Memang sedap bila dapat makan Kuih Lompat Tikam bersama keluarga. Rasa manis kuah gula melaka menjadikan menu pencuci mulut ini cukup sempurna.  Kalau anda masih belum jumpa Kuih Lompat Tikam yang ‘kena’ dengan tekak, apa kata anda cuba buat sendiri. Lebih puas hati selain dapat pula mengasah skill memasak. Ini resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Izamani Ismail

RESIPI KUIH LOMPAT TIKAM

Resipi Kuih Lompat Tikam Yang Sedap, Lembut & Manis

BAHAN-BAHAN:

UNTUK WARNA HIJAU:

1 cawan tepung beras – beli online
3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan bahan-bahan dalam kuali. Kacau sebati.

2. Buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat.

3. Apabila sudah siap, masukkan dalam loyang @bekas. Ke tepikan.

UNTUK KEPALA SANTAN:

IKLAN

2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Kacau sebati dan buka api sederhana. Kacau sehingga mendidih.

2. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tidak bergentel.

UNTUK PULUT MERAH:

1 cawan beras pulut – beli online
Sedikit pewarna merah
Santan cair

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Basuh beras pulut bersih-bersih. Rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut.

2. Masukkan beras pulut dalam acuan. Masukkan santan cair paras tenggelam beras pulut. Masukkan sedikit garam. Kukus sehingga masak.

UNTUK AIR GULA MELAKA (AIR NISE)

2 keping gula melaka (nise) – beli online
1 cawan air
Sehelai daun pandan

CARA MEMBUAT:

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Sumber kredit: Izamani Ismail

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Bubur Gandum Dari Arwah Tok. Mudah & Sedap Rasanya

Buat Aiskrim Nutella Homemade Hanya Guna 3 Bahan

Menu Laksa Lemak Siam Untuk Hidangan Rumah Terbuka  

Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Peniaga Ini Kongsi Step By Step Buatnya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://youtu.be/R-AW3DQOJzs

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI