![Untitled design - 2022-01-24T110743.487](https://cdn.rasa.my/2022/01/Untitled-design-2022-01-24T110743.487.jpg)
Jom hari ini kita buat biskut paling mudah dan sedap. Gerenti jadi kesukaan semua. Kena buat banyak ni, sedapnya boleh habis sebalang.
Brownie Cookies
Bahan-bahan:
240g choc beryls coin
80g buttercup
Double boil dulu. Ketepikan
2 biji telur
100g tepung gandum serbaguna atau self raising(ayak)-beli online di sini
120g gula ising-beli online di sini
Cara membuat:
1.Pukul bahan di atas dengan whisk je hingga sebati. Lebih kurang 10minit.
2.Masuk tepung yang telah diayak. Kacau sebati.
3.Bila dah sebati masuk coklat masakan tadi.
4.Kacau rata.Masuk dalam piping beg.
5.Pipe atas mould.Topping ikut citarasa.
6.Bakar 160 darjah selama 25 minit.
7.Siap untuk dimakan.
Kredit: Ieda jahaya
Resipi Roti Paratha Sosej Cheese. Sedap, Buat Guna Roti Canai Segera
Nak Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam, Ini Caranya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajib Tambah Koleksi Biskut Raya dengan Koleksi Cookies Senang & Sedap Ni.
![Wajib Tambah Koleksi Biskut Raya dengan Koleksi Cookies Senang & Sedap Ni.](https://cdn.rasa.my/2018/06/bis-siap.jpg)
Bahang Hari Raya semakin terasa, pasti anda sibuk membilang balang biskut raya yang telah ditempah. Kalau tak cukup, tempahan pula sudah ditutup. Jangan risau, berikut RASA kongsikan lima resipi biskut raya yang boleh buat sendiri tanpa acuan pun. Lebih senang. Mudah dan gerenti sedap.
BISKUT CHOCOLATE CRINKLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 1/2 cawan gula Kastor
- 1/2 cawan minyak mazolla/ minyak sayuran
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 1 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh serbuk kopi(serbuk nescafee)
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan gula aising
CARA MEMASAK:
- Masukkan serbuk koko, esen vanila, minyak dan gula ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Masukkan telur satu per satu dan terus memukul adunan.
- Satukan tepung gandum bersama baking powder,serbuk kopi, garam dan gaul sebati.
- Masukkan tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, bulat-bulatkan adunan dengan menggunakan sudu dan gaulkan dengan gula aising.
- Susun ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 170C selama 10-15 minit.
BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 300gm tepung serbaguna
- 150gm gula icing
- 100gm buahan-buahan campuran
- 1 biji kuning telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4sudu teh parutan lemon
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dengan gula icing sehingga sebati
- Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
- Masukan tepung, buah-buahan campuran, garam dan parutan lemon.
- Gaul sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C
- Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Glis dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya.
- Ratakan dan bakar selama 25-30 minit.
- Sejukkan sebentar dan potong mengikut saiz yang disukai.
- Sedia dihidangkan, atau simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT BEBOLA COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula aising
- 1 1/2 sudu teh serbuk koko
- 3 biji kuning telur
- 1 sudu teh baking powder
- 250gm coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati
- Masukkan kuning telur dan pukul sebentar
- Satukan kesemua tepung bersama baking powder dan serbuk koko
- Masukkan kesemua campuran tepung ke dalam adunan dan gaul
- Bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas cawan kertas.
- Bakar pada suhu 150-160 C selama 20-25 minit.Sejukkan.
- Sementara itu potong kecil-kecil coklat masakan dan cairkan mengunakan teknik double boiler.
- Bila kelikatan coklat sedang elok , tuangkan ke dalam setiap doh dan kemudian taburkan coklat urai di atasnya.
- Biarkan coklat mengeras baru sedia dihidangkan atau simpan.
BISKUT NESTUM MADU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 4 cawan nestum
- 2 cawan coklat urai
- 1 biji telur
- 2 sudu makan madu
- 1 cawan gula perang
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula perang sehingga sebati.
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masukkan madu dan vanila. Gaul sekata.
- Campurkan tepung bersama garam dan soda bikarbonat.
- Tuangkan ke dalam adunan bersama nestum.
- Gaul sebati.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
- Bulat-bulatkan adunan menggunakan sudu.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
BEBOLA CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan cornflakes
- 1/2 cawan madu
- 1/2 cawan gula castor
- ½ cawan peanut butter
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Campurkan madu bersama gula dan vanila ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga gula cair.
- Masukkan peanut butter dan kacau sebati.
- Tuangkan cornflakes ke dalam adunan dan gaul.
- Bulat-bulatkan adunan
Biskut Raya Ala Famous Amos Yang Sedap, Mudah & Rangup.
![Biskut Raya Ala Famous Amos Yang Sedap, Mudah & Rangup.](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/04/Untitled-design-13.png)
Bila tiba Ramadan, ramai dikalangan kita yang dah mula buat biskut raya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah Biskut Coklat Cip ala Famous Amos. Memang sedap. Bukan setakat kanak-kanak, yang dewasa pun suka biskut begini. Istimewa buat anda, Raas kongsikan resipi biskut dari Opah Mas Cotek. Bolehlah cuba nanti.
RESIPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS
BAHAN A:
- 1 1/2 cawan gula perang
- 1 cawan minyak
- 1 buku mentega (250gm)
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan susu segar
- 2 sudu teh serbuk vanila/esen vanila
BAHAN B ( diayak):
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh cream of tartar
- 2 sudu makan serbuk koko (jika suka)
BAHAN C:
- 1 1/2 cawan coklat cip
- 3/4 cawan badam cincang
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan sebatikan menggunakan whisk. Boleh juga guna senduk.
2. Masukkan bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.
4. Sudukan adunan dalam tray yang telah dialas baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
(Masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.)
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-10-4.jpg)
Coklat cip memang kegemaran anak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-9-4.jpg)
Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-7-4.jpg)
Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-1-8.jpg)
Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK
Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA
Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-2-8.jpg)
Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP
Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK
Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-6-5.jpg)
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-4-6.jpg)
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-8-1.jpg)
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
![10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…](https://cdn.rasa.my/2019/01/final-2.jpg)
BAHAN-BAHAN :
- 7 sudu besar mentega
- ¾ cawan gula halus
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
- ½ sudu baking soda
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar
Masa penyediaan : 45 minit
Masa memasak : 9 minit