Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia. Tidak kira la apa jenama sekalipun, semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi. Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco, pasti pernah ternampak pelbagai rempah kari yang dijual. Salah satunya ialah rempah kari Cap Orang Terbang ni. Pasti ada yang was-was nak guna sebab tak pernah cuba. Saudari Rosni Musa tunjukkan hasil Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah ini. Mantap dan sedap. Nanti bolehlah cuba.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau.
Ads
3. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis lagi buat seketika.
5. Masukkan rempah kari diikuti cili kisar. Kacau rata.
6. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Ulang langkah ini sehingga 3 kali. Masuk air dan tumis campai pecah minyak. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agar bahan tumis betul-betul masak. Hasilnya, lauk kari akan jadi lebih sedap.
7. Masukkan kerisik. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi biar sebati.
9. Masukkan kentang.
10. Tuang santan pekat.
11. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
12. Jika kari kelihatan sangat pekat, boleh masukkan sedikit air.
Ads
13. Masukkan juga asam gelugur.
14. Kemudian renihkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
15. Buka penutup kuali dan kacau sebati sekali lagi.
Ayam masak lemon ni antara resipi yang cepat dan mudah dimasak. Rasa dan aroma buah lemon ni memang merecik air liur dibuatnya.
Ayam tu kena digoreng bertepung dulu, kemudian gaulkan ke dalam sos. Boleh taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang telah disangai..pergghh lagi mantap rasanya. Jom cuba masak lauk yang tak jemu dimakan nih.
AYAM MASAK LEMON
Bahan-bahan:
1 keping dada ayam
1 sudu kicap cair
garam
lada sulah
1 biji telur
3 sudu tepung jagung
Bahan sos
1 sudu minyak
1 cawan stok ayam
1/4 cawan jus lemon
2 sudu gula
2 keping lemon
bancuhan tepung ( tepung jagung dan air )
Cara-cara memasak :
1.Panaskan minyak, gorengkan ayam yang telah digaul tadi sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Selepas itu panaskan minyak sedikit masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
3. Bila dah sebati rasa terlebih dahulu sos nya. Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepetan mengikut citarasa masing-masing.
4. Biarkan kuah memekat setelah itu masukkan ayam, gaul sehingga semua tersalut, angkat ayam tersebut dan taburkan hirisan daun bawang serta bijan yang telah disangai ke atas hidangan. Selamat mencuba!
Sebut je puding memang ramai yang tak pernah jemu makan, kadang tengok je dah kecur air liur, macam tarasa-rasa sedapnya kat tekak. Lebih sedap bila ia dihidangkan sejuk-sejuk, memang menyelerakan. Tapi kalau nak makan yang sedap-sedap kenalah buat sendiri. Takda resipi, cuba je empat jenis puding yang RASA kongsikan ini.
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
2. PUDING TEH HIJAU
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk gelatin
2 sudu makan air sejuk
300gm susu segar
50gm gula
1 ½ sudu makan serbuk teh hijau
CARA MEMASAK :
Taburkan serbuk gelatin ke dalam air sejuk. Biarkan selama 10 minit sehingga kembang. Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro teknik ‘double-boil’ sehingga gelatin mencair. Sejukkan seketika tetapi jangan sampai memekat.
Panaskan susu segar dan gula. Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan.
Masukkan larutan gelatin ke dalam sebatian teh hijau. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Hidangkan sejuk di dalam bekas puding.
Sedia dinikmati.
3. PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
Sedia dinikmati ketika sejuk.
4. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
1 1/2 cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
50gm isi buah kundang | potong kasar
50gm isi buah oren | potong kasar
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
Untuk menghidang, letakkan topping di atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN TERBARU, JOM LAYARINYA DI SINI.
Sajian Bihun Sup mungkin ramai yang sudah biasa. Malah masing-masing juga punya resipi kegemaran yang tersendiri. Namun sesekali mencuba resipi lain dari kebiasaan, enak juga. Bagi anda yang menggemari sajian yang mudah dan ringkas, resipi Bihun Sup Tumis Darat perkongsian saudari Teratak Eja ni antara yang boleh dicuba. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Wah…Berbaloi.
Cuka secukupnya – beli online disini (Sukatan bahan-bahan terpulang pada cita rasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Satukan daging, halia, bawang merah, bawang putih, rempah sup bunjut dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga daging empuk.
2. Reneh kuah sup hingga daging masak sempurna. Kemudian perasakan dengan garam, perasa dan asam keping dengan secukupnya.
3. Ambil daging dan sejukkan. Kemudian hiris nipis.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis darat hingga perang.
5. Angkat dan masukkan bahan tumis ke dalam periuk berisi daging tadi. Kacau rata.
6. Hidangkan kuah sup bersama bihun, sambal kicap dan bahan sampingan lain seperti daun bawang, bawnag goreng, tauge dan sebaginya.
6. Untuk membuat Sambal Kicap, goreng cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga layu.
7. Masukkan ke dalam pengisar bersama bahan-bahan sambal yang lain. Kisar halus.