Menu Ala Carte ringkas dan sedap untuk makan malam. Idea ini bagus untuk anda cuba, terutama buat mak-mak yang sibuk tapi  anak-anak yang asyik lapar cuti sekolah ni. Jadi apa kata masak je menu ala carte, satu menu, senang masak dan mengenyangkan. Gerenti anak-anak dan encik suami suka.

Menu Ala Carte Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam

SPAGETI BALOGNES TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm spageti | rebus dan toskan
  • 20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 100gm daging kisar
  • 1 biji buah tomato | dadu halus
  • 150gm sos balognes segera
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
  3. Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
  4. Masukkan sos balognes, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
  7. Akhir sekali masukkan telur puyuh.
  8. Kacau seketika dan tutup api.
  9. Spageti sedia dihidangkan bersama sos balognes telur puyuh.

Menu Ala Carte Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam

PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
  • 1 batang fish cake | hiris memanjang
  • 100gm udang | buang  kulit, cuci bersih dan tos
  • 2 biji telur
  • 50gm tauge
  • 50gm daun kucai
  • 4 tangkai cili padi | hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang  halus
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK;

  1. Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
  3. Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
  4. Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi.  Seketika kemudian masukkan pes cili.
  5. Seterusnya masukkan pula  fish cake dan udang.
  6. Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan  telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
  7. Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
  8. Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
  9. Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.

Menu Ala Carte Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam

 SPAGETI GORENG BERTELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti  | rebus dan tos
  • 2 biji telur
  • 100gm udang  | buang kulit dan kepala
  • 1 batang fish cake | hiris
  • 4 biji tauhu kering | hiris
  • 100gm sawi hijau | hiris 3cm
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 biji cili padi | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan pula udang.
  4. Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
  5. Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
  6. Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
  7. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Menu Ala Carte Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam

NASI GORENG DAGING

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN PERAPAN DAGING:

  • 150gm daging kambing | potong dadu kecil
  • 2cm halia | kisar halus
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh air asam Jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing.
  2. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  5. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
  6. Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Menu Ala Carte Ringkas & Sedap Untuk Makan Malam

PENNE AGLIO OLIO & AYAM GORENG SOS LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm pasta Penne | rebus dan tos
  • 100gm cendawan butang perang | hiris
  • 100gm daging kisar
  • 4 biji cili padi | hiris
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu kecil
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu minyak zaitun

BAHAN AYAM GORENG:

  • 1 keping dada ayam | kelar-kelar, cuci dan tos
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur | pecah dan kacau
  • 1 cawan tepung goreng segera
  • Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 1 cawan air stok ayam
  • 2 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kucap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Mulakan dengan menyedikan Penne Aglio Olio, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan cili hingga keperangan.
  2. Masukkan daging kisar dan hirisan cendawan dan cili benggala.
  3. Kemudian masukkan pasta penne, gaul rata
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum angkat taburkan di di dalamnya serbuk oregano dan lada hitam.
  6. Gaul rata dan tutup api.
  7. Sementara itu sediakn goreng, gaulkan ayam dengan garam, serbuk lada sulah, kicap cair dan serbuk perasa ayam. Perapkan lebih kurang lima minit.
  8. Panaskan minyak dalam kuali, masa yang sama celupkan ayam dalam telur kemudian gaulkan dengan tepung segera.
  9. Gorengkan ayam hingga kuning keperangan. Angkat dan ketepikan.
  10. Akhir sekali sediakan Sos Lada hitam. Panaskan mentega dalam periuk,
  11. Tumiskan bawang putih, hingga kekuningan, masukkan sos lada hitam, kicap pekat dan sos tiram, kacau rata.
  12. Seterusnya masukkan air stok ayam yang dibancuh dengan sedikut tepung jagung.
  13. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat.
  14. Kecilkan api, kemudian perasakan sos dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  15. Untuk menghidang, asukkan pasta penne dalam pinggan bersama ayam goreng yang telah dipotong-potong.  Kemudian tuangkan sos lada hitam di atas ayam goreng,

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI