Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.
Cuma kali ini resipi yang dikongsi agak berbeza mengikut cara orang Pattani, Thailand. Warnanya putih sama tapi kuahnya lebih berlemak dan pekat kerana dimasukkan sekali dengan kelapa parut.
Bagi yang nak rasa kesedapan berbeza sayur lemak putih boleh ikut resipi perkongsian Mizah Ngatiman ini.
Sayur Lemak Putih Cara Orang Pattani
Bahan-bahan
4 batang timun muda -dikelar kulit dan dibelah empat
Udang secukupnya
3 ekor ikan kembung/selayang
2 inci lengkuas
1 biji bawang merah besar
2 tangkai cili merah
3 sb kelapa parut mentah
3 sb kelapa parut goreng
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Ads
Cara memasak
1. Rebus ikan hingga masak. Angkat dan tos. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan.
2. Tumbuk lengkuas, diikuti dengan kelapa parut mentah dan kelapa parut goreng. Tumbuk sekali isi ikan dan akhir sekali bawang. Tumbuk semua bahan ini hingga lumat.
3. Masukkan bahan tumbuk dalam kuali atau periuk kemudian masukkan sediki santan. Kacau rata supaya tak berketul. Selepas itu barulah buka api.
Ads
4. Tuang semua santan dalam kuali, masukkan gula dan garam. Rasakan kuah lemak dan manis secukupnya. Biar kuah mendidih manja.
5. Masuk timun dan sentiasa kacau kuah hingga timun sedikit layu.
6. Akhir sekali masuk udang dan cili. Selepas mendidih tutup api. Jika mahu timun lembut biarkan lama lagi mendidih.
Biasa makan serawa durian, tapi bagaimana pula serawai kuinin? Kalau tak pernah menikmati serawa kuinin apa kata cuba buat sementara musim buah ini. Serawa kuinin ini tak perlu dimasak dan paling sedap dimakan selepas disejukkan.
Buah kuinin
Santan segar
Garam
Guna
1. Kupas kulit buah kunin dan potong nipis. Ketepikan.
2. Kemudian satukan santan segar bersama dengan garam dan gula. Kacau hingga larut.
3. Akhir sekali masukkan kuinin yang dipotong tadi. Sejukkan sebelum dihidangkan, atau boleh juga letak ais ketul.
Terung Pedas Manis merupakan antara lauk paling ringkas yang mampu memberikan kepuasan luar biasa ketika makan bersama nasi putih panas. Walaupun menggunakan bahan yang mudah diperoleh, gabungan rasa pedas, manis dan sedikit masam menjadikan hidangan ini sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
Kadangkala kita tidak memerlukan lauk yang terlalu mewah untuk menikmati hidangan yang menyelerakan. Cukup dengan bahan-bahan asas yang tersedia di dapur, satu hidangan lazat boleh disediakan untuk seisi keluarga. Menu ini juga sangat sesuai dimasak ketika hujung bulan atau apabila stok bahan mentah di rumah agak terhad.
Terung merupakan antara sayuran yang sangat popular dalam masakan masyarakat Malaysia. Ia boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti gulai, sambal, masak lemak, dibakar, digoreng atau dijadikan ulam.
Keistimewaan sayuran ini terletak pada teksturnya yang lembut serta keupayaan menyerap pelbagai jenis perisa. Oleh sebab itu, terung sering digunakan dalam hidangan berkuah mahupun bersambal kerana mampu menjadikan rasa masakan lebih menyelerakan.
Selain enak dimakan, terung turut mengandungi serat yang baik untuk sistem penghadaman. Ia juga membekalkan beberapa nutrien penting termasuk vitamin C, vitamin K dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menyokong kesihatan harian.
Walaupun resipi ini kelihatan mudah, terdapat beberapa tip yang boleh membantu menghasilkan rasa yang lebih memuaskan.
Pilih terung yang masih segar dengan kulit berwarna ungu berkilat. Terung yang segar biasanya mempunyai isi yang lebih padat dan tidak terlalu banyak biji.
Rendam potongan terung di dalam air garam selama beberapa minit sebelum dimasak. Langkah ini membantu mengurangkan risiko perubahan warna selain mengurangkan rasa pahit yang kadangkala terdapat pada sesetengah jenis terung.
Semasa menggoreng, elakkan memasak terlalu lama sehingga teksturnya menjadi terlalu lembik. Terung yang terlebih masak mudah hancur apabila digaul bersama sos dan boleh menjejaskan penampilan hidangan.
Salah satu kelebihan menu ini ialah ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis lauk lain. Hidangan ini boleh dinikmati bersama nasi putih panas sebagai menu utama atau dijadikan pelengkap kepada hidangan yang lebih besar.
Antara padanan yang sering menjadi pilihan ialah ikan goreng, ayam goreng kunyit dan telur dadar. Gabungan lauk goreng yang rangup dengan sos yang menyelaputi terung memberikan keseimbangan rasa yang cukup menarik.
Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan lebih banyak sayuran dalam diet harian, hidangan ini juga sesuai dijadikan lauk utama kerana rasanya yang kaya serta mengenyangkan.
Resipi ini boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Jika anda gemarkan rasa yang lebih pedas, tambahkan hirisan cili padi ketika menumis bahan-bahan sos.
Bagi menambah kandungan protein, anda boleh memasukkan isi ayam, daging cincang atau udang ke dalam masakan. Sesetengah individu juga gemar menambah sedikit sos tiram bagi memberikan rasa umami yang lebih kuat.
Untuk sentuhan akhir yang lebih menarik, taburkan bijan sangai atau daun bawang yang dihiris halus sebelum menghidangkan makanan. Selain menambahkan aroma, ia turut menjadikan persembahan hidangan lebih menyelerakan.
Dalam dunia masakan, ada kalanya resipi yang paling mudah memberikan kepuasan yang paling besar. Terung Pedas Manis membuktikan bahawa hidangan ringkas juga mampu menjadi kegemaran ramai.
Dengan kos penyediaan yang rendah, bahan yang mudah diperoleh serta proses memasak yang tidak rumit, menu ini sesuai disediakan oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang baru belajar memasak.
Jika anda sedang mencari idea lauk yang cepat, sedap dan mesra bajet, resipi ini sememangnya wajib dicuba. Hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih untuk menikmati gabungan rasa yang mampu membuatkan sesiapa sahaja menambah nasi.
Cuti sekolah ni macam-macam majlis kenduri kendara rancak berlangsung. Ni min nak kongsi dengan korang lauk pauk yang biasa dihidang masa kenduri oleh orang -orang belah Selatan . Istimewanya dari Melaka, Johor dan Singapura.
Sukatannya dicadangkan untuk majlis berskala sederhana. Resipi ni hasil idea tenaga pengajar dan Chef Rahayu Farhana Awang Kechik, Chef Amir Hamzah Omar dan Chef Mohd Nazli Mohd Nawi dari Food Institute of Malaysia (FIM).
1. SAMBAL PENGANTIN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
1. Rebuskan hati, paru, dan daging lembu hingga empuk, sejukkan dan potong kepada saiz kecil. 2. Udang dikopek kulit dan direbus. 3. Tumiskan bawang besar,bawang putih, halia dan serai yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Masukkan cili kering, cili merah, dan udang kering yang dikisar. Teruskan menggoreng hingga cili benar-benar masak 5.Masukkan hati,paru dan daging yang direbus dan dipotong kecil. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan masakan terlalu kering dan garing. 6.Masukkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gula 7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yang telah dipotong.
INFO CHEF : Gula boleh dikurangkan kerana kicap manis sudah memberikan rasa manis. Hati,paru dan daging hendaklah direbus berasingan dan air rebusan daging boleh digunakan untuk menggantikan air.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Singapura Keistimewaan : Rasa yang manis pedas membangkitkan selera sesuai dijadikan makanan istimewa perayaan dan majlis perkahwinan
2. KAMBING KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, tumis empat sekawan dan daun kari hingga naik bau. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan serai yang diketuk, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan rempah kurma, cili kisar, pes tomato masak hingga rempah betul-betul masak dan wangi. 3. Masukkan kambing dan air secukupnya, renehkan hingga daging kambing empuk dan lembut 4 .Setelah daging kambing empuk, masukkan kismis yang telah di kisar dan diikuti dengan santan. Perasakan dengan garam dan gula. 5 .Akhir sekali sebelum tnutup api, masukkan bawang,cili merah,cili hijau, tomato ceri dan daun ketumbar.
INFO CHEF : Rasa kurma ini pedas dan manis dari kismis
Saiz hidangan : 70 orang Masa Memasak : 1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Johor Keistimewaan : Rasa berempah dan manis dari kismis sangat istimewa dan ada kelainan dari kurma biasa.
3. LAKSA KATONG SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah laksa :
Bahan-bahan untuk dihidang bersama:
CARA MEMASAK: 1. Kopek udang dan rebuskan, kulit dan kepala udang juga direbus. 2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan cili kisar, pes tomato dan rempah kari. 3. Terus menumis hingga naik bau. Masukkan juga sedikit air untuk mengelakkan rempah hangit. 4. Masukkan air rebusan udang. 5. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping dan daun limau purut. 6. Sediakan bahan-bahan (dihidang bersama), susun di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Rempah hendaklah di tumis betul-betul masak untuk menambahkan aroma Laksa Katong.
Saiz hidangan : 50 orang Masa Memasak :1 jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Makanan sampingan, laksa Singapura Keistimewaan : Rasa lemak dan manis dari udang membuatkan laksa ini sangat menyelerakan
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN;
BAHAN TUMIS:
BAHAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga garing. 2. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan daging, daun kesom dan daun limau, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk. 4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka. Masak hingga pekat dan tutup api.
INFO CHEF: Daging boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti. Tambahkan tomato ceri untuk rasa yang lebih manis
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1 jam, 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rempah ratus dalam hidangan asam pedas daging untuk menampah aroma.
5.DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN;
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging selama 30 minit kemudian dihiris 1.2sm.Tumbuk daging yang telah dihiris menjadi leper kemudian diperap bersama kicap manis dan kicap masin. 2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah perap hingga garing. 3. Keluar sebahagian minyak dan tinggal sedikit untuk menumis bahan tumis dan serai. 4. Tumis hingga harum. 5. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 6. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul rata. 7. Daging dendeng sedia dihidangkan
INFO CHEF: Bahan tumisan perlu ditumis garing bagi menghasilkan rasa dendeng yang terbaik
Saiz hidangan : 60-70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Rebus, goreng,dan tumis Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Rasa pedas manis sangat istimewa dengan daging yang diperap dan di goreng garing menambah rasa pada masakan.
6. KARI AYAM KAPITAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK: 1. Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, kunyit hidup, bawang merah, buah keras dan belacan di dalam pengisar. 2. Kemudian tumis sehingga terbit aromanya yang wangi bersama rempah 4 sekawan. 3. Seterusnya masukkan rempah kari ayam dan tumis hingga terbit minyak. 4. Masukkan daun limau, air dan ayam. Kacau sehingga sebati dan biarkan reneh selama 15 minit. 5. Kemudian, tuangkan jus limau purut, santan dan teruskan mengacau selama seminit. 8. Tunggu sehingga ayam menjadi empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kari sedia untuk dihidang.
INFO CHEF :Selain nasi, kari ayam kapitan juga sesuai dimakan bersama pulut kuning atau roti jala.
Saiz hidangan : 65- 70 orang Masa Memasak : 1 jam 30 minit Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka Keistimewaan : Kari ayam berempah yang pekat dan beraroma semerbak
7. SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, diikuti petai. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili ki 4. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga terbit minyak. 5. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan tahi minyak. kemudian perasakan dengan garam dam gula secukup rasa. 6. Tutup api dan ssambal sedia dihidankan
INFO CHEF: Enak, pedas, dan kaya dengan rasa petai.
Saiz hidangan : 45- 50 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sambal, Melaka Keistimewaan : Ikan bilis rangup dan cili kering ditumis sempurna faktor utama sambal sedap
8. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 2. Sejukkan bahan tumis seketika. 3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar. 4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi. 5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 20min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
9. IKAN KERISI SAMBAL HIJAU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan. 2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sedikit air. 3. Setelah pecah minyak, masukkan santan. Kacau dan renehkan hingga santan pekat. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, 5. Akhir sekali tuang ke atas ikan yang telah siap digoreng. 6. Sambal ikan sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 40 min Cara Memasak : Goreng dan tumis Jenis Masakan : Hidangan utama Keistimewaan : Sesuai di makan dengan nasi panas-panas
10. AYAM UNGKEP BERSAMA TEMPE
BAHAN – BAHAN :
INFO CHEF :Jika suka boleh d tambah sedikit lada hitam untuk rasa lebih pedas.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 1jam Cara Memasak : Tumis dan reneh Jenis Masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Makanan kebanggaan masyarakat Jawa, tak perlu santan senang dimasak.
TERIMA KASIH : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM), 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor. FB : Food Institute of Malaysia
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kepak Ayam Goreng Madu yang manis, pedas dan berkilat seperti di restoran. Ikuti resipi mudah dengan sos pekat yang melekat sempurna pada ayam, sesuai untuk hidangan keluarga atau BBQ.