Sedapnya Ayam Goreng Bawang Putih ni. Patutlah viral dan ramai yang cuba. Resipi ringkas dan sedap yang dikongsikan saudari Affieyza Isahak ini, sangat mudah dan berbaloi untuk dicuba. Penggunaan bawang putih ketika menggoreng, mesti kejadiannya wangi dan enak. Bila dimakan, ayamnya terasa rangup namun masih ‘juicy’ didalam. Tak jemu lah! Jom cuba. Anda sekeluarga pasti suka.
RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH VIRAL
BAHAN KISAR:
1 biji telur
1 biji bawang merah besar* – beli online di sini
3 ulas bawang putih* – beli online di sini
1 inci halia*
BAHAN-BAHAN:
Ayam (boleh guna ½ ekor – dipotong)
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
Kiub pati ayam (ikut anggaran ayam banyak mana yang digunakan)
Serbuk perasa & gula
2-3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar.
2. Kemudian, tuang ke atas ayam yang telah dipotong-potong.
3. Campurkan bahan lain. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi bagus.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa.
5. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
6. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan.
7. Tapi saya goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Bila dah masak, angkat dan toskan.
Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.
6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.
8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
Rendang antara menu sinonim dengan Hari Raya, namun hidangan boleh juga dinikmati pada bila-bila masa kerana ia merupakan sajian kegemaran rakyat Malaysia. Sarapan, makan tengahari bahkan makan malam, semuanya sesuai.
Dikala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai dikalangan kita yang mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan makanan. Nah…salah satu ideanya yang boleh anda niagakan adalah aneka rendang ni la. Selain ayam dan daging, macam-macam lagi rendang yang anda boleh masak untuk diniagakan.
Nampak lain dari yang lain kan? Jom cuba! Puan Norasida Mohd Yasin kongsikan resipinya. Memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, pulut kuning, roti, dan macam-macam lagi.
1. RENDANG TOK
BAHAN A (PERAPAN DAGING): 1kg daging potong kiub |3cm X3cm
BAHAN KISAR: 15 tangkai cili kering 4 biji bawang besar 8 ulas bawang putih 4cm halia 4cm lengkuas 3cm kunyit hidup 6 batang serai
BAHAN SANGAI & KISAR: 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih 2 sudu makan ketumbar 2 sudu makan lada hitam 5 ulas buah keras
BAHAN B: 500ml santan kotak / 2 biji santan kelapa 5 sudu makan kerisik 5 sudu makan gula melaka | diracik halus 2 sudu makan pes air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya
BAHAN C (REMPAH PENUMIS): 1 batang kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang 8 kuntum bunga cengkih 8 biji buah pelaga 2 helai daun pandan 1 helai daun kunyit | jika suka 1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan daging dengan bahan kisar halus dengan bahan rempah ratus yang disangai tadi. 2. Perapkannya sekurang-kurangnya sejam atau semalam lagi baik (tetapi simpan dalam peti sejuk). 3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan C bersama daun pandan hingga wangi. 4. Masukkan bahan A (daging yang telah diperap), tambahkan air secukupnya untuk mengempukkan daging. 5. Setelah daging empuk, tambahkan ke dalamnya santan dan air asam jawa. 6. Kemudian tambahkan kerisik, daun kunyit, garam, gula dan gula melaka secukup rasa. 7. Kecilkan api, biarkan rendang terus mereneh sehingga garing dan bertukar warna coklat kehitaman dan timbul minyak. 8. Tutup api, Rendang Tok sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rendang ini jika dimasak hingga kering, ia boleh tahan 3-4 hari tanpa di panaskan dan disimpan dalam bekas yang bertutup. Saiz hidangan: 12 orang Anggaran kos: RM45
2. RENDANG MINANG AYAM
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam | lebih kurang 1 1/2 kg & potong kecil 400 ml santan kotak/ 1 biji santan kelapa 1 helai daun kunyit | hiris 5 helai daun limau purut 2 keping asam gelugor 3 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 10 tangkai cili kering 5 biji cili merah 2 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 4cm halia 4cm lengkus 4cm kunyit hidup 5 ulas buah keras
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak. 2. Masukkan ayam, kacau rata dan tutup kuali atau periuk. Kacau sekali sekala. 3. Tumis hingga ayam kecut dan air ayam kering. 4. Masukkan santan, asam gelugor, daun kunyi dan daun limau purut. Kacau dan biarkan mereneh. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Bila kuah semakin pekat, kecilkan api. 6. Terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. 7. Tutup api, dan Rendang Minang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Redang ini tidak menggunakan kerisik, tetapi ia memerlukan lebih santan pekat. Saiz hidang: 12 orang Anggaran kos: RM25
3. RENDANG CILI PADI AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung | potong kecil dan bersihkan 300ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 helai daun kunyit| carik-carik 4 batang serai | titik 2 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 25 biji cili padi 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan air ayam keluar dan ayam kecut. 3. Jika ayam masih liat tambahkan sedikit air. 4. Apabila ayam empuk, masukkan santan, serai, daun kunyit dan asam gelugor. 5. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, kacau rata. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, kecilkan api. 7. Biarkan rendang mereneh hingga timbul minyak. 8. Tutup api. Rendang Cili Padi Ayam Kampung sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin pedas boleh tambah cili atau kurangkan cili jika tidak mahu pedas. Saiz hidangan: 8 orang Anggaran kos: RM25
4. RENDANG CAMPUR
BAHAN-BAHAN: 300gm daging tetel |rebus dan hiris 300gm paru |rebus dan potong dadu 300gm limpa | rebus dan potong dadu 500ml santan pekat 4 sudu makan kerisik 4 sudu makan pes cili kering 2 keping asam gelugor 4 batang serai | titik 1 helai daun kunyit Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 4cm kunyit hidup 2 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 6 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis rempah penumis. Kacau seketika dan masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan pula pes cili. Terus kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan daging cincang, paru dan limpa yang telah direbus tadi. Kacau rata. 4. Seterusnya masukkan santan, kacau rata. Tambahkan, asam gelugor dan serai titik. 5. Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat. 6. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Kecilkan api dan terus kacau hingga timbul minyak. Taburkan hirisan daun kunyit. 8. Gaul rata dan tutup api. Redang Campur sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Daging tetel, paru dan limpa perlu rebus supaya empuk dan lebih cepat dimasak. Saiz hidangan: 10 orang Anggaran kos: RM35.
5. RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN: 2 kg udang kertas saiz XL | buang kulit 500ml santan pekat 1 keping asam gelugor 4 batang serai | titik 1 helai daun kunyit | carik-carik Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR: 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam kuali, serai titik dan daun kunyit yang dicarik dan disimpulkan. Renehkan sambil kacau hingga kuah pekat. 2. Masukkan asam gelugor dan udang yang telah dibersihkan. 3. Kecilkan api dan terus kacau dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. 4. Setelah rendang masak dan timbul sedikit minyak. Tutup api. 5. Rendang Pedas Udang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rendang Pedas ini juga tidak menggunakan kerisik. Saiz hidangan: 12 orang Anggaran kos: RM70
6. RENDANG KERANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN: 3kg kerang | rebus dan buang kulit 300ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 keping asam gelugor 2 helai daun kunyit | mayang halus 4 batang serai | hiris halus Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 5 biji cili merah 10 biji cili padi 1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 3cm kunyit hidup 2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan hirisan serai hingga wangi. 2. Masukkan santan dan asam gelugor. Biarkan mereneh. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik. 3. Terus kacau dan masukkan kerang. Kecilkan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 4. Setelah cukup rasa, taburkan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api. 5. Rendang Kerang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kerang dimasukkan kemudian untuk mengekalkan rasa manisnya. Saiz hidangan : 12 orang Anggaran kos: RM45
7. RENDANG LIMPA BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: 1 kg limpa | rebus dan hiris lebar 300ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 2 sudu makan rempah kari 1 sudu makan serbuk cili 1 keping asam gelugor 2 sudu makan hirisan gula melaka Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 3 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR: 2 sudu makan ketumbar 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jitan putih 1 sudu makan lada putih
BAHAN REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 6 ulas buah pelaga 6 ulas bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis hingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar dan bahan sangai kisar kasar. Kacau rata hingga garing. 3. Seterusnya masukkan pes rempah (campuran kari daging yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili). 4. Apabila pecah minyak, masukkan limpan yang teleh direbus empuk tadi. Kacau rata dan tambahkan santan dan asam gelugor. 5. Renehkan atas api sederhana hingga kuah pekat. Tambahkan kerisik ke dalamnya, kacau lagi. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, tutup api. 7 . Rendang Limpa Berempah sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain limpa hati dan paru juga sedap dimasak dengan menu ini. Saiz hidangan: 12 orang Anggaran kos: RM35
8. RENDANG LENGKUAS KAMBING
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging kambing | potong dadu kecil dan cuci bersih 400ml santan 1 mangkuk lengkus | parut, perah airnya 4 sudu makan kerisik 1 keping asam gelugor 4 batang serai | titik 1 helai daun kunyit | mayang halus Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 15 tangkai cili kering 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 4cm kunyit hidup 2 batang serai 3 biji buah keras
BAHAN PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 6 biji buah pelaga 5 ulas bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi dan masukkan bahan kisar. Kacau rata. 2. Masukkan lengkuas parut yang telah dibuang airnya.Tumis hingga garing dan timbul minyak. 3. Masukkan daging kambing. Gaul sebati dan biarkan daging kecut. 4. Jika daging masih liat tambah air. Renehkan seketika. 5. Setelah empuk, tambahkan santan di dalamnya bersama asam gelugor dan serai yang dititik. 6. Apabila kuah pekat, masukkan pula kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7. Kecilkan api, biarkan rendang mereneh seketika. 8. Tutup api dan Rendang Lengkuas Kambing sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk hilangkan bau hamis, gaulkan daging dengan tepung gandum, perap lima minit, kemudian cuci bersih dan tos sebelum sedia dimasak. Saiz hidangan: 12 orang Anggaran kos: RM40
9. RENDANG BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 kg bebola daging | kelar-kelar 300gm santan pekat 3 sudu makan kerisik 3 sudu makan pes cili kering 1 keping asam gelugor 3 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 2 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3cm halia 3cm lengkuas 4cm kunyit hidup 2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar tumis lagi hingga garing dan masukkan pes cili kering. Kacau rata hingga pecah minyak. 3. Masukkan bebola daging, kacau rata dan masukkan santan pekat. 4. Setelah mereneh, masukkan asam gelugor dan kerisik. Kecilkan api dan biarkan mereneh sambil sentiasa kacau. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa, tutup api. 6. Rendang Bebola Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Rendang ini lebih sedap jika dibiarkan sedikit berkuah, supaya ia dapat meresap dalam bebola daging. Saiz hidangkan: 8 orang Anggaran kos: RM20
10. RENDANG HITAM DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging | hiris, cuci dan tos 300ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan kicap manis 2 sudu makan sos tomato 1 keping asam gelugor 3 batang serai titik
BAHAN HIRISAN: 5 ulas bawang merah 5 ulasa bawang putih
BAHAN KISAR HALUS: 10 tangkai cili kering 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3cm halia
BAHAN SANGAI & KISAR 2 sudu makan ketumbar 1 sudu makan jintan manis 1 sudu makan jintan putih 1 sudu makan lada hitam
BAHAN REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK: 1. Masukkan daging dalam mangkuk bersama separuh bahan kisar serta bahan goreng sangai, kicap pekat, kicap cair dan sos tomato. 2. Gaul rata, kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam (letakkan dalam peti sejuk). 3. Panaskan minyak, tumis serai titik bersama rempah penumis dan bahan hirisan hingga wangi. 4. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 5. Seterusnya masukkan daging. Kacau rata dan biarkan daging kecut dan airnya kering. 6. Jika masih liat tambah sedikit air, renehkan 10-15 minit. 7. Setelah air kering, masukkan santan dan asam gelugor. 8. Apabila kuah pekat, tambahkan kerisik dan gula melaka. 9. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambah lagi kicap jika perlu. 10. Setelah cukup rasa dan timbul minyak , tutup api. 11. Rendang Hitam Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih lama daging diperap ia lebih sedap. Saiz hidangan: 12 orang Anggaran kos: RM40
11. RENDANG JERING DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN: 1kg jering tua | buang kulit luar dan kulit ari. 150gm daging kisar 400ml santan pekat 3 sudu makan kerisik 1 sudu makan rempah kari 2 sudu makan pes cili kering 3 batang serai | titik Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR: 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia 2cm lengkuas 2 batang serai
REMPAH PENUMIS: 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawing 5 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Selain rebus jering boleh juga digoreng sebelum dititik. Ikut mana yang mudah. Saiz hidangan : 10 orang. Anggaran kos RM30.
12.RENDANG CILI PADI AYAM BERSAMA NANGKA
BAHAN-BAHAN: 1 kg ayam potong sederhana | cuci bersih dan tos 500gm nangka muda| rebus empuk dan tos 300ml santan 3 sudu makan kerisik 1 keping asam gelugor 4 batang serai | titik 1 helai daun kunyit |hiris halus 3 helai daun limau purut | hiris halus Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 30 biji cili padi 3cm kunyit hidup 3cm halia 2cm lengkuas 2 batang serai
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Lebih enak jika menggunakan ayam kampung atau ayam tua. Saiz hidangan : 10 orang. Anggaran kos RM25.
13. RENDANG TELUR PUYUH DENGAN TEMPE
BAHAN-BAHAN: 50 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit 2 keping tempe | potong dadu 200ml santan 2 sudu makan kerisik 2 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN HIRIS: 4 ulas bawang merah 2 batang serai
BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 10 biji cili padi 3 cm halia 2cm lengkuas 3 batang serai
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Telur puyuh boleh ditukar dengan telur ayam dan tempe juga boleh ditukar dengan tauhu, terpulang pada citarasa. Saiz hidangan : 8 orang. Anggaran kos: RM15.
14. RENDANG FILET AYAM DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN: 500gm filet ayam | hiris memanjang 1 biji kentang | buang kulit dan hiris memanjang 200 ml santan kotak 2 helai daun limau purut | mayang halus 2 batang serai | titik 2 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukupnya Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR: 4 biji cili merah 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 cm halia 2 cm lengkuas 3cm kunyit hidup 2 batang serai 2 helai daun limau purut 3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Rendang ini tidak menggunakan kerisik, sebaliknya hanya menggunakan santan pekat semata. Jika tidak suka daun limau purut boleh tukar dengan daun kunyit. Saiz hidangan : 8 orang Anggaran kos: RM15
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kalau rindu masakan kampung, Kerutuk Ayam ni memang wajib cuba! Kuahnya pekat berempah, manis-manis pedas dengan aroma rempah yang cukup menyelerakan. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas atau pulut kuning, memang padu! Jom cuba resipi mudah ni, confirm satu rumah puji!
Kerutuk Ayam merupakan antara hidangan tradisional yang cukup terkenal dengan kuahnya yang gelap, pekat dan kaya dengan rempah. Resipi ini sangat sesuai untuk anda yang nak masakan kampung yang penuh rasa tetapi masih mudah untuk disediakan di rumah. Teringin nak rasa? Jom kita masak!
Untuk hasil Kerutuk Ayam yang lebih sedap, pastikan rempah dimasak sehingga pecah minyak. Ini penting supaya bau rempah tidak pedih dan kuah lebih beraroma. Selain itu, gunakan santan pekat untuk mendapatkan tekstur kuah yang lebih lemak dan creamy.
Penggunaan gula yang sedikit lebih juga penting untuk mengekalkan identiti rasa kerutuk yang manis berempah. Namun, pastikan seimbang dengan garam supaya tidak terlalu manis.
Kerutuk Ayam yang menjadi biasanya mempunyai kuah yang gelap dan pekat. Ini datang daripada gabungan rempah kerutuk, santan dan proses memasak yang perlahan. Lagi lama dimasak dengan api kecil, lagi sedap hasilnya kerana ayam akan menyerap semua rasa.
Tambahan kerisik pula membantu memekatkan kuah dan memberikan rasa lemak yang lebih mendalam. Jangan lupa serai dan bunga lawang kerana bahan ini memberikan aroma tradisional yang sangat menyelerakan.
Kerutuk Ayam bukan sahaja sesuai untuk makan harian, malah sering dihidangkan ketika kenduri atau majlis istimewa. Ia sangat serasi dimakan bersama nasi putih panas, pulut kuning atau nasi minyak.
Resipi ini juga boleh disimpan dan dipanaskan semula, malah rasanya akan jadi lebih sedap keesokan hari. Jadi, memang berbaloi untuk masak lebih dan nikmati berkali-kali.
Kalau anda penggemar masakan kampung yang berempah dan berkuah pekat, Kerutuk Ayam ini memang wajib masuk dalam senarai menu anda. Sekali cuba, pasti akan ulang masak lagi!
Nasi Beriani Udang yang wangi, berderai dan mudah dimasak menggunakan rice cooker. Ikuti resipi lengkap beserta tips untuk menghasilkan nasi beriani yang sedap dan menyelerakan.