Biskut ni kalau nak dibuat memang tangan kena seni. Nak buat biskut tu dah satu hal. Nak melukis atas biskut tu pun satu hal. Memang agak renyah nak buat biskut mama carey tapi biskut ni ramai peminat tau.
BAHAN AISING
1 biji putih telur
180 gram gula aising
1 sudu besar tepung jagung
Coklat emelco
Ads
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega, gula aising dan garam yang telah diayak. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan susu tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
3. Bungkus doh di dalam plastik dan masukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 15 minit.
4. Panaskan oven, keluarkan doh yang telah disejukkan tadi. Canai doh dan tekap dengan acuan.
5. Bakar adunan 150 c selama 10 minit sehingga separuh masak.
Ads
CARA MEMBUAT AISING
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul bahan dengan highspeed sehingga adunan likat.
3. Masukkan dalam piping bag, dan piping ke atas biskut. Buatkan corak menggunakan coklat emelco.
4. Bakar sekali lagi selama 10 minit sehingga adunan masak. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek yang kini viral unicorn cheese cake. Mana taknya meriah dengan warna warni. Bukan hanya anak-anak suka, ,malahan orang dewasa juga. Kek ini simple namun diolah dengan meletakkan cheese dan juga bahan hiasan maka rupanya jadi wow dan terserlah. Buat yang ingin mencuba buat ini resipinya.
Unicorn Cheese Cake Viral Bahan untuk kek vanila *3 biji telur *1 cawan gula pasir *1/2 cawan minyak masak *1/2 cawan susu segar atau susu cair-BELI ONLINE DI SINI *1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI *1 sudu makan ovelatte-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder
Cara buat: 1.Pukul ke semua bahan yang bertanda * sehingga kembang. 2.Bila sudah kembang masukkan tepung gandum dan baking powder. 3.Kukus kek sehingga masak
Bahan untuk cheese 250 gram cream cheese 1 cawan whipping cream ( anchor ) 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan susu pekat manis-BELI ONLINE DI SINI
Cara buat: 1.Masukkan ke semua bahan di dalam blender dan kisar sehingga gebu. 2.Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan dengan warna pilihan.
Bahan hiasan – parutan cheddar cheese – deco sugar
Menu kek antara yang digemari dan mudah disediakan. Rata-rata menyukai kek zaman mak kita dulu bukan hanya mudah buat malah tidak menjemukan. Boleh ikut langkah yang dikongsikan ini.
Bahan-bahan:
Langkah 1
Campurkan bahan dalam mangkuk hijau hingga kembang/gebu (10-15 minit)
Langkah 2
Masuk telur satu persatu sehingga habis. Adun hingga sebati.
Langkah 3
Masukkan tepung sikit-sikit hingga habis. Adun hingga sebati.
Langkah 4
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu campurkan dua sudu kecil serbuk koko satu lagi biarkan asli. Masukkan selang seli dua adunan ini ke dalam loyang sampai habis. Taburkan choc chip.Panaskan oven 200 c 15 minit (kenali oven masing-masing).
Langkah 5
Bakar 180c 45-50 minit. Bila dah berbunyi keting keluarkan dan terbalikkan atas redai. Lepas tu terbalikkan semula.
Ok kek siap untuk dihidang. Kek paling mudah nak buat.
Kredit : Tina Jair
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Manok Pansoh ialah hidangan tradisi Sarawak yang dimasak di dalam buluh bersama herba tempatan. Ketahui keunikan, sejarah, cara memasak dan mengapa ia menjadi menu wajib ketika Hari Gawai Dayak.