Lazimnya, jika sesekali teringin menikmati putu mayam, mudah juga untuk mencari penjualnya. Ada yang biasa dan ada perisa pandan. Namun, jika inginkan rasa hasil air tangan sendiri, boleh saja kita membuatnya di rumah.
Teruja melihat acuan tradisional ini untuk menghasilkan putu mayam sendiri. Usia acuan tembaga itu pun telah mencecah puluhan tahun, namun masih setia kekal berkhidmat. Meskipun acuan ini agak kasar sedikit, tak seperti bihun hasilnya, namun ianya tetap memberikan tekstur dan rasa yang tersendiri.
Menurut Faizah Husain yang sudi berkongsi resipi putu mayam ibunya, jika dulu ibunya yang akan membuatkan putu mayam untuknya. Namun, atas faktor usia dan kudrat yang semakin berkurangan, kini dia pula yang membuatkan putu mayam untuk ibunya tatkala ibunya teringin. Jom kita pula buat putu mayam untuk hidangan minum petang seisi keluarga.
Potong daun pisang besar sedikit daripada saiz putu mayam. Buat banyak keping. Panaskan kukusan.
Dalam periuk lain, masak air hingga mendidih. Masukkan garam dan minyak masak.
Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Ikut kesesuaian, kalau lembut sangat boleh tambah lagi tepung. Kalau keras, tambahkan air.
Adunan panas-panas, terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk, adunan keras dan tak boleh nak pusing acuan.
Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan.
Ads
Pusing acuan secara membulat. Biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas, boleh putar di luar, kemudian susun dalam kukusan.
Ini contoh acuan tembaga yang digunakan.
Kukus lebih kurang 3-4 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Setelah masak, susun dalam bekas.
Parutkan gula kabung. Kesedapan gula kabung memang tak sama dengan gula lain. Gula melaka, gula merah atau gula perang pun boleh guna.
Siap. Gaulkan gula kabung dan kelapa parut, makan bersama putu mayam.
Jemput-jemput Roti Bawang paling ‘simple’ dan mudah nak buat. Memang rangup bila kunyah. Punyalah asyik sampai tak sedar habis sepinggan. Daripada roti dibiarkan begitu sahaja sampai tamat tempoh, elok buat Jemput-Jemput Roti Bawang ini. Pasti habis licin. Jom kita buat Jemput-jemput Roti Bawang seperti yang dikongsikan oleh Suhaidayunie F Rayyan
RESIPI JEMPUT-JEMPUT ROTI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Roti (5 hingga 6 keping) – carik-carikkan 4 ulas bawang merah – tumbuk kasar 2 ulas bawang putih – tumbuk kasar – BELI ONLINE 1 atau 2 sudu besar ikan bilis (telah digoreng)- tumbuk kasar 1 cawan tepung gandum – BELI ONLINE 1 cawan tepung jagung – BELI ONLINE Sedikit garam dan lada sulah untuk penyedap rasa Air suam
CARA MEMBUAT:
1. Adun dan gaul semua bahan. Biar sekata.
2. Sudukan adunan dan masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan di dalam kuali.
3. Agak-agak kekuningan bolehlah diangkat. Sedap dimakan panas-panas. Boleh cicah dengan sos cili atau pun sos cili Thai.
Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
Kuih Peneram adalah sajian tradisi yang masih digemari hingga kini. Apa istimewanya kuih ini adalah rasanya yang enak malah bahan-bahannya setakat lima ramuan sahaja. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
CARA MEMASAK:
1. Campur bahan-bahan yang bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
2. Bila sudah siap, terus tuang ke dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati guna senduk. Jangan guna tangan pula kerana air gula tu panas.
3. Bila sudah siap digaul, perap selama 4 @5 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
4. Dah siap perap, bolehlah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.