1. Tuang minyak di dalam kuali tapi jangan banyak sangat. Tumis pes sampai naik minyak. 2. Masukkan rempah dan sedikit air. Kacau lagi sampai naik minyak semula.
3. Masukkan daging dan terus tutup bila keluar air daging dan daging menjadi kecut. 4. Kemudian, baru tambah air dan sedikit garam dan perasa. Biarkan daging sampai empuk.
5. Tambahkan kerisik dan santan. Kacau-kacau. Biarkan mendidih dan pekat.
Ads
6. Masukkan daun kunyit dan serai yang sudah dihiris. Gaul sebati dan tambah air asam jawa. 7. Masa ni, gaul rata dan boleh rasa dah sama ada tak cukup garam atau tak. Kalau agak masin, boleh tambah santan.
*rendang daging ini boleh buat berkuah atau kering ya. Kalau kering, kena kurangkan garam masa awal-awal letak tadi.
Sesekali mesti teringin nak makan masam-masam. Tekak rasa nak sesuatu yang masak untuk melengkapkan deria rasa yang dikurniakan Allah. Colek pauh muda resipi daripada Azira Mamat ini ada empat rasa yang digabungkan iaitu masam, manis, pedas dan masin. Pauh juga dipanggil sebagai mangga.
CARA MEMBUAT
1. Kupas dan potong mangga muda. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, satukan gula, garam kasar, cuka, kicap, cili padi, belacan, udang kering dan kacang.
3. Masukkan mangga dalam mangkuk. Gaul sebati.
4. Sedia dimakan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Masakan orang Kelantan yang tak ramai tahu asal usul dari mana datangnya nama Gulai Kuas tu. Gulai kuning atau nama popularnya GULAI KUAS KUNYIT, asalnya adalah dari bahan utama iaitu lengkuas dipendekkan menjadi kuas dan kunyit, terus orang-orang dulu panggil nama gulai kuas kunyit. Masakannya ringkas, tak perlu menumis masukkan semua dalam periuk. Selamat mencuba.
RESIPI GULAI KUAS KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
½ kg Udang segar (boleh juga untuk masak beberapa jenis ikan, telur itik dan sayur batang keladi)
5-6 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih (tak nak letak pun tak per)
4-5 biji Cili kering
1 inci Lengkuas
1 inci Kunyit hidup
2 cawan Santan sederhana pekat
1 keping Asam keping
1-2 biji Cili merah
Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1.Blender semua bawang, cili kering, lengkuas dan kunyit hidup.
2.Masukkan bahan blender ke dalam santan, jerang atas api sederhana.
3.Bila santan dah panas, masukkan udang.
4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan cili merah sebagai hiasan.
Ringkas dan senang jer kan.
Pecal sayur antara menu sihat yang sangat sedap oleh dimakan dengan nasi sebagai sayur dan dijadikan appetizer, menu pembuka selera bila berbuka puasa.
Kalau buat lebih sambalnya, bolehlah disimpan dan bila-bila teringin tinggal bancuh dengan air panas je, sangat mudah dan boleh divariasikan sayurnya. Terpulang pada selera anda.
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN :
BAHAN SAMBAL PECAL:
250gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
15 biji cili padi | buang tangkai
4 biji bawang merah| hiris
2 ulas bawang putih | hiris
4-6 biji cekur |saiz kecil
1 inci belacan
1 sudu makan air asam jawa
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak
BAHAN SAYUR:
Kacang panjang | potong dan celur
Tauhu goreng | hiris nipis
Tampe goreng | potong dadu
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan timun
Pucuk ubi kayu | rebus
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak.goreng cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. 2. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur. 3. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. 4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. 5. Seterusnya masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. 5. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak kacang dan manis. 6. Jika suka campurkan sekali hirisan daun cekur. 7. Setelah cukup rasa, tuangkan sambal pecal ke atas sayur-sayuan yang telah sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!