Ads

Sambal Ikan Kelapa Makan Dengan Nasi Kapit, Sedapnya

Sambal ikan kelapa makan dengan nasi impit. Selain makan dengan kuah kacang, ini cara orang pantai timur menikmati nasi impit atau dipanggil juga nasi kapit.

Dicicah dengan sambal ikan kelapa, hidangan ini mungkin agak kering tapi rasanya memang sedap sekali. Lagi enak kalau kedua bahan ini dibungkus dalam daun pisang, aromanya makin sedap.

Bagi yang teringin nak merasa keenakan sambal ikan kelapa ini boleh buat sendiri ikut resipi ini.

Resipi sambal ikan kelapa

Sambal Ikan Kelapa Makan Dengan Nasi Kapit, Sedapnya

Bahan-bahan

4 ekor ikan selayang/kembung
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk atau kisar
3 keping asam keping
1 sudu garam

Bahan tumbuk/kisar

3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam

Ads

Cara membuat

1. Rebus ikan dengan 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dengan air separas ikan.

2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air  supaya tidak berbau hanyir.

3. Tumbuk atau kisar bawang merah, halia dan serai hingga lumat.

Ads

Tumbuk atau kisar semua bahan untuk membuat sambal ikan kelapa

4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yang sudah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka.

5. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing.

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

Sedia dimakan dengan nasi impit. Sambal ini juga boleh dimakan bersama nasi dagang.

Sumber: Suhada Azid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.