Biasanya kalau buat menu ayam goreng semestinya menjadi rebutan ramai. Hari ini kita cuba menu Ayam Goreng Vietnam dengan gabungan rasa manis, masin dan pedas. Rapuh dan sedap di setiap gigitan ayam membuatkan susah untuk berhenti apabila menikmatinya.Selain dimakan begitu sahaja enak juga dicicah dengan sos dan nasi. Rasanya masin bukan kerana garam,tetapi kerana sos ikan yang mempunyai rasa tersendiri dan memberi keseimbangan rasa pada masakan ini.
BAHAN-BAHAN: 1 kilo kepak ayam 1½ cawan tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI 6 ulas bawang putih(dicincang)&(digoreng) daun ketumbar (2 sudu besar dicincang) Minyak masak(secukupnya menggoreng ayam)
BAHAN PERAPAN 1 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil(pes bawang putih@serbuk bawang putih) 1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil serbuk lada putih
BAHAN SOS MANIS MASIN 3 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI 2½ sudu besar gula 2 sudu besar jus limau@lime juice 3 batang cili padi merah (dipotong)
Ads
CARA MEMASAK:
1)Di dalam bekas atau mangkuk besar,masukkan ayam dan bahan perapan.Gaul sebati dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
2)Untuk memasak sos manis masin, sediakan periuk kecil dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Panaskan di atas api sehingga gula larut dan sejukkan. 3)Panaskan minyak di dalam kuali besar,letakkan chopstick atau kayu lidi di tengah-tengah.Apabila minyak sudah panas atau berbuih di permukaan kayu lidi tadi,bermakna minyak sudah panas dengan sempurna. 4)Sementara itu,sediakan mangkuk besar,masukkan tepung dan baking powder kemudian salutkan ayam bersama tepung tadi satu persatu.Masukkan ayam tadi ke dalam minyak panas.Gorengkan selama 15 minit atau sehingga ayam menjadi keemasan. 5)Angkat ayam yang digoreng tadi dan biarkan rehat seketika. 6)Di dalam minyak yang betul-betul panas tadi,masukkan semula ayam dan gorengkan lagi 2-3 minit.Tujuannya agar ayam lebih rapuh atau rangup di luar dan lebih warna keperangan .Angkat dan tapiskan ayam tadi pada tisu.
7)Akhir sekali,sediakan bekas masukkan ayam yang telah digoreng keemasan tadi,bawang putih yang telah digoreng,daun ketumbar yang dihiris dan tuangkan Sos manis masin pada ayam tadi. Gaul rata atau sebati dan boleh dihidangkan.
Sambal Tumis Ikan Kembung ni adalah lauk yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk membuka selera keluarga. Menu ringkas sebegini pun dah cukup membuatkan suami dan anak-anak makan bertambah. Malah resipi Sambal Tumis Ikan Kembung perkongsian saudari Juma Natull ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
3 senduk cili kisar (cili kering yang dikisar dengan bawang merah besar)
Paru biasanya dimasak sambal. Namun, jika sesekali ingin ubah selera, bolehlah mencuba resipi Rendang Paru. Semasa penyediaan, paru hendaklah dipotong sederhana besar dan tidak terlalu tebal bagi memudahkan ia masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
1 kg paru | dihiris
5 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3cm kulit kayu manis
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan garam
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus paru hingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
2. Dalam kuali berasingan, masukkan santan cair dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan paru, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan kulit kayu manis. Masak hingga kuah pekat.
4. Tuang santan pekat, garam dan kerisik. Gaul rata.
5. Masak lagi hingga kuah agak kering serta pecah minyak.
Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari minggu anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
200 gm sagu biji
100 gm kacang hijau
Garam dan gula nisan secukupnya *Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
2 cawan santan
2.5 sm halia /dimayang halus
Satu sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula Melaka
½ cawan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan /belah dan simpul
1 sudu teh garam
Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk). 2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir 3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati. 4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. 5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. 6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
10-12 gram agar-agar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
1 cawan sagu /dibilas air dan tos
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan gula Melaka:
250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
1 cawan air
1 helai daun pandan /disimpul
1 tin susu cair
Secubit garam (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak sagu : 1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang. 2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan. Cara masak gula Melaka : 1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair . 2. Reneh hingga pekat, sejukkan. Cara penyediaan : 1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuangkan susu perlahan-lahan 3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...