan
30 gram lobak turnip
50 gram isi ketam (batang)
80 gram isi ketam
30 gram serbuk ketumbar
50 gram lobak
1 gram serbuk Five Spice
1 gram serbuk lada putih
9 gram serbuk pati ayam
3 unit phylo pastri
Cara membuat pes isi ketam:
1) Gaulkan semua bahan.
2) Letakkan di dalam kuali setebal 1 cm dan stim selama 15 minit.
3) Potong pes yang telah distimkan kepada 15 cm X 3 cm.
Cara penyediaan:
1) Letak phylo pastri dan sapukan mentega cair.
2) Letakkan pes isi ketam.
3) Letakkan selapis potato filling di atas pes isi ketam. Gulung kemas. Taburkan bijan hitam dan bijan putih. Goreng sehingga kekuningan.
KEK UDANG DENGAN OTAK-OTAK
Bahan-bahan kek kentang:
100 gram kentang
10 gram coriander (cilantro)
10 gram bawang spring
50 gram bawang besar (dicencang)
50 gram udang harimau (untuk hiasan)
2 biji telur ayam
Cara membuat:
1) Masukkan serbuk ketang dengan satu cawan air panas.
2) Masukkan bahan yang lain (kecuali udang harimau) dan gaul sebati. Ketepikan.
Bahan-bahan otak-otak:
100 gram ikan tenggiri
20 gram santan
10 gram bawang besar
5 gm bawang putih
2 gram serbuk cumin
2 gram serbuk cumin putih
2 gm serbuk coriander
1 gm serbuk kunyit
10 gram cili (dikisar)
2 batang serai
Cara membuat:
1) Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
2) Letakkan di dalam dulang dan stim selama 10 minit.
Bahan-bahan sos cili mangga:
30 gram mangga
2 gram coriander
30 gram jus mangga
20 gram sos cili Thai
1 gram cili merah
Cara membuat:
1) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan ketepikan.
Cara penyediaan:
1) Letakkan kek kentang dan otak-otak selapis demi selapir. Ketepikan.
2) Celupkan dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.
3) Hidangkan dengan udang dan sos mangga bercili.
WASABI KENTANG LECEK
Bahan-bahan doh:
1000 gram tepung
2 gram malt
2 gram garam
30 gram yis
650 gram air
20 gram mentega tanpa garam
250 gram baguette starter
60 gram mush potato
Bahan-bahan kentang lecek:
100 gram serbuk kentang granived
300 ml air panas
Cara membuat:
1)Didihkan air.
2)Masukkan air ke dalam serbuk kentang granived.
Bahan-bahan wasabi mush potato:
100 gram serbuk kentang granived
400 ml susu segar
15 gram serbuk wasabi
150 gram ham ayam
100 gram mayones
Cara membuat:
1) Didihkan susu segar.
2) Masukkan susu segar ke dalam serbuk wasabi.
3) Campurkan dengan ham ayam dan mayones.
Cara penyediaan:
1) Bulatkan doh dan masukkan wasabi serta kentang mush ke dalam doh. Kemaskan.
2) Letakkan seewed di atas doh.
3)Bakar pada suhu 200 darjah selsius.
Selamat mencuba!
5 Aneka Roti Klasik, Resipi Ori Chef Frederic Oger Dari Perancis

Teringin nak makan roti klasik ori dari Perancis. Tekstur ringan, dan peroi berderai jadi identiti roti Perancis yang ori. Nah ini dia 5 aneka roti klasik dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis.
Beliau yang menetap di Kuala Lumpur adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi rotinya ada yang rangup dan sedikit keras seperti juga roti Perancis yang lain. Dan ada juga variasi lembut gebu.
Rahsia tekstur ringan roti klasik ini adalah campuran doh ‘poolish’ atau doh matang pra penapaian yang disediakan sekurang-kurangnya 16 jam yang kemudiannya diadunkan dengan doh utama roti. Jom cuba…
1. ROTI RYE
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh utama :
- 375gm tepung gandum protein tinggi
- 375gm tepung rye
- 15gm garam
- 17.5gm yis
- 100ml minyak masak @ minyak zaitun
- 30gm gula
- 375ml air sejuk * dari peti sejuk
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mesin penguli roti, gaulkan hingga membentuk doh yang lembut.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Bulatkan doh dan biarkan ia berehat selama sejam sehingga mengembang dua kali ganda.
