Bila bab sarapan untuk anak-anak, mestilah kena yang mudah dan sedap. Anak-anak memang teruja nak makan tapi mak-mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai.
Jadi, apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk makan pagi. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ni.
1. PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara – beli online di sini
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA MEMASAK:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak masa sarapan.
2. ROTI SOSEJ COMEL
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sosej ayam
Kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Potong roti paratha kepada 12 bahagian kecil seperti pizza. Potong sosej menjadi 3 bahagian.
2. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.
Ads
3. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
3. PIZZARIA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Sos bolognaisse
Beacon ayam/daging
Lada benggala/nenas
Keju mozarella
CARA MEMASAK:
1. Biarkan roti paratha lembut pada suhu bilik. Sapu rata sos bolognaise.
3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit. Siap.
4. SOSEJ WRAP WITH MEAT/CHICKEN BEACON
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha
Daun salad
Beacon ayam/daging
Mayonis
Sos cili/tomato
Sosej ayam
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C.
2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
3. Letak sos dan mayonnaise.
4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.
* Selain Roti Paratha Original, korang boleh juga guna Roti Paratha Garlic.
Bosan makan nasi tapi ingin hidangan yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila lapar ku seru namamu.. Sejenis yang tak boleh menahan lapar ketika malam kamu boleh cuba buat pizza sempoi senang hanya guna roti jer. Pasti tidur kamu bermimpikan berada di kota Paris sambil terkenangkan piza tadi.
RESIPI PIZZA ROTI GARDENIA
Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan – potong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
Bawang Merah potong halus
Cili besar – potong halus
Daun parsley
Cara-cara:
1. Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili.
2. Letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
3. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.
4. Memilih menu masakan sarapan tidak mudah, lebih-lebih lagi untuk sentiasa memasak masakan yang tidak membosankan, tetapi cepat dan ringkas. Resepi Pizza Roti Gardenia Bakar sesuai dimakan seisi keluarga serta mengenyangkan.
Ada kala kita tak sempat nak memasak beria-ia sangat. Bahan mentah kat rumah pun terhad. RASA berikan resipi 3 masakan yang mudah untuk anda sediakan ala-ala orang bujang. Tak sampai 30 minit anda dah boleh makan kekenyangan. Jom cuba.
NASI GORENG AYAM KUNYIT
Bahan ayam kunyit
100 gram isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan nasi
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng isi ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, cili sehingga wangi, diikuti sayuran dan kacau.
3. Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi.
4. Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sos tiram.
6. Gaul rata sehingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit.
SANDWIC TUNA GORENG
Bahan-bahan
4 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Sedikit mayones
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
SPAGETI GORENG
Bahan-bahan
200 gram spageti | dicelur
150 gram campuran makanan laut
6 batang asparagus (dicelur dan direndam dalam air berais)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh emping cili
1/2 sudu teh oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan asparagus. Gaul rata.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!