Bread Omelette Chicken Ham ini memang lain daripada biasa. Jika mahukan kelainan dalam penyediaan sandwic, bolehlah cuba buat hidangan simple tetapi padu ini. Sedap tak terkata! Sampai tiga kali mak mertua request.

Perkongsian Nurul Ateekah di dalam media sosialnya buat ramai yang ingin mencuba resipi ini. Gaya penyediaannya pun ringkas, tapi hasilnya betul-betul ‘umph’ sampai boleh buat orang tak berhenti puji.

“Mak mertua cakap kat suami, tak rasa lagi ke sandwic menantu mami ni buat? Mami pun tak boleh buat roti sandwich sesedap macam ni.”

Terus suaminya kata, “Hari cuti abang tolong buat. Biar Master nak rasa.”

Ini kali ketiga mak mertuanya request. Begitu sekali penangannya. Jom cuba buat Bread Omelette Chicken Ham ini sendiri di rumah.

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

Bahan-Bahan Bread Omelette Chicken Ham

  • Roti
  • Chicken ham
  • Daun ketumbar
  • Cili hijau
  • Capsicum kuning
  • Bawang merah
  • Telur
  • Keju
  • Mayones
  • Serbuk kari
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk perasa Knorr
  • Butter

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

Cara Memasak Bread Omelette Chicken Ham

1.Gaul sebati semua bahan yang terdiri daripada telur, bawang merah, capsicum kuning, cili hijau, serbuk kari, serbuk lada putih, dan serbuk perasa Knorr.

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

2. Masak seketika chicken ham di atas kuali supaya aromanya keluar dan lebih wangi bila digabungkan dalam sandwic ini.

Ads

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

3. Gorengkan telur yang dicampur dengan bahan-bahan seperti bawang merah, capsicum kuning dan cili hijau. Bila telur dan bahan-bahan tadi masak sekata, letakkan kepingan keju di atasnya.

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

4. Letakkan pula dua kepingan chicken ham. Sapukan butter dan sapukan juga mayones. Letakkan roti di atas permukaannya. Masak sehingga garing lalu angkat.

Ads

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

5. Dah siap, bolehlah dipotong dua. Memang sedap tak terkata! Sesuai untuk sarapan, minum petang atau bila-bila masa terasa nak makan sandwic homemade yang padu macam ni.

Bread Omelette Chicken Ham: Resipi Sedap & Power Yang Buat Mak Mertua Request Lagi!

Tips Untuk Hasil Bread Omelette Chicken Ham Lagi Sedap

Setiap kali nak masak satu hidangan, pastikan dua roti, satu telur dan ambil sedikit daripada setiap bahan yang telah dipotong. Cara ini memastikan rasa seimbang dan tidak terlalu kuat pada mana-mana bahan.

Ads

Kalau suka rasa lebih pedas, boleh lebihkan sedikit cili hijau. Kalau nak rasa lebih cheesy, tambah satu lagi keping keju pada bahagian tengah. Semuanya terpulang pada selera masing-masing, tapi asasnya tetap sama supaya rasa Bread Omelette Chicken Ham ini kekal seimbang dan menyelerakan.

Ekstra Idea Hidangan

Selain cara asas ini, ada banyak cara untuk mempelbagaikan sandwic ini tanpa lari daripada gaya asal. Boleh tambahkan tomato cincang halus, sedikit serbuk paprika atau bahkan letak kentang goreng nipis di dalamnya untuk rasa lebih ‘crunchy’. Walaupun ditambah variasi, tetap pastikan elemen utama Bread Omelette Chicken Ham dikekalkan kerana itulah yang menjadikan resipi ini unik dan digemari ramai.

Kredit & Rujukan: Nurul Ateekah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI