Kuah yang tidak terlalu cair dan tidal terlalu pekat tapi kuat dengan rasa berempah yang menyelerakan. Rasa ikan tenggiri dinaikkan lagi dengan aroma daun liamu purut dan kesom.
ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Halia*-sebesar ibu jari
Belacan*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
2 batang serai-dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
1/2 sudu teh halba
Daun kesom
Daun limau purut
1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda)
Bendi
Ads
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Terpulang ikut banyak mana air.
5. Renihkan seketika dan masukkan sayur bendi.
Ads
6. Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut
7.Bila bendi sudah separuh masak masukkan ikan, garam & serbuk perasa. Renehkan sehingga ikan masak.
Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo ini dikongsi oleh emak kepada Cikgu Afy Al Habibi. Patutlah setiap resipi yang beliau kongsi di media sosial, nampak sedap dan membuka selera. Rupanya ada tip dan petua disebalik masakan.
Kali ini beliau berkongsi petua dan resipi Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol atau Ikan Ayo yang diambil dari ibunya di kampung. Tip dari orang dulu-dulu ni memang menjadi.
Nampak simple sangat, tapi terbukti sedap hasilnya. Petua-petua ini memang berharga dan tiada dijual dalam buku melainkan perkongsian dari orang-orang tua sendiri. Rugi kalau orang-orang muda tak cuba dan simpan.
TIP MASAK GULAI KUNING IKAN TONGKOL @ IKAN AYO YANG SEDAP
Janganlah tengok sampai habis resepi lengkap cikgu ni kalau tengah jaga badan. Aha… resipi mengundang nasi tambah berkali-kali. Resipi dari Kelantan yang cikgu belajar dari mok. Gulai Kuning Ikan Ayo (tongkol). Ada dua cara mok ajar. Tapi cikgu kongsi dulu versi tumis. Apa-apa tips mok bagi memang cikgu ikut. Bukan senang nak mewarisi ilmu masakan mok cikgu yang banyak pengalaman tu. Selalu kalau dapat rahsia dari mok, cikgu cepat-cepat catat. Sangat berharga dan susah nak dapat. Silakan beberapa tips mok untuk dicuba bagi menyedapkan masakan gulai tradisi ini. – Cikgu Afy Al Habibi
TIP GULAI KUNING IKAN AYO: 1. Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang. 2. Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai. 3. Nak kuah pekat dan sedap, gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya. 4. Bungkus nasi bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka bungkusannya. 5. Padankan dengan sambal dan hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.
Sedapnya Gulai Ikan Bawal. Makan panas-panas dengan nasi putih memang layan. Ada pula sambal belacan sedap, lagilah bertambah makan. Bagi anda yang nak masak Gulai Ikan Bawal dan Sambal Belacan hari ni, resipi mudah perkongsian saudari Noor Baini Bakar ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK GULAI IKAN BAWAL SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal besar – potong 3
2 sudu makan cili kering kisar
6 sudu makan rempah kari ikan babas – campur sedikit air jadikan pes
1 genggam asam jawa – ramas dengan air secukupnya
1 kotak kecil santan
1 sudu makan cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air
Bendi, tomato dan cili hijau secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas hari lengkuas
1 batang serai
1 cawan air
BAHAN TUMIS:
1 sudu makan halba campur
Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama daun kari hingga garing. 2. Kemudian masukkan halba campur. Perlahankan api supaya halba tidak meletup-letup. 3. Masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga air sedikit kering. 4. Seterusnya masukkan cili kisar. Masak lagi selama 15 minit. Jika rempah terlalu kering, tambah sedikit air. 5. Tambahkan pes kari. Masak guna api perlahan selama 30 minit sehingga rempah masak sempurna dan pecah minyak. Lagi lama rempah dimasak, lagi elok hasilnya. Tambah sedikit air supaya tidak hangit. 6. Masukkan air asam jawa. Jika mahu kari yang lebih berkuah, tambahkan air. Masak lagi hingga mendidih. 7. Masukkan satu kotak kecil santan. Boleh juga dikurangkan jumlahnya. 8. Seterusnya masukkan cuka. Ia bertujuan supaya ikan tidak lembik. 9. Tambahkan juga garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sekata. 10. Masukkan bendi dan ikan. Biar hingga ikan masak. 11. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Masak seketika. 12. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan sambal belacan.
Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
> Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya
1 kiub ikan bilis maggi
1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
1 tangkai cili besar – belah dua
1 biji tomato – belah 4.
2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
3 sudu minyak untuk menumis
Garam & gula ikut sedap mulut ya
Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – belah 4
2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
6 ulas bawang putih**
2 batang serai **
10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIPS ELAK BERKECAH:
Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.