Anda nak buat kek coklat tapi telur habis pula kat dapur? Jangan risau, masih boleh buat kek coklat tanpa telur.
Cara buat pun mudah je dan sedap hasilnya. Resipi yang dikongsi Sabarina Saad ini, sesuai juga untuk mereka yang ada alahan dengan telur.
KEK COKLAT TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega/marjerin – beli online di sini
1 cawan susu pekat – beli online di sini
1 cawan air ais cream soda
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Danish Cinnamon Cheese
BAHAN AYAK:
*2 cawan tepung gandum – beli online di sini
*1/2 cawan serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bikarbonat
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Ayak bahan-bahan yang bertanda * dan ketepikan.
2. Putar mentega hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat, pukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan ayak berselang-seli dengan air ais cream soda. Kacau hingga sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Gris loyang saiz 8 inci dan lapik baking paper.
6. Masukkan adunan dan ratakan, hentak-hentak sikit acuan bagi buang udara.
7. Bakar pada suhu 180°c selama 50 minit atau ikut ketuhar masing-masing.
8. Dah siap sejukkan. Hias dengan topping coklat atau cream cheese.
*Guna cawan kopi ye. Saya guna cawan sukat beras dan guna loyang 7 inci, kek jadi rendah. Kalau loyang 6 inci, baru cantik.
Kredit resipi: Sabarina Saad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak Sampai 10 Minit Dah Siap Masak, Sambal Ikan Menu Wajib Ada
Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Gulai Lemak Ini Popular Di Bulan Puasa.
Sebut saja, Masak Lemak, ia mesti tak lari dari rasa lemak dan pedas . Hingga ada yang kata lagi pedas lagi bagus. Apapun gulai lemak memang tak pernah jemu terutama di kalangan orang-orang Negeri Sembilan. Kepada pencinta gulai lemak, ini ada dikongsikan tiga menu gulai lemak yang sangat sedap.
GULAI LEMAK CILI PADI & IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN
1 tin besar sardin ( jenama ikut suka)
1 kotak kecil santan
1 biji kentang belah 4 atau 6
1 biji tomato (belah 4)
1 keping asam keping
1 batang serai (titik)
Garam gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
8 – 10 biji cili padi
3 hirisan lengkuas
3cm kunyit hidup.
CARA MASAK:
1. Keluarkan sardin dari tin ke dalam penapis. Kemudian lalukan di bawah air mengalir untuk buangkan sosnya. Toskan.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama sedikit air (lebih kurang 11/2 cawan air). Masukkan kentang sekali.
3. Apabila kentang lembut dan air kering sedikit, masukkan sardin, serai dan asam keping.
4. Seterusnya masukkan santan.
5. Kecilkan api, biarkan mereneh 2-3 minit.
6. Perasakan dgn garam gula.
7. Setelah cukup rasa, masukkan tomato dan tutup api.
8. Sedia dihidang.
GULAI LEMAK AYAM KAMPUNG SALAI & TERUT TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung salai | potong kecil
500ml santan
1 helai daun kunyit | simpul
4 batang serai | titik
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula | jika suka
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili padi | ikut kesesuai rasa
4cm kunyit hidup
3cm lengkuas
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Tuangkan bahan kisar dalam periuk, kacau dulu sekejap, kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan.
- Masukkan serai, daun kunyit dan ayam biarkan mereneh sekejap, kemudian masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan asam keping dan santan.
- Setelah mereneh lebih kurang 5 minit, masukkan terung telunjuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI IKAN TONGKOL & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol yang telah siap direbus.
500ml santan
5 batang kacang panjang |potong 3-4cm
1 keping asam gelugur
2 batang serai |titik
10 tangkai cili padi
Garam & gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kengkuas
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
4 ulas bawang merah
CARA MEMBUAT.
- Tuangkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan sedikit air dan renehkan sekejap.
- Kemudian masukkan ikan, serai, asam gelugur dan santan.
- Renehkan hingga mendidih, masukkan kacang panjang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bilakan mereneh lebih kurang 5 minit atas api perlahan, tutup api dan sedia dihidangkan.
5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.
Sesekali makan mewah di hujung minggu dengan menyediakan sendiri menu casserole untuk keluarga memang berbaloi berbanding makan di luar. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi mungkin boleh memberikan idea untuk ada menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba.
1. CHICKEN CHEESE POTATO CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 50gm hash brown sejuk beku
- 60gm whipping cream
- 20gm tepung
- 30gm mentega
- 1/2 sudu teh serbuk paprika
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- 70gm daging ayam kisar
- 20gm lobak merah | dihiris halus
- 20 gm bawang merah | dicincang halus
- 30gm Japanese Breaadcrumbs
- 1biji telur
- Garam ikut keperluan
- Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada 180 C.
- Campurkan ayam kisar, lobak merah, serbuk roti, garam, lada sulah. Gaul hingga sebati.
- Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Sementara itu, sediakan sos.
- Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
- Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
- Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian masukkan bebola ayam. Goreng seketika untuk mendapatkan warna keperangan.
- Masukkan hash brown dalam casserole, kemudian masukkan bebola ayam di atasnya.
- Tuangkan pula sos di atasnya sehingga meliputi bebola ayam.
- Akhir sekali, taburkan cheddar cheese sebelum dibakar lebih kurang 20-25 minit.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa membuat bebola daging, anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
2. SEAFOOD CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping fillet ikan
- 30gm udang |buang kulit
- 50gm bawang besar | cincang
- 30gm mentega
- 30gm tepung
- 70gm whipping cream
- 10gm cuka epal
- 50gm Sherdded Cheddar Cheese
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Panaskan sedikit mentega dalam kuali menggunakan api sederhana panggang fillet ikan sehingga warna keperangan.
- Kemudian panggang pula udang. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama. Tumiskan bawang merah, masukkan tepung dan whipping cream dan kacau sebati hingga kuah pekat.
- Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan cuka epal.
- Masukkan fillet ikan, udang di dalam casserole. Tuangkan sos di atasnya.
- Akhir sekali taburkan cheese di atasnya , titikkan mentega di atas dan bakar selama 15-25 minit.
- Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk isian seafood anda boleh pelbagai jenis isiannya.
3. POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan ceddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
4. CHEESY CHICKEN & HERB RICE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm beras
- 100gm bawang holland | dicincang
- 10gm bawang putih |dicincang
- 40gm sayur campur
- 40gm cendawan |dihiris
- 150 whipping cream
- 20gm mentega
- 50gm fillet ayam
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu teh kicap
- 1/2 rosemary
- 10gm parsly |dicincang
- 100gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
- Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
- Basuh beras, kemudian ketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
- Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
- Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
- Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
- Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa cendawan anda boleh gunakan cendawan segar.
5. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 100gm sosej |dihiris
- 50gm bawang Holland |dihiris
- 30gm tepung
- 60gm whipping cream
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Secubit serbuk paprika
- Garam ikut keperluan
- Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
- Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
- Campurkan tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
- Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk hidangan lebih cantik boleh juga gunakan mangkuk casserole yang kecil.
Biskut Choc Chip Ala Famous Amos, Ni Versi Sedap …
Aroma biskut Coklat Chip Famous Amos yang dihidu dari kedai dan kiosknya bagaikan tarikan magnet menjadikan kita teringin sangat memakannya. Kecur air liur dibuatnya. Nak beli agak mahal juga dan kuantiti pun tak banyak mana.
Nak makan puas ni dia resipi biskut Choc Chip ala Famous Amos dari Nazurah Hasan yang gerenti sedap dan puas hati. Anak-anak mesti sukalah.
BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 250 gram marjerin (Nazurah guna Farmcow)
- 1 1/4 cawan gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur
* Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja
* Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
*Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
.
CARA MEMASAK
1.Sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
2. Sedia Dibakar. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
3. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
4. Masukkan dalam oven
5. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
SIAP!
.
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.
Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Kredit : nazurah hasan.