Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya, mudah pula membuatnya.Esok hujung minggu beli santan lebih sedikit. Boleh buat 5 ‘dessert’ Melayu tradisional yang menceriakan hari anda sekeluarga. Jom ‘try’ ya…
1. ASAM GUMPAL
BAHAN-BAHAN :
200 gm sagu biji
100 gm kacang hijau
Garam dan gula nisan secukupnya *Gula nisan dibuat dari mayang kelapa dan dijual dalam pembalut berwarna warni
Bahan kuah :
2 cawan santan
2.5 sm halia /dimayang halus
Satu sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kacang hijau seeloknya direndam dahulu, baru direbus sampai empuk. 2. Masukkan garam dan gula nisan secukup rasa. 3. Masak sampai kering dan kemudian bulatkan kecil-kecil 4. Sagu biji yang ditoskan tadi, siramkan air panas. Jangan banyak sangat nanti lembik sagunya. 5. Gunakan plastik, ambil sagu itu kemudian kepalkan. 6. Selepas itu leperkan sedikan dan isi dengan inti kacang tadi. 7. Kepalkan dan bulatkan balik, jika tidak menggunakan plastik sagu akan melekat di tangan. 8. Susun dalam loyang dan kukus dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu masak.
Cara buah kuah : 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk,nyalakan api dan kacau jangan biar santan berketul. 2. Kemudian bila sudah mendidih masukkan sagu yang dikukus tadi 3. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk
INFO CHEF : Inti asam gumpal biar dibuat manis sedikit baru lebih sedap.
Ads
Saiz hidangan : 20 biji Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Pencuci mulut lazat dimakan semasa kuih inisejuk atau panas.
2. BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang hijau/ rendam dahulu sejam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula Melaka
½ cawan gula pasir
1 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan /belah dan simpul
1 sudu teh garam
Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu makan minyak masak (untuk cepat empuk). 2. Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir 3. Masukkan gula Melaka yang diracik, kacau hingga gula larut dan sebati. 4. Masukkan isi durian, masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. 5. Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. 6. Setelah siap bolehlah dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Bubur kacang hijau jadi makanan lepas buka istimewa terutamanya waktu moreh
INFO CHEF : Tambahan durian mengenakkan bubur kacang hijau. Mudah dan ringkas disediakan.
3. AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
10-12 gram agar-agar
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja. 2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, garam dan santan cair. Masak sehingga sebati. 3. Pukul sedikit telur bersama santan. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti. 4. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. 5. Tuang ke dalam acuan kecil dan sejukkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Didih dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa santan berlemak dan daun pandan beraroma wangi
Ads
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk. Jika mahukan warna, boleh sahaja meletakkkan pewarna hijau atau gunakan gula Melaka untuk warna perang untuk agar-agar santan gula Melaka
4. PENGAT DELIMA DENGAN BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1. Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3. Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Ads
5. PUDING SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN :
1 cawan sagu /dibilas air dan tos
3 cawan air
Sedikit garam
Bahan gula Melaka:
250 gm gula Melaka/ketulan besar (diracik halus)
1 cawan air
1 helai daun pandan /disimpul
1 tin susu cair
Secubit garam (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak sagu : 1. Masak dalam api perlahan dan sentiasa kacau hingga sagu kembang. 2. Toskan dan bilas untuk buang kanji dan kemudian sejukkan. Cara masak gula Melaka : 1. Masak semua bahan dalam api perlahan sehingga gula melaka cair . 2. Reneh hingga pekat, sejukkan. Cara penyediaan : 1. Sudukan sedikit sagu dalam mangkuk atau gelas. 2. Tuangkan susu perlahan-lahan 3. Tuangkan sedikit sirap gula Melaka sedikit atau ikut kemanisan yang anda suka.
Saiz hidangan : 4 mangkuk kecil Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Sedap dimakan dingin, lemak manis.
INFO CHEF : Boleh gunakan santan gantikan susu. Masakkan santan sekejap dengan daun pandan dan sedikit garam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Enaknya makan kek keju panas-panas. Kalau dapat buat sendiri lagi puas menikmatinya. Buat anda yang terasa nak makan kek ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Maz Aries ini. Keknya lembut dan sedap..nak buat pun senang sangat..
1 cawan gula kastor
6 keping slice cheese
1/2 cawan susu cair
*semua bahan disatukn..masak hingga cair diatas api sederhana..kacau selalu supaya x berketul2 kemudian diketepikan..
3 biji telur(maz guna gred B)
250gm mentega (maz guna majerin pelangi je)
1 sudu teh esen vanila
*pukul semua bahan smpi kembang
Ikan segar memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Lembut, manis dan lemak! Kata orang, lauk pauk berasaskan ikan segar ni memang tidak pernah jemu untuk dinikmati. Bahkan, memang terkenal sejak zaman berzaman. Daripada yang ringkas penyediaannya seperti asam rebus, sehinggalah asam pedas dan rendang yang agak rumit penyediaannya. Yang pasti, ia pasti dapat memikat selera semua orang. Jom cuba!
1. IKAN TAUHU MASAK KUKUS TAUCU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tauhu saiz sederhana
1 labu bawang Holland }mayang
5 ulas bawang putih
5cm halia
1 batang lobak merah }racik halus
5-8 biji cili padi ]ketuk
1 biji cili hijau ] belah empat
Aluminium foil secukupnya
Daun pisang secukupnya
BAHAN UNTUK SOS TAUCU:
15gm taucu
50ml air
15gm minyak masak
15gm sos tiram
10gm kicap cair
10gm gula
10gm jus limau
CARA MEMASAK:
Sediakan dan panaskan periuk pengukus. Ketepikan.
Satukan semua bahan sos dan gaul sebati. Ketepikan.
Ambil sekeping aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Masukkan ikan di tengah-tengahnya.
Siram sos ke atas ikan siakap.
Masukkan hirisan bawang Holland, bawang putih, halia, hirisan lobak merah, cili padi dan cili hijau.
Bungkus ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. PARI ASAM PEDAS DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari ]bersihkan
10 biji bendi ]bersihkan dan buang bahagian bawahnya
1 biji tomato ] belah empat
5 tangkai daun kesum
100ml air asam jawa
700ml air
3 sudu makan minyak masak
Garam/serbuk perasa secukupnya
BAHAN (KISAR):
20 biji cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2.5cm belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Masukkan pula kacang bendi, daun kesum, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekitar tiga minit.
Masukkan pula ikan pari dan biar ia masak dan kuah mereneh.
Tutup api dan masukkan buah tomato.
Angkat dan sedia dinikmati
3. PATIN TEMPOYAK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin saiz sederhana ] cuci dan potong tiga atau empat
50gm tempoyak
1 keping asam gelugur
350ml air
3 tangkai daun kesum
1 batang bunga katan ]belah empat
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi
2.5cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar dengan tempoyak. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam sebuah periuk, masukkan air dan masukkan bahan kisar dan tempoyak yang telah disatukan tadi. Biar ia masak.
Apabila mendidih, masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Kemudian masukkan ikan patin tadi. Biarkan ia mereneh selama lebih kurang 10 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Berhati-hati memilih tempoyak kerana boleh mempengaruhi rasa masakan jika tempoyak itu sudah lama.
4. KERISI MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi merah ]bersihkan
1 batang serai ]ketuk
½ labu bawang besar ]mayang halus
2 ulas bawang putih ]mayang
2.5cm halia ]hiris bulat kasar
2-3 biji cili padi ]ketuk
1 batang bunga kantan ]belah empat
2 keping asam gelugur
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali ikan.
Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan seketika. Tutup api dan masukkan tomato.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah sedikit kunyit hidup untuk mencantikkan warna masakan.
5. KARI IKAN TUNA MARUNGAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tuna saiz sederhana ] potong tiga
Setangkai daun kari
350gm santan
2 batang kacang marungai ] potong
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20gm rempah kari
15gm bawang merah
10gm bawang putih
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kesemua bahan kisar sehingga garing dan terbit wangi.
Masukkan santan, daun kari dan kacang marungai. Kacau sekata dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan pula ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar ia mereneh.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Marungai juga dikenali sebagai kacang kelo
6. KARI IKAN TALANG DENGAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
300gm tulang ikan masin talang
200gm isi ikan masin talang
Daun kari secukupnya
350ml santan
2 biji terung panjang ]belah dua
BAHAN KISAR:
1 paket rempah kari
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
125ml air
CARA MEMASAK:
Ikan masin dibersihkan dan rendam di dalam air sekitar 10-15 minit untuk mengurangkan rasa masin. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan daun kari dan terung. Gaul sekata.
Apabila terung empuk, masukkan ikan masin dan biarkan sekitar lima minit.
Masukkan pula santan. Kacau supaya sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Tak perlu tambah garam kerana masakan sudah masin.
7. ASAM REBUS KEMBUNG BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung ]bersihkan
10 biji belimbing buluh
1 biji cili hijau ] belah empat
5 biji cili padi ]ketuk
2cm kunyit hidup ]tumbuk
2 ulas bawang merah ]tumbuk
1 keping asam gelugur
1 batang serai ]ketuk
1 helai daun kunyit ]carik-carik
1 biji tomato ]belah enam
Garam secukupnya
500ml air
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar, asam keping, daun kunyit, serai, asam gelugur dan bahan lain. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Masukkan ikan dan biar seketika hingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan tomato.
Angkat dan sedia dimakan bersama nasi putih panas.
Info chef: jika hendak lebih masam, boleh tambah asam gelugur lebih.
8. RENDANG IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ikan tenggiri
1 batang serai ]ketuk
50ml santan pekat
1 helai daun kunyit ]racik halus
15gm kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
10gm jintan manis
10gm jintan putih
10gm ketumbar
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
15gm bawang putih
10gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, tumis semua bahan yang telah dikisar hingga terbit wangi.
Biarkan sehingga agak pekat barulah masukkan santan, kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Masukkan daun kunyit, serai dan ikan tenggiri.
Biar seketika sekitar 10 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
9. BOTOK IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
15 gula Melaka
15gm asam jawa ]ambil air
10gm air perahan limau kasturi
Garam secukupnya
Daun pisang ]dilayur
Pencungkil gigi
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
50gm kelapa parut
9 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
5 biji cili padi
1 sudu teh serbuk kari
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Masukkan gula Melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan masak hingga ia pekat. Ketepikan.
Ambil daun pisang, lapiskan dengan aneka daun yang telah dihiris tadi seperti daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih.
Setelah itu masukkan isi ikan di atasnya.
Tuang bahan yang siap ditumis tadi ke atas ikan dengan rata.
Tuang jus limau di atasnya. Balut rapi dan sematkan dengan pencungkil gigi. Ulangi proses hingga habis.
Masukkan ke dalam periuk pengukus yang terlebih dahulu sudah disediakan.
Kukus sekitar 10-15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Hirisan daun yang pelbagai jenis itu menambah aroma dan kesedapan hidangan ini.
10. SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ikan merah ]bersihkan
5cm halia ]hiris nipis
1 ulas bawang putih ]mayang
2 ulas bawang merah ]mayang
350gm labu air ]dadu besar
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ikan bilis
1 batang kulit kayu manis
5 biji lada putih ]hancurkan
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
400ml air
Sedikit daun sup dan daun bawang ]hiris
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada putih hingga terbit wangi.
Masukkan labu air bersama air, sos ikan, hirisan halia dan kiub pati bilis. Biarkan ia mendidih. Kacau perlahan-lahan.
Masukkan isi ikan dan biarkan ia mereneh sekitar lima minit. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
Taburkan daun sup dan daun bawang yang dihiris serta bawang goreng.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah cili padi yang diketuk jika mahu rasa lebih pedas.
11. IKAN TONGSAN MASAK LEMAK PUTIH KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ikan tongsan ] potong empat
2 biji keledek ] buang kulit, potong
2 ulas bawang merah ]mayang
350ml santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan rebus keledek yang telah dipotong hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan kesemua bahan dan masak menggunakan api kecil. Kacau perlahan sehingga ia mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Boleh masukkan cili padi sebiji-sebiji bagi yang suka pedas.
12. SUP IKAN DORY BERSAMA TOMATO ROMA
BAHAN-BAHAN:
750gm isi ikan dory
2 sudu makan minyak zaitun
1 ulas bawang merah | dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1 batang leek | dipotong halus
2 sudu makan puri tomato
4 biji tomato roma
1 liter air
1 sudu teh hirisan daun parsli
1 sudu teh hirisan daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh ikan dan potong dadu. Panaskan air satu liter dan letakkan sedikit garam. Masak ikan tadi selama 10 minit. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan leek sehingga lembut.
Kemudian masukkan puri tomato dan air rebusan ikan. Biarkan mendidih.
Kupas kulit tomato, buang bijinya dan potong dadu. Masukkan ke dalam sup tomato tadi dan biarkan mendidih selama 10 minit.
Masukkan isi ikan dory, garam, gula dan serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan mengacau sup dengan kerap bagi memastikan isi ikan tidak hancur
Wow…mudah rupanya buat Mi Telur ni. Hanya guna tiga bahan yang memang ada di dapur. Memang jimat dan sangat simple. Boleh dinikmati dengan sup atau digoreng. Lepas ni tak perlu lagi mi telur kering di kedai. Buat sendiri secara ‘fresh’ di rumah menggunakan resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Sangat berbaloi dan terbaik untuk sajian keluarga.
RESIPI MI TELUR HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
BAHAN DOH:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan doh dan uli hingga sebati. Jika perlu, boleh masukkan sedikit air.
2. Doh yang pertama akan jadi begini. Tutup atau alas doh guna kain dan biarkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Kemudian uli doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 15 minit.
4. Bila cukup masanya, keluarkan doh dan uli sekali lagi. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5. Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.
6. Potong doh yang dicanai tadi secara memanjang.
7. Didihkan air dan rebus mi selama 10 minit atau lebih.
8. Angkat mi dan lalukan di bawah air. Kemudian toskan.
9. Hidangkan bersama kuah sup ayam, hirisan daun bawang dan minyak cili.
Nak beli BAHAN SEGARuntuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara onlineDISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...