Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland-dicincang
- 1 labu bawang putih-dicincang
- 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- 1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan iae dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raikan Hari Bapa Dengan Masak Makaroni Cheese Guna Resipi Sedap Ni
Hari Bapa tiba lagi. Jika kebiasaannya anda sambut dengan membawa ayah keluar makan di restoran, namun situasi pandemik kali ini nampak gayanya membataskan pergerakan. Namun jangan risau kerana anda masih lagi boleh meraikan insan tercinta dengan memasak sajian istimewa. Resipi Makaroni Cheese perkongsian saudari Noratiqah Nordin ni antara yang sedap dan mudah untuk dicuba. Persis sajian dari restoran. Pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI MAKARONI CHEESE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan makaroni – beli online disini
Air secukupnya untuk rebus makaroni
Sedikit minyak untuk rebus makaroni
3 keping keju
1 cawan serbuk keju (cheese powder) – beli online disini
1 sudu parsley – beli online disini
1 sudu basil – beli online disini
1 sudu oregano – beli online disini
3 cawan susu segar
Keju mozzarella – jika mahu rasa lebih sedap
CARA MEMASAK:
1.Rebus makaroni dengan air secukupnya dan juga minyak.
2. Masak hingga makaroni kembang begini.
3. Dalam kuali, masukkan susu segar.
4. Kemudian masukkan kepingan keju.
5. Masukkan pula serbuk keju (cheese powder). Ini rahsia kesedapan makaroni cheese.
6. Seterusnya masukkan herba parsley, basil dan oregano. Sebatikan.
7. Akhir sekali, masuk makaroni yang sudah direbus tadi.
8. Gaul-gaul makaroni hingga sebati dan bersalut dengan sos. Makaroni Cheese siap untuk dinikmati. Jika mahukan kuah yang banyak, lebihkan susu.
9. Jika mahukan rasa Makaroni Cheese yang lebih mantap, tambahkan parutan keju mozzarella. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Goreng Kambing Paling Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
Cheesy Wedges Homemade Paling Jimat. Sekali Buat Dapat Banyak
Resipi Kuih Limas. Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Khasiat Peria Katak & 5 Resipi Boleh Masak Guna Sayur Ni.
Bila sebut sahaja sayur peria, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.
KHASIAT PERIA KATAK
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
5. Membaiki masalah mata – Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
PERHATIAN: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Sumber: khasiatpokokherba.com
RESIPI MENGGUNAKAN PERIA
1. SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm peria | hiris nipis
- 250gm ikan bilis | belah dua
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK
- Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Setelah bahan tumisan garing tutup api.
- Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
- Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.
2. SAMBAL SOTONG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
- 2 biji peria katak | buang biji & hiris nipis
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
- Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
- Panaskan minyak, goreng peria separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
- Kacau sebati masukkan pula peria.
- Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
3. PERIA TELUR GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji peria | buang biji dan hiris kecil
- 2 biji telur
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulasa bawang putih
- 4 biji cili merah
- Beberapa tangkai cili padi | jika ingin lebih pedas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
- Seterusnya masukkan peria, kacau rata hingga layu.
- Masukkan air jika perlu.
- Kecilkan api, tolak peria ke tepi kuali.
- Pecahkan telur di dalamnya kemudian gaulkan bersama tumisan peria tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila peria telah lembut, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
4. PERIA MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji peria – hiris nipis
- 6 biji cili api – tumbuk halus
- 1 batang serai – ketuk
- 1 helai daun kunyit
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit ikan bilis
- Santan secukupnya
- Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk, masukkan air, separuh santan, serai, cili api yang ditumbuk halus dan sedikit serbuk kunyit. Kacau perlahan.
- Setelah mendidih, masukkan peria dan ikan bilis.
- Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan kacau perlahan.
- Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api.
- Sedia dihidangkan.
5. PERIA GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji peria – potong nipis
- 5 biji cili api
- 1 biji telur – pecahkan
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 tangkai cili kering
- 1/2 sudu kecil tepung beras
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api hingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar, telur dan tepung beras ke dalam kuali. Masak sehingga bahan rangup.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan peria dan gaul sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas.
Buat Ayam Grill Guna Resepi Ni,Rasa Sama Macam GCB McD
Anda peminat GCB McD? Tak usah buang duit membeli kalau boleh buat sendiri. Menurut pemilik resepi, SuiSan Aliezsha menu ini diolah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB McD. Rasanya memang padu. Selain boleh dimakan bersama roti, sedap juga dimakan bersama nasi. Ayam ni sangat lembut,sesuai dihidang untuk keluarga.
GRILL CHICKEN
Untuk ayam:
- Peha ayam,buang tulang atau beli dah siap untuk chicken chop.Biasa dekat pasar ada jual. Basuh bersih toskan.
Untuk sos:
Bawang putih
1 biji tomato
Sos cili
Sos BBQ
Sos tiram (ayam)
lada hitam
Madu,gula & garam
Buttercup + planta
Cara memasak:
1.Masukkan sedikit air, blend semua bahan kecuali lada hitam.Lada hitam dikisar halus.
2.Masak butter dan planta kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi.
3.Kacau sampai kuah jadi pekat,pastikan gula, madu semua terasa ,sejukkan.
4.Kemudian perap dalam beberapa minit,lagi lama lagi elok kejadiannya.
5.Bakar dengan api atas bawah 200° selama 60 minit.ikut oven masing-masing.
6.Keluarkan ayam tersebut, grill di atas kuali burger guna api dapur dalam beberapa minit sahaja.
- Siap untuk dihidang.
Kredit: SuiSan Aliezsha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official