Sedapnya Coney Sosej perkongsian saudari Rrose Rapii ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah. Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Anak-anak pastinya suka ni. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
Masih ada lagi yang nak cuba buat maruku untuk kudapan? Maruku yang enak cukup rasa, gerenti tak cukup sebalang. Boleh buat banyak dan simpan untuk dimakan atau beri sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah teman. Nak dapat maruku yang rangup boleh ikut resipi ini.
MARUKU
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung maruku BABA’S 1 bungkus tepung pulut cap 3 kambing(nak dapatkan maruku lebih rangup) Guna sukatan sudu sup bahan di bawah: 1 sudu serbuk kari daging babas 1 sudu serbuk cili 1 sudu jemuju 2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi 1 sudu udang kering yang dah dikisar kering, hancur supaya tidak tersekat dekat acuan Garam halus 1 kotak kecil santan (200ml) dikisar dengan 6 ulas bawang putih + air suam jadikan 600ml.Kalau adunan masih keras tambah sikit-sikit lagi. Daun kari secukupnya.
Cara membuat:
1.Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, Ramas-ramas hingga sebati. 2.Masukkan satu kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak.. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.Biasanya saya guna 3 1/3 kotak air.Pada yang tak pro lagi, masuk sikit-sikit dulu. 3.Uli sampai tak melekat di tangan dan mudah ditekan pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja. 4.Tekan buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak tu.Baru goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan maruku.Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak rangup.Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.
Bila tibanya hari raya, selain dari aneka biskut dan snek tradisional, muruku juga antara kudapan yang digemari dan biasa dihidangkan buat tetamu. Tak semestinya untuk Deepavali sahaja tau. Maklumlah, Malaysia kan rakyatnya berbilang kaum. Jadi muruku ni bukan asing lagi bagi kita semua. Bagi anda yang tercari-cari resipi muruku yang sedap, mudah disediakan serta rangup, boleh cuba aneka resipi muruku asli perkongsian Puan Tamil Selvi Samugam Sundram. Best!
1. MURUKU REBEN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu teh serbuk cili merah
¼ sudu teh asafoetida
1 sudu teh mentega
110ml air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau terlalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan membentuk reben. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan doh bentuk reben dan goreng sehingga berwarna sederhana perang. Angkat dan ulangi langkah hingga selesai.
Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
Sedia untuk dinikmati.
2. MURUKU BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung kacang kuda
5 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih (dikupas)
1/8 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
50ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Cili kering dan bawang putih dikisar halus.
Masukkan semua bahan dan bahan kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
3. BUTTER MURUKU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Tepung Beras
1 sudu besar Tepung Kacang Kuda
1 sudu besar Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
1 cubit Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan bentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
4. MURUKU JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan Tepung ‘Pothukadalai’ (fried gram powder)
2 cawan Tepung Beras
½ cawan Tepung Ulunthu(Urad Dhal) goreng
1 ½ sudu kecil Jintan Manis
¼ sudu kecil Asafoetida
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
300ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Jintan manis digoreng tanpa minyak. Sejukkan. Kisar sederhana halus.
Masukkan semua bahan dan jintan manis kisar kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Doh tidak boleh terlalu kering atau telalu basah.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh berbentuk bintang.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan muruku dan goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Simpan di dalam bekas kedap udara selepas muruku sejuk.
5. OMAPODI
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan tepung beras
1 cawan Tepung Kacang Kuda
¼ sudu kecil Asafoetida
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil mentega
100ml air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh tidak melekit.
Masukkan doh ke dalam acuan muruku.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tekan doh kedalam minyak. Goreng sehingga berwarna sedehana perang.
Selepas sejuk, masukkan kacang goreng, kacang hijau goreng. Kacau perlahan. Simpan dalam bekas kedap udara.
Asafoetida: Getah dari pokok herba. Kaya khasiat dan disebut juga sebagai ‘ food of the gods’. Boleh didapati di kedai-kedai menjual rempah India.
Ada yang nak buat potluck tapi masih tak tahu menu apa nak dibawa? Nah boleh cuba resipi simple dan gerenti ramai yang suka. Egg mayo ni makannya tidak akan rasa muak. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Egg Mayo Sandwich
Bahan-bahan:
5 biji telur rebus 5 sudu besar mayonis 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh gula Air perahan lemon/ limau kasturi Timun jepun di dadu 1 sudu teh lada hitam
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...