Kuih Cempiang atau ada juga yang menyebutnya Campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam Cinnamon Rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu perkongsian dari saudari Chik Meyanah.
Kuih bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri? Tak susah pun. Jom cuba!
KUIH BAKAR TRADISI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur
2 cawan santan ( empunya resipi guna santan Kara)
1 cawan air ( kisar bersama 6 helai daun pandan) – tapis
Secubit garam
Pewarna hijau jika suka
Bijan sangai secukupnya – hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan( kecuali bijan sangai) ke dalam mangkuk. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
2. Sapu sedikit minyak pada loyang. ( empunya resipi panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat).
3. Tuang adunan kuih bakar dan tabur bijan sangai.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 180C selama 40 minit.
5. Untuk menikmatinya, biarkan kuih sejuk sedikit terlebih dahulu dan baru dipotong.
Kuih tradisional ni memang wajar diwarisi golongan muda. Bahannya ringkas sahaja, dahlah tu murah pulak. Musim cuti sekolah ni masa terbaik nak kenalkan anak-anak kuih muih tradisional ini.
Ni min kongsikan 7 resipi kuih muih dari pantai timur dari Terengganu, adik-adik yang suka masak pun boleh cuba, ya.
1. AKOK BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
1 kg isi ayam
2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
2 biji bawang besar / dikisar
1 labu bawang putih /dikisar
2.5 sm halia
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan kerisek
1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
220 ml air
4 biji bawang besar /dipotong dadu
BAHAN KULIT AKOK :
10 biji telur
8 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak inti : 1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu 5. Masak hingga kering. Cara masak kulit akok/bauhulu : 1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja. 3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan. 4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius. 5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti. 6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti. 7. Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF : Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji Masa memasak :40 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
2. TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula melaka ( atau gula merah)
1 sudu teh kapur makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap. 2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. 3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat. 4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam. 5. Tapiskan dalam loyang yang dah diris dengan minyak atau mentega. 6. Kukus dalam masa 30-45 minit. 7. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan kemudian potonglah kuih ini. Potong nipis supaya mudah dimakan. 8. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula. 9 .Kemudian gaulkan kuih yang dipotong tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati.
INFO CHEF : Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebagi. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 45 minit hingga satu jam Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
3. TEPUNG BUNGA
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung pulut
Air secukupnya untuk menguli
1 sudu teh garam
3 sudu makan santan
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan. 2. Uli sampai doh tidak melekat di tangan 3. Bulatkan dan leperkan. 4. Celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit. 5. Goreng dalam kuali panas, angkat dan toskan minyak. 6. Salutkan bersama gula, dan siap.
INFO CHEF: Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
4. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
200 gm sagu biji
100 gm kacang hijau
Garam dan gula nisan secukupnya *Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
2 cawan santan
2.5 sm halia /dimayang halus
Satu sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak. Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap. Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih ini sejuk atau panas.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN BAWAH :
2 cawan pulut
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 cawan santan
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkan
CARA MEMASAK : Cara masak lapisan atas: 1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikiti air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak. 2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat. 3. Setelah semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas. Cara masak lapisan bawah : 1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati. 2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi. 3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam 4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF :Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul Masa memasak :Satu jam Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung.
6. KAYU KERAMAT
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1/2 sudu makan yis segera
6 camca makan gula
2 cawan air suam
2 biji telur
1 sudu makan majerin/dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih. 2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi. 5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam)) 6.Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF:Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kudapan kuih muih Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan
7. PULUT NYOR/NYIOR
BAHAN-BAHAN :
2 cawan pulut
2 cawan air
Garam secukupnya
Kelapa parut digaul garam dan gula / secukupnya
Garam dan gula
*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK : 1 .Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’. 2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat. 3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa. 4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik Jenis masakan : Beras pulut Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan
Terima kasih :
RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
RESTORAN SINGGANG WARISAN, No 23-G, Blok A, Jln Atmosphere 3, Seri Kembangan, Selangor
KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor