
Resipi ikan masak pedas Thai ini, rasanya sedikit masam, manis dan pedas berlemak. Buat tekak yang tak sihat ni, berselera jadinya.
Resipi mudah ini dikongsi Liza Idris dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga.
IKAN MASAK PEDAS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan
1 biji bawang besar | hiris nipis – beli online di sini
1 batang serai | hiris nipis – beli online di sini
3 sudu besar sos cili – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
Sedikit air limau nipis
Daun limau purut
1/2 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang suka)
Serbuk perasa
1 biji tomato | belah 4 @ 6
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih – beli online di sini
4 biji cili api merah – beli online di sini
3 biji cili api hijau
2 batang akar ketumbar
CARA MASAK:
1. Bedakkan ikan dengan garam dan kunyit. Saya letak sikit tepung jagung untuk tambah kerangupan. Nak guna ikan apa pun tak kisah. Panaskan minyak dan goreng ikan dulu. Ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan serai.
3. Dah kekuningan, masuk bahan kisar tadi. Kacau sampai pecah minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau dan kacau sampai pecah minyak lagi.
5. Campak-campak je daun limau purut. Tambah sedikit air. Biar mendidih.
6. Masukkan gula. Ikutla tahap kemanisan yang suka. Perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
7. Tutup api, boleh campak manja tomato.
8. Tuang kuah pedas Thai atas ikan dengan penuh curahan kasih sayang. Tabur sedikit daun ketumbar sebagai penyeri hidangan.
Kredit resipi: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Victoria Sandwich Cake, Mewah Dengan Rasa Manis, Masam & Berlemak
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Wanita Ini Kongsi Tip Rahsia Buat Bahulu Menjadi Cantik & Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Taugi Ayam @ Ayam Gulung Ala Gerai Cucuk-Cucuk Pasar Malam

Anda penggemar Taugi Ayam @ Ayam Gulung? Ala..yang biasa jual dekat pasar malam dekat gerai jual cucuk-cucuk tu. Ni ada resipi dari saudari Ayie Baizura Man yang anda boleh cuba. Musim PKP ni sesuai sangatlah buat secara homemade dan makan-makan bersama keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUGI AYAM @ AYAM GULUNG ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
- Fucuk secukupnya – rendam air biasa selama 1/2jam
BAHAN INTI:
- 2 mangkuk isi ayam – kisar halus (Nota: nak tambah isi udang hancur pun boleh. Lagi sedap)
- 1 biji telur
- 3 sudu penuh tepung ubi (beli online disini)
- 1 genggam cendawan telinga – cincang
- Sedikit suhun – rendam & potong kecil (beli online disini)
- 1/2 batang lobak merah – potong dadu kecil (beli online disini)
- 1/2 biji bawang holland – potong dadu kecil (beli online disini)
- 3 ulas bawang putih – cincang (beli online disini)
- Serbuk cukup rasa secukupnya
- Gula & garam
- Serbuk lada putih secukupnya (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan inti. Gaul rata.
2. Ambil fucuk yang direndam tadi. Potong mengikut saiz yang suka bila nak digulung nanti. Pastikan fucuk di lap sedikit supaya tidak terlalu lembab.
3. Sudukan inti secukupnya di atas kepingan fucuk.
4. Gulung kemas dengan berhati-hati. Sapu hujung fucuk dengan bancuhan telur supaya gulungan melekat bila dimasak.
5. Ulang langkah yang sama hingga semua bahan habis.
6. Panaskan periuk kukusan dan kukus gulungan yang dibuat tadi selama 15-20 minit.
7. Kemudian angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong kecil.
8. Untuk menikmati Taugi Ayam @ Ayam Gulung ini, hanya perlu goreng dan nikmati bersama Sos Cili Thai.
Kredit resipi & foto: Ayie Baizura Man
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mian Bao Xia @ Shrimp Toast Yang Sangat Sedap & Dijamin Halal
Cara Masak Gulai Bawal Paling Sedap Tanpa Letak Banyak Santan
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Anak
Resipi Pau Sambal Kampung Sedap & Tak Berminyak. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Breakfast Casserole Yang Mudah & Mengenyangkan

Ada keju di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Anda boleh cuba buat Breakfast Casserole ni. Gabungan roti, telur, tomato, bayam dan keju ini menjadikan ia satu hidangan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Nak buatnya pun mudah sangat! Gunakan Anchor Cheese Slice untuk menambah lebih khasiat pada hidangan kerana kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang baik untuk semua. Jangan lupa cuba nanti!
BREAKFAST CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping Anchor Cheese Slice
- 8-10 keping roti putih
- 6 biji telur
- 150ml Susu UHT Fernleaf
- 80gram Anchor Cooking Cream
- 3 biji tomato – hiris
- 1 mangkuk kecil cincangan bayam
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk; pukul telur bersama separuh cooking cream, garam dan lada sulah secukupnya. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper. Tuang bancuhan telur dan hancur-hancurkan hingga masak. Ketepikan.
- Sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan sedikit Anchor butter.
- Di dalam mangkuk lain, satukan separuh lagi Anchor Cooking Cream bersama Susu UHT Fernleaf, sedikit garam dan cincangan bayam. Kacau sebati.
- Susun beberapa keping roti di dalam mangkuk. Tuang campuran bancuhan susu dan cooking cream di atas roti dengan rata.
- Letakkan telur hancur dan ratakan. Susun hirisan tomato. Tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-190C selama 10 minit atau hingga keperang-perangan.
- Keluarkan casserole dari air fryer. Susun kepingan Anchor Cheese Slice. Masukkan semula ke dalam air fyer lalu bakar lagi untuk 3-5 minit. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Menu Petai Untuk Hidangan Paling Pantas! Senang Dan Sedap..

Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
Untuk penggemar petai, enam koleksi resipi menarik ini yang boleh kita masak nanti:
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis ] kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis ] kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar ] hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL ] bersihkan
- 2 batang serai ] titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Marina Ismail
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Nikmatnya Makan Nasi Putih Dengan Petai & Ikan Bilis Masak Tempoyak Cili Padi Merecik
Jeruk Petai Express! Letak Air Garam, Asam Gelugor & Cili Padi
http://www.rasa.my/santan-tumis-berlada-masakan-terengganu-lama-resipi-arwah-nenek-boleh-tahan-sampai-3-minggu/
Pembuka Selera Sambal Tumbuk Pedas Rebung Kantan Ikan Bilis Goreng