
Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland-dicincang
- 1 labu bawang putih-dicincang
- 6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
- 4 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- Sedikit lada sulah
- 1 batang daun bawang-dihiris

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api

Masak lemak cili api Negeri Sembilan memang tiada tandingan. Seringkali disebut sebagai masakan yang ringkas namun sedap yang padu, membuatkan ramai yang suka memasaknya.
Menerusi perkongsian resipi daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim untuk gulai nangka muda dan ayam masak lemak cili api ini, sangat mudah dan bahan-bahannya mudah didapati.
GULAI NANGKA MUDA & AYAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN TUMBUK:
Cili api/padi
Kunyit
Garam
TONTON Gerenti Jadi: Mac & Cheese Rendang (Anchor)
TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 mangkuk nangka | direbus lembut
1 keping asam keping – beli online di sini
1 helai daun kunyit
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk bersama daun kunyit dan asam keping. Gaul sebati dan biar sampai air ayam kering.
2. Masukkan santan dan nangka muda. Masak sehingga tahap kepekatan kuah yang disukai. Saya suka agak pekat dan sehingga kuah timbul minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA BUAT SAMBAL TUK-TUK/GESEK
Cili api/cili padi ditumbuk dengan garam, diikuti ikan bilis dan bawang kecil/besar. Perah asam limau. Siap.
Kredit resipi: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu, Air Tangan Nor Haini Mamat.

Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kg udang
- 1/2 kg santan pekat
- Segelas air
- 2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
- 1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
- 1 sm halia/ditumbuk
- 1 sm lengkuas/ditumbuk
- 1 sm kunyit hidup/ditumbuk
- 4 sudu cili kisar
- 2 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Ambil periuk dan nyalakan api.
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
- Apabila mendidih masukkan udang.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
- Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
- 5 ekor ikan kembong sederhana
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
- 2.5 sm kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang kecil
- 4 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu teh halba
- 3 batang serai /diketuk
- 2 sm lengkuas /dihiris nipis
- 1/2 kg santan pekat
- 2 keping asam gelugur
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
- Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
- Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
- Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan : 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan : Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm daging
- 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
- 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
- 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
- 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
- 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
- 4 keping asam gelugor
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
- Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
- Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan. Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Scones sangat enak dijadikan sajian ketika minum petang. Pastri lemak masin dan dinikmati pula dengan jem manis, memang padanan yang sempurna. Jika ingin menjadikannya berperisa, boleh tambah bahan-bahan seperti cip coklat, kismis atau apa-apa rasa mengikut pilihan masing-masing. Nak cuba buat? Saudari Zatil Arip ada kongsikan resipi asas scone dan juga cara menjadikan scone pelbagai perisa. Jom cuba!
CARA BUAT SCONES KOSONG (PLAIN) & SCONES BERPERISA
BAHAN ASAS SCONES KOSONG:
2 cawan tepung naik sendiri (beli online disini)
1 cawan susu segar sejuk (untuk buat buttermilk)
1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)
**Homemade buttermilk (1 cawan susu segar + 2 sudu makan jus lemon/limau)
CARA MEMASAK:
1. Parut mentega masuk terus dalam tepung.
2. Ramas sampai jadi serbuk roti.
3. Tambah buttermilk & gaul ala kadar sahaja.
4. Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.
5. Tekap guna acuan bulat/gelas tanpa ‘twist’.
6. Susun atas alas bakar dalam loyang.
7. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air & sapukan pada permukaan doh.
8. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
Jika sukakan scones pelbagai rasa dan ingin hasilkan 3 perisa berbeza, ini bahan-bahan dan cara-caranya:
BAHAN TAMBAHAN:
Scones Inti Savoury:
2 batang sosej – potong dadu
1/2 biji bawang holland secukupnya– potong dadu (beli online disini)
1 sudu teh cili kisar (beli online disini)
Keju cheddar
Gula, garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hingga wangi. Angkat dan sejukkan.
Scones Kismis:
Kismis hitam secukupnya
Scones Cip Coklat:
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Parut mentega masuk terus dalam tepung.
2. Ramas sampai jadi serbuk roti. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (1 cawan tepung untuk scones savoury, 1/2 cawan tepung untuk scones kismis dan 1/2 cawan untuk scones cip coklat.)
3. Masukkan bahan tambahan pilihan (savoury/kismis/chocolate chips) ke dalam mangkuk masing-masing.
4. Tambah buttermilk dan gaul ala kadar sahaja. Nisbah sukatan adalah 1/2 cawan untuk Scones savoury dan 1/4 cawan untuk kismis dan cip coklat.
5. Tabur tepung atas dulang dan bentukkan doh.
6. Tekan doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.
7. Tekap guna acuan penerap bulat atau gelas. Kalau nak potong2 je pun boleh.
8. Susun atas alas bakar dalam loyang.
9. Kacau sebiji telur dan 1 sudu air dan sapukan pada permukaan doh. Untuk doh savoury, boleh tambah hirisan daun parsli di dalam bancuhan telur.
10. Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
11. Scone pelbagai perisa sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Zatil Arip
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kentang Putar Sedap Ala KFC. Simple & Tak Guna Banyak Bahan
Resipi Pais Ikan Kembung Sedap & Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official