Kalau korang penggemar sambal ayam penyet ni, pasti nak lebih sambalnya. Barulah padu rasa. Sebenarnya kan lebih puas kalau buat sendiri sambal ni.Tak susah mana pun, yang penting ada kerajinan. Boleh follow resipi yang dikongsi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN BAHAN:
30 biji Cili Padi Merah ( digoreng )
12 biji Cili Merah ( dipotong potong dan digoreng )
4 biji Tomato ( dipotong 4 dan digoreng )
5 biji Bawang Merah ( digoreng )
5 ulas Bawang Putih ( digoreng )
1 inci Belacan ( dibakar )
Air Asam Jawa
Ads
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk semua bahan bahan & Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.
Ads
2.Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
*sambal ni boleh tahan 3/4 hari tanpa simpan dalam peti & kalau dekat chiller 3-4 weeks pun okey , tapi pastikan masa menumis tu masakkan cilinya betul betul.
Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi perkongsian saudari Salmah Wawa ni? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Kurma Telur sememangnya satu juadah yang sangat enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat. Ada juga cili padi untuk yang sukakan rasa pedas. Gigit sahaja. Pasti bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan. 2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.
4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.
6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.
7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.
8. Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua sedia untuk dihidang.
Nak kelainan dalam hidangan rumah terbuka, ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.
Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. RASA kongsikan menu yang boleh disajikan masa berbuka dan sahur nanti . Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA : 1.Panaskan minyak dan mentega 2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi 3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing 4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih 5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar. 6. Apabila masak gaulkan sekata.
Cara memasak : Tumis dan didih Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAKNYA: 1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi. 2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi. 3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air. 4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak. 5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Jenis masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. BIHUN YING YONG
BIHUN YIN YONG.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan. 2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak. 3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi. 5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. 6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah. 7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
4. NASI ISTIMEWA BERLABU
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing. 3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk. 4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram. 5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah. 8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5 .DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. 3. Masak sehingga cili garing. 4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak, 5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati. 6. Perasakan dengan garam. 7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya. 8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
RESIPI : AZIAN HASAN, PENULIS BUKU MASAKAN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!