4. Ambil doh uli dan tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin, dan biarkan berehat selama 30 minit
5, Panaskan oven dengan suhu 210 darjah C
6. Masukkan dan bentukkan doh ke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak.
7. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong .
Saiz hidangan : 2 buku roti, 600gm tiap satu.
Waktu memasak : 20- 25 minit
2.BAGUETTE
BAHAN-BAHAN :
Bahan poolish
*doh yis matang pra penapaian pre ferment untuk dicampur ke dalam doh utama :
- 209gm tepung gandum serba guna
- 209ml air
- 0.2gm yis kering
*menghasilkan 418gm poolish
Bahan doh utama :
- 418gm tepung roti
- 199ml air
- 2gm yis
- 13gm garam
- 418gm adunan poolish yang sudah dibuat 12 jam sebelum doh utama
CARA MEMASAK:
Cara buat adunan poolish :
- Satukan dan campurkan ke semua bahan menggunakan senduk kayu (rata)
- Biarkan ia rehat semalaman, iaitu kira-kira 12 jam untuk dicampurkan sekali dengan doh utama.
- Biarkan rehat dalam suhu bilik.
Cara buat doh utama ,baguette :
- Masukkan semua bahan termasuk poolish ke dalam mesin adunan kecuali garam
- Biarkan diadun dengan kelajuan sederhana, selama 5 minit.
- Kemudian laju selama 5 minit lagi
- Garam dimasukkan ketika 2 minit sebelum berhenti.
- Biarkan ia rehat 20 minit
- Kemudian bentukkan roti menjadi lonjong, kelar di atasnya
- Biarkan ia rehat dan mengembang (beberapa jam)
- Panaskan oven dalam suhu 210 Celcius untuk selama 10 minit.
- Bentukkan doh dan bakar baguette dalam suhu 210 selama 25 minit
- Keluarkan dan biarkan ia sejuk di atas redai , barulah dipotong
Saiz hidangan : 3 buku roti, 330gm tiap satu.
Waktu memasak : 25- 30 minit
3. ROTI FOCACCIA
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung gandum
- 10gm garam
- 12gm yis
- 275gm kentang lecek | direbus dan lecek
- 280ml air
- 50ml minyak zaitun
- 20gm daun rosemary
- 15gm garam laut
- Lada benggala secukupnya untuk hiasan | dipotong kecil
CARA MEMASAK :
- Campurkan dan gaulkan kesemua bahan ramuan hingga membentuk doh yang licin dan lembut.
- Kemudian masukkan minyak zaitun dan kentang,
- Griskan papan canai dan tangan sebelum mengadun doh. Doh seharusnya licin dan tidak melekat di tepi mangkuk adunan.
- Biarkan ia rehat kembang sekali ganda, keluarkan dan tumbuk-tumbukan hingga dikeluarkan angin.
- Biarkan sebentar dan bentukkah doh di atas dulang pembakar.
- Hiaskan di atasnya dengan daun rosemary cincang (atau yang kering) dan lada benggala
- Biarkan ia kembang sekali lagi dan masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan 10 minit sebelum itu dengan suhu 230 darjah Celcius.
- Bakar dalam tempoh 20-25 atau hingga keperangan.
Saiz hidangan :2 buku roti, 500gm tiap satu.
Waktu memasak : 20-25 minit
- ROTI MULTIGRAIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh masam :
* pra penapaian (pre ferment)
- 250gm tepung gandum
- 2 gm yis kering
- 150ml air
*menghasilkan 375gm doh masam
Bahan doh utama :
- 250gm tepung roti
- 5gm yis
- 375gm doh masam
- 5gm garam
- 100gm bijirin campur
- 3gm bread improver
CARA MEMASAK :
Cara buat doh masam (pre fermentasi/ doh yis matang)
- Buatkan doh dengan mencampurkan segala bahan doh masam sehingga konsistensi tercapai. Gaulkan dengan tangan sehingga ia berada dalam keadaan licin..
- Rehatkan doh masam di dalam chiller
- Tutup dengan kain dan biarkan semalaman sekurang-kurangnya 16 jam.
Cara buat doh utama :
Cara membuat doh utama :
- Satukan kesemua bahan di dalam mesin pengadun dan bentukkan menjadi doh
- Mulakan dengan adunan perlahan dan sudahi dalam mode laju.
- Setelah doh tidak melekat di tepi mangkuk biarkan ia berehat dan mengembang, dalam masa 2 jam.
- Tumbuk-tumbukkan doh dan bentukkan doh
- Biarkan berehat dan mengembang dalam masa 45 minit.
- Taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh, bentukkan doh memanjang. Bentukkan semula doh dan biarkan berehat dan mengembang lagi 45 minit.
- Biarkan berehat untuk mengembang/menaik sehingga 2 kali ganda saiz
- Susunkan roti dalam dulang atau tin pembakar .
- Bakar di dalam kaedah ‘steam bake’ (meletakkan tin pembakar di atas bekas berair). Pastikan over sudah dipanaskan dengan suhu 210-240 darjah celcius dan bakar dalam 25 minit dan 15 saat dalam mode stim 15 saat
Saiz hidangan : 3 buku roti, 300gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
- CIABATTA
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 310gm tepung gandum
- 10gm garam
- 2 gm yis kering
- 190ml air
- 50ml minyak zaitun
- 382gm poolish (doh pra fermentasi, yis matang)
Bahan poolish :
- 190gm tepung
- 190ml air
- 2 gm yis kering
CARA MEMASAK :
- Sehari sebelum sediakan doh poolish *rujuk cara buat poolish di resipi roti baguette.
- Poolish tutupkan dengan pembalut plastik dan biarkan berehat dalam suhu bilik hingga matang, kira-kira 12 jam.
- Esok harinya, buatkan doh utama dan masukkan poolish dalam adunan dan adun untuk 10 minit tetapi hanya guna 140 ml air dulu di atas papan canai. Baki 50ml air diketepikan untuk kegunaan kemudian.
- Masukkan minyak zaitun
- Doh kemudian di letakkan balik di dalam mangkuk adunan dan masukkan baki 50ml air tadi.
- Ini akan mengambil masa tambahan 5 minit.
- Hasil doh adalah doh yang lembab dan basah dan kemudian tuangkan di dalam bekas yang telah digris minyak, tutupkan dan biarkan ia menapai untuk 3jam.
- Lipat dan kaup selepas 1 hingga 2 jam
- Selepas 3 jam, ambil doh dan letakkan atas papan canai bertepung dan bahagikan kepada 1/2. (2 keping)
- Setiap doh,dilipatkan dari kiri ke tengah dan kanan ke tengah, letakkan kepingan di atas alas dulang bertepung dan tutupkan dengan kain
- Selepas ia menapai selama 40 minit, letakkan kepingan doh di atas tin pembakar roti , dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 230 darjah Celcius.
- Bakar selama 25-35 minit, letakkan bekas berisi air di bawah tin pembakar.
- Tambahkan lagi 15 saat dalam mode ‘steam bake’
Saiz hidangan : 2 buku, 500gm tiap satu
Waktu memasak : 35 minit
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Roti Goreng Sardin. Resipi Mudah Je Tapi Sangat Sedap

Ada pelbagai menu boleh dimasak menggunakan roti dan juga sardin. Bagi anda yang ada kedua-dua bahan ini di rumah, apa kata cuba resipi Roti Goreng Sardin yang dikongsi oleh saudari Elina Kamarudin. Bahan-bahannya cukup mudah dan cara memasaknya pun ringkas sahaja. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK ROTI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic – hiris petak kecik
1 tin kecil sardin – lenyek – beli online disini
1 sudu makan cili boh @ cili giling – beli online disini
2 biji bawang merah – hiris
1-2 biji cili hijau – hiris bulat
3 ulas bawang putih -hiris – beli online disini
Air – anggaran 1/2 tin sardin
1 pokok sawi – hiris
Minyak untuk menumis
Secubit garam
Gula dan cuka secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan ikan sardin yang telah dilenyek. Pastikan sos sardin juga dimasukkan bersama. Gaul rata.
4. Bila sardin kelihatan sekata, perasakan dengan garam, gula dan juga cuka dengan secukupnya.
5. Tambahkan hirisan sawi dan juga cili hijau. Kacau lagi.
6. Masukkan air. Gaul semua bahan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan hirisan roti. Gaul hingga semua bahan bergaul dengan sempurna.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Elina Kamarudin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official