Bagaimana untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam? Mengikut resipi yang dikongsi oleh Faizah, dia ikut petua maknya.Bancuh guna air panas. Jom tengok resipi cucur jagung caranya. Sedap sekali cicah dengan sos cili, sos blackpaper dan mayonis. Sulam pula dengan teh o panas memang terangkatlah.Cucur jagung ni berongga, rangup, lembut, sedappp.Rasa jagung, bilis, udang dalam setiap gigitan.
Jom cuba buat Homemade Chicken Wraps ni. Hanya guna 3 cawan tepung gandum, boleh dapat 10 keping wraps ni. Kalau ada anak ramai, atau nak buat jamuan, boleh cuba resipi perkongsian saudari E-Mah Najmah ni. Memang jimat banyak berbanding yang dibeli. Mudah, sedap dan sangat berbaloi dicuba.
RESIPI HOMEMADE CHICKEN WRAPS
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak zaitun – boleh juga guna minyak sayur atau minyak masak
1 cawan air
1 sudu teh baking powder – pilihan. jika tiada, boleh abaikan.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan garam dan minyak. Gaul rata. jika guna baking powder, masukkan sekali. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit (hingga habis) sambil digaul. Uli seketika. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak melekat di tangan. Jika melekat masa uli, tambah sedikit tepung. 3. Uli doh hingga sebati dan rehatkan selama 10 minit. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian dan bulatkan menjadi doh kecil.
4. Canai doh tadi senipis yang boleh dan pastikan doh tidak koyak. Panaskan kuali non stick dan masak doh selama 1 minit bagi setiap bahagian. Jangan masak terlalu lama nanti wrap jadi garing dan tidak boleh digulung.
5. Untuk menyediakan Chicken Wrap, isikan dengan pelbagai inti kegemaran. Antara yang boleh diisi ialah isi yam yang digoreng tepung, salad, tomato dan perasakan dengan sos dan mayones. 6. Balut dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan ini. Boleh cuba resepi perkongsian PuanTahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.
CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kisar
1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
1 sudu makan mentega (*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
30ml susu segar
1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.
CARA MEMASAK:
Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.
4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.
Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.
BAHAN SOS:
Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
2 cawan whipping krim
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
Sedikit serbuk lada hitam
1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’
Resipi lempeng ungu yang dikongsikan oleh Kalidevan Dave di Facebook telah mendapat 200 perkongsian merupakan resepi vegan yang sangat sedap dan mudah untuk di cuba di rumah. Warna lempeng ungu ni pasti menarik perhatian anak-anak nak makan. Bahan yang digunakan untuk membuat resipi ini juga cukup mudah nak cari di pasaraya. Jom kita cuba!
LEMPENG UNGU
BAHAN-BAHAN:
Inti
250g Keledek Ungu
2.5 tbsp Gula merah
Kulit
200g Tepung pulut
150-180ml Air
50g Bijan
CARA PENYEDIAAN:
1. Kukus ubi jalar ungu dengan kulit hingga lembut, selama kira-kira 20 minit. Tiriskan lebihan air dan keluarkan kulit, kemudian ukur kentang hingga 200g.
2. Masukkan ubi jalar yang dimasak ke dalam mangkuk, gunakan garpu untuk tumbuk ubi jalar hingga halus. Biarkan campuran sehingga sejuk sepenuhnya
Bahagikan adunan ubi jalar ke dalam 6 bola kecil dan ketepikan.
3. Letakkan tepung beras pulut dalam mangkuk dan perlahan-lahan tuangkan air kira-kira 150g ke dalamnya. Campurkan campuran dengan spatula getah. Tambahkan sedikit lagi air jika adunan terlalu kering dan uli sehingga rata dan lentur sehingga tidak melekat di tangan. Bahagikan doh menjadi 6 keping.
4. Balut doh dengan pes ubi jalar ke dalam dan gulung menjadi bola bulat. Kemudian ratakan perlahan-lahan dengan telapak tangan atau pin penggelek antara kepingan plastik ke cakera bulat. Lapisi dan tekan lembut kedua-dua belah dengan bijan putih.
5. Kemudian tumis pancake dengan minyak di bawah api sederhana rendah di kedua-dua belah pihak selama kira-kira 2-3 minit sehingga masak.