Tengah berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) macam ni, ni la masa untuk mengajak dan mengajar anak-anak dan suami ke dapur. Sama sama gotong royong biar cepat masaknya. Jangan lupa check ibadat solat anak-anak.

Masak sama-sama dan zikir solat serta berdoa sama-sama, moga Allah cepat menghilangkan virus Covid-19.

Ni ada dua resipi telur puyuh dari dapur ibundo dan sambal tumis telur dari blogger terkenal Azie Kitchen ,berbaloi untuk dicuba.

1. BEBOLA DAGING TELUR PUYUH

Bebola Daging Telur Puyuh & Sambal Tumis Telur Mudah DiBuat

BAHAN-BAHAN:

20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya

Bahan bebola daging
400 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
sedikit serbuk stok ayam/daging
sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 tangkai daun sup dicincang halus halus.

IKLAN

Bahan kuah :
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji cili hijau/merah
2 biji ubi kentang dipotong wedges
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung dibancuh sedikit air

CARA MEMASAK :

1. Campurkan kesemua bahan bebola daging di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.
2. Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbuka, 3. Ulang langkah sehingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Cara masak kuah :
1. Goreng ubi kentang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sos-sos. Tambah sedikit air dan masukkan tepung jagung.
3. Masak hingga pekat.
4. Sebelum dipadamkan api, masukkan bawang besar, cili, kentang dan bebola telur puyuh.

Kredit : dapur ibundo

IKLAN

2. SAMBAL TUMIS TELUR

Bebola Daging Telur Puyuh & Sambal Tumis Telur Mudah DiBuat

BAHAN-BAHAN :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur – rebus, kupas & goreng

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.

IKLAN

2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.

3. Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.

4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan,

5. Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.

Kredit : Azie Kitchen

ANDA MUNGKIN SUKA JUGA RESIPI INI :

https://www.youtube.com/watch?v=1F4MqzdaxNE

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